Pages

Ads 468x60px

Tuesday, March 6, 2012

Syukran ya Allah..


Jari-jemari ligat menekan keyboard, mencari-cari huruf-huruf bagi membentuk perkataan di bawah arahan akal dan hati untuk menyelesaikan misi men"update" blog. Misi ini dijalankan setelah kapten akal pening dan tepu memikirkan strategi melancarkan peperangan ke atas "asaimen", dan ketandusan idea memikirkan senjata alat perang yang sesuai bagi memuatkan kapal perang ini. Baru sampai sejam duk bahagi senjata perang, strategi peperangan, kapten akal dah letih serta pening lalat sebab "sahabat karib" matanya tertinggal di rumah tunangnya.

 Oleh itu, kapten akal mengarahkan peperangan ditangguhkan seketika waktu sementara memberi laluan kepada ketua kampung untuk memperbaiki rumah usang ini, hujan-hujan cam ni menyebabkan bumbung atap rumah bocor.









-AKAN BERSAMBUNG-
**************************************************************************

(Kisah di atas tak da kaitan dengan entry di bawah ni)

Terima kasih kepada Allah atas nikmat iman dan islam yang dikurnian kepada hamba-Nya. Tanpa iman dan islam, siapalah kita. Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi nikmat dan rahmat-Nya tanpa kita pinta. Allah berikan matahari, langit bumi, tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan dan macam-macam lagi yang masing-masing melaksanakan kepatuhan kepada Rabbul Jalil. Terima kasih kepada Allah kerna Allah sudi pinjamkan kepada kita "hak milik" Nya. Oleh itu, kita tak perlu rasa kehilangan atau kekurangan kerna pada hakikatnya kita tak punya apa-apa.

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya


Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya



Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya



Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada



Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya



Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya



Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa



Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya



Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa



Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

**********************************************************

Tima kasih juga kepada insan yang hadir dalam hidup kita. Allah bukan suka-suka hadirkan insan-insan ini kepada kita melainkan ada hikmah tersembunyi.

Mungkin di antara insan yang hadir ini, Allah hantar bersamanya ujian yang membuat kita terkilan, menangis dan kecewa sebagai tanda kasih sayangnya. Oleh itu, selalu ingatkan diri bahawa " Allah sayang aku" tika menerima ujian, tika menghadapi tekanan dari insan yang hadir dalam hidup. Dalam kembara hidup ini, Allah aturkan kehadiran insan-insan ini tidak lain tidak bukan sebagai stesen perhentian untuk kita mengutip hikmah buat dijadikan bekalan mengemudi bahtera kehidupan ini sebagai hamba yang diredhai Ilahi.

Ujian dalam kehidupan ini merupakan tarbiyah dari Allah. Setiap liku-liku dalam hidup ini merupakan satu pelajaran yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekolah atau universiti pun. Bila datangnya ujian dalam hidup, kita seringkali berasa kecewa, sedih dan putus asa. Merasakan seakan-akan tiada jalan keluar dan tiada pengharapan lagi. Kita merasakan bahawa Allah tidak mendengar doa yang kita titipkan saban hari.


Sebenarnya, kita insan yang serba lemah ini, seringkali jahil dalam mentafsir bagaimana Allah memakbulkan doa yang pernah kita lafazkan.


Indahnya tarbiyah dari Allah.
Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan.
Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,
Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,
Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,
Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,
Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
Ketika aku memohon bantuan,
Allah memberikan aku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.


Bersangka baiklah dengan Allah, jadilah hamba yang bersyukur kepada Allah. Allah sentiasa dekat dengan kita bilaman kita memerlukan kita. Allah sayangkan kita, tapi sayangkah kita kepada Allah??..

Akhir sekali:

'ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka buatmu. Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu. Kelmarin Allah membantumu, percayalah hari ini dan selamanya Allah tetap membantumu. Jadilah hamba yang paling bahagia di sisi Allah, kerana Dia sentiasa lakukan terbaik pada hamba-Nya. Didiklah hatimu untuk meletakkan keyakinan dan pergantungan hanya pada-Nya'






************************************************************
Kapten akal dah rasa, ok dah rumah usang ni. Atap rumah semakin baik walaupun bukan 100%. Semoga pengunjung rumah usang ni berasa selesa dengan rumah usang ini, kalau da sebarang penambahbaikan atau sumbangan bolehla diutarakan kepada kapten akal.

-the end-

Wassalam....

Monday, March 5, 2012

Tak kan dirasai, kalau tak merasai


Bismillahirrahmanirrahim..

Kumulakan post entry kali ini dengan nama Allah, moga mengalir keberkatan buat diri ini dan para pembaca teratak yang hampir runtuh ini.

"Nasib baik kita ada Allah". Terngiang-ngiang di cuping telinga kalimah itu tika diri ini hampir terduduk. Ya, kita punya Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah, jadi kita perlu kuat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tika keseorangan, tika bersedih, tika ditinggalkan, tika ditertawakan, tika dibenci, tika dibenci, dan apa jua keadaan apa sekalipun, Allah sentiasa bersama kita andai kita selalu bersamanya. Ingatlah janji Allah dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang berbunyi: "Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan tapak pendirianmu"

Jom hayati sejenak lirik lagu Sunnah berjuang:

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..


Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya



Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..



Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..



Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih



Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


Allahuallah, sayangkan Allah kat kita??.. Sentiasa bersama kita andai kita meletakkan Dia di hati kita. Memang berat andai kaki mula melangkah dalam jalan ini. Tak disediakan jalan yang mudah untuk menuju keredhaan-Nya, ditaburi dengan duri-duri ujian yang kadang-kadang membuat kita terduduk mencabut sebentar duri-duri ujian itu, ada yang tak mampu teruskan, tetapi yang benar-benar mujahadah akan teruskan perjalanan kerana yakin dengan perjalanan yang panjaang ini di akhirnya destinasi yang cukup manis tak dapat digambarkan dengan kata-kata, cuma dapat dirasai dengan jiwa yang bergetar mencari Redha Ilahi.

Sayangnya Allah kat kita, dia menyediakan "bekalan" buat kita sebelum kita pinta doa kepada-Nya untuk mengurniakan kepada kita "bekalan" tersebut. Kekasih Allah yang mulia juga menerima "bekalan" yang sama yang membuatkan diri Baginda hebat dan kuat dalam perjuangan ini. Baru-baru ini, sempat ana rakamkan butir nasihat dari Kak Ana mengenai kenapa Rasulullah itu hebat??.. Yang pertamanya ialah kerana diri Baginda sendiri, diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Yang keduanya ialah sahabat Baginda, dan yang terakhir sekali ialah para isteri Baginda.


Ya, sama juga dengan diri kita, akan kuat dengan 3 perkara. Diri kita yang kuat taqarrub billah, sentiasa bergantung dengan Allah dalam apa jua kedaan. Kedua, adalah sahabat yang soleh disekeliling kita. Ingin ana bawakan di sini, kata-kata dari seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang berbunyi:

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”


Maksudnya disini, jika kita telah mendapat sahabat yang soleh, peganglah ia erat-erat, jagalah ia kerna dia mampu membawa kita ke jalan Tuhan, mampu memimpin tangan kita andai duri yang terkena dalam perjalanan membuat kita tak mampu berdiri, yang mampu menguatkan kita dengan ayat-ayat cinta-Nya dan sirah kekasih-Nya dan banyak lagi. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata jika mendapat sahabat yang soleh. " Ukhwah itu akan dirasai jika merasai". Di satu sudut yang tersimpan dalan diri hanya dapat merasai betapa beruntungnya peroleh sahabat yang soleh dalam perjuangan ini. Rasulullah S.A.W, walaupun disamping Baginda berdiri teguh isteri tercinta bersama perjuangan ini, tetapi di satu sudut lain, berdiri barisan para sahabat-sahabat yang snetiasa mendokong perjuang Nabi, susah payah, pahit getirnya dalam menyebarkan dakwah islam ini. Kita hayati sebentar sirah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, pengorbanannya, ketaatannya terhadap Allah dan Rasul-Nya sehingga di gelar As-Siddiq:



Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa membenarkan kata Nabi s.a.w . Mengenai gelaran ini pernah ada ulama' yang mentafsirkannya dengan bermaksud " Mempercayai Allah dan Rasulnya dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian Rasulnya mengatasi akal fikiran semata-mata ". Pernah Nabi s.a.w bersabda " Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membela ku ". Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh sahabat yang membenarkan gelaran ini :-

1. Semasa peristiwa Isra' dan mi'raj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang menemui saidina Abu Bakr. Tetapi Saidina Abu Bakr telah berkata " sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai ".

2. Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr".

3. Saidina Umar r.a bertanya pada Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah " Wahai Abu Bakr bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab " Ya " . Umar r.a bertanya lagi " Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. " Ya " , jawab Abu Bakr. Lalu umar bertanya lagi " Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?. Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda " Aku ini hamba Allah dan rasulnya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan" . Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah . Lalu Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu'minin, Ummu salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat.

4. Aqalah bin Mu'it la'natullah pernah menjerut leher Rasulullah SAW tetapi telah dilihat oleh Saidina Abu Bakar yang segera menghalangnya lalu berkata, "Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?".

5. Saidina Abu Bakar juga telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad ini.

6.Saidina Umar pernah berkata " Sesungguhnya di dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai . Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5000 bidadari : tidak akan masuk kedalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh ke arah maqam Nabi s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil memandang ke arah maqam Saidina Abu Bakr, atau orang yang syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengaharapkan dia memperolehi syahid".

7.saidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakr layak mengantikan nabi s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu Rasulullah s.a.w uzur.

Saidina Abu Bakr telah diberi penghormatan untuk menemani Nabi s.a.w untuk berhijrah,beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melaikan pada hari itu. Dalam keadaan yang penuh gelisah di gua Thur , Allah telah menurunkan ayatnya menceritakan peristiwa ini didalam surah at-Taubah. saidina Abu Bakr telah berkata " Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata Tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang murni. yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah kezaliman" . Begitulah cintanya saidina Abu Bakr kepada Rasulellah s.a.w. saidina Abu Bakr begitu sedih mendegar munajat Nabi s.a.w semasa perang Badar yang begitu mengharapkan kemenagan keatas tentera Islam lalu Beliau berkata " cukuplah Ya Rasulullah".

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang disediakan oleh Allah ; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia melaikan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu saidina Abu Bakr kerana beliau faham akan maksud khutbah itu, yakni umur Rasulullah di dunia sudah hampir berakhir.

Saidina Ali penah mengatakan bahawa saidina abu Bakrlah sahabat Nabi s.a.w yang paling berani kerana sangup melindungi Nabi s.a.w untuk menghadapi perang Badar di saat para sahabat yang lain berdiam diri bila Nabi s.a.w mengacukan soalan itu. saidina Abu Bakr telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh nabi s.a.w. Beliau juga merupakan sahabat yang paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah "apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu "lalu beliau menjawab, "Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya ". saidina Umar pernah berkata " Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia saidina Abu Bakr pasti akan mendahuluiku"

Itulah dia, salah satu kisah seorang Sahabat Nabi yang Soleh. Sanggup tinggalkan dunia dan seisinya demi Allah dan Rasul-Nya.


kau sahabat sejati di sisi Rasulullah
Sentiasa bersama senang atau susah
Kau lelaki pertama tika Islam bermula
Semarakkan obor perjuangan baginda



Oh As-Siddiq, gelaran yang terpuji
Indah maknanya setulus orangnya
Biarpun mereka sering mendustakannya
Namun kau tetap membenarkan Rasulullah tercinta



Gua Thur saksikan pengorbananmu
Titisan air mata menahan keperitan
NAmun kau tetap teguh setia
Demi seorang insan kekasih Allah di ribaan



Abu Bakar As-Siddiq, khalifah dunia Islam
Kau yang pertama pengganti Rasulullah
Mulia pekertimu penghias peribadi
Agung jasamu sanjungan hingga kini
Pengorbananmu kasih sayangmu
Kecintaanmu jadi tauladan ummah



Kau insan terbilang Allah janjikan syurga
Walau kau tiada kini sejarahmu abadi
Abu Bakar As-Siddiq...

Persoalannya di sini, wujudkan sahabat sejati seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq??.. Wujudkah sahabat soleh seperti itu??. Jawapannay terletak pada diri kita, tepuk dada, tanya iman. Adakah aku telah menjadi sahabat yang soleh terhadap sahabtaku?. "Sahabat yang soleh adalah cerminan kepada sahabatnya". So, stat dengan diri sendiri untuk menjadi yang soleh first. Tanya diri kita, adakah elemen ukhuwwah yang paling rendah iaitu "husnu dzon" yakni berlapang dada terhadap sahabat telah kita capai??. Allahu robbi, kalau jawapannya belum, bagaimana nak capai elemen ukhuwwah yang paling tinggi iaitu "itsar" yakni melebihkan sahabat melebih diri sendiri seperti yang dicontohi Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Ayuh, hayati sejenak, kisah seorang 'alim bernama Thalhah bin 'Abdillah bin 'Auf. Tercatat di dalam kitabRaudhatul 'Uqala karya Imam Abu Hatim.


Suatu hari, si isteri, 'Aisyah binti Abdillah bin Muthi' Al-Aswad mengajaknya bicara,

"Demi Allah, wahai suamiku. Aku tidak pernah menemukan orang yang lebih buruk sifatnya daripada sahabat-sahabatmu."

Thalhah agak terkejut dengan kata-kata isterinya.
"Demi Allah, jangan sampai mereka mendengar kata-kata kamu itu. Sifat buruk apakah yang kau maksudkan itu, sayang?"
"Demi Allah, sifat buruk itu nampak dengan sangat jelas."
"Apa dia agaknya?"
Kata si isteri,
"Jika engkau dalam keadaan senang, mereka datang dan menemanimu. Namun jika kau susah, mereka menjauhkanmu."
Balas Thalhah sambil tersenyum,
"Sebenarnya tidak seperti itu.. Aku justeru melihatnya sebagai satu nilai murni yang mulia."
"Apa maksudmu?"

Thalhah menegaskan,
"Memang demikian, mereka hanya berkunjung di sat kita sedang mampu menjamu. Di saat kita tidak sanggup menjamu, mereka memahaminya. Lalu mereka tidak datang ke mari.
************************************************************************

Allahuakbar, hebatnya Thalhah dalam berlapang dada dengan sahabatnya. Kita pula bagaimana??. Walaupun kita tak mampu 100 % mencontohi para sahabat, tetapi sekurang-kurangnya berusahalah ke arah itu. Kita tak mampu menjadi Saidina Abu Bakar As-Siddiq, tapi kita mampu untuk mencontohi keperibadian beliau. Allah nilai pada usaha kita sahabat-sahabat sekelian. Berusahalah menjadi sahabat sejati terhadap sahabatmu, ceriakn hidupmu dengan sahabt yang soleh kerna sahabat yang soleh itu ibarat mentari yang mengyinar, sahabat yang soleh itu ibarat pewangi yang mengharumkan.


Akhir sekali, doaku ku pohon kepada Yang Maha Satu:

"Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan-Mu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling memikul amanah dakwah-Mu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redha-Mu, teguhnya atas cinta pada-MU, dilindungi dari maksiat-maksiat yang melalaikan kami dari menginagti-MU,,bahagiakanlah hatiku dan hati sahabat- seperjuanganku ini dengan cinta kepada-Mu,.Ya Allah, yang Maha Mengetahui segala apa yang ada di hati-hati kami, sucikanlah hati-hati kami dari terfikir perkara maksiat dan lagha daripada mengingati-Mu, jauhkanlah hati kami dari berprasangka, ampunkanlah dosa-dosa kami selama ini Ya Allah,. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami Ya Allah, agar kami terus istiqomah dan thabat dalam perjuangan ini Ya Allah.

Ameen, ya Robbal 'Alamin..

Wallahu'alam..

Thursday, March 1, 2012

Menangis Kerana Cinta

Kenapa Menangis?
Cuba kita perhatikan keadaan masyarakat di sekeliling kita. Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau menerima penganugerahan yang sangat dicintai.

Jadi, kalau kita perhatikan semula semua contoh kes yang saya sebutkan satu per satu tadi, terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri,

"Kenapa kita menangis?"

Adakah tangisan kita itu merupakan tangisan yang memadamkan api neraka dan akhirnya membawa kita ke syurga, atau sebenarnya tangisan itu ialah tangisan-tangisan murahan yang mengheret kita ke neraka.

Tanyakan pada diri kita sekarang. Kenapa?

Jika kita perhatikan juga kenapa kebanyakan manusia itu menangis, nescaya kita akan mendapati hampir semua daripada mereka menangis kerana cinta. Cinta terhadap masalah akhirat atau masalah dunia, itu yang perlu kita perdalamkan lagi kajiannya, Tidak kisahlah sama ada mereka mendapat sesuatu atau kehilangan sesuatu. Seseorang itu hanya akan menangis apabila sesuatu perkara yang terjadi atau terlibat dalam kehidupannya itu ada kaitan yang sangat rapat dengan rasa cinta dia pada sesuatu itu.

Ada orang menangis, itu belum tentu kerana masalah dia sedang bersedih. Ada juga orang yang ketawa kelihatan gembira, tetapi itu belum tentu kerana dia bahagia. Kalau kita perhatikan orang-orang yang duduk dalam Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, berapa ramai orang yang bergelak ketawa dalam tu? Gembira sungguh kalau kita lihat hingga mungkin ada yang teringin untuk jadi macam mereka kerana dah bosan dengan stress kehidupan. Masya-Allah, mestilah ramai, tetapi adakah benar mereka bahagia? Belum tentu..

Suatu masa ketika zaman muda-muda dahulu, ketika kita melihat mak ayah kita menangis ketika kita mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan. Adakah itu bermaksud bahawa mereka sedih atas apa yang kita perbuat? Belum tentu..

Kerana Allah

Kenapa kita menangis? Pastikanlah jawapannya ialah kerana kita takutkan Allah. Takut kepada Allah bukanlah seperti takut kita kepada hantu atau pemimpin yang zalim. Mereka itu wajarlah kita takut kerana muka buruk, menyusahkan orang dan lain-lain. Tetapi, takutnya kita kepada Allah kerana kita cintakan Dia. Takut kita kepada Allah kerana kita risau seandainya kita adalah insan yang kerap berbuat dosa, takut nanti Dia mula tidak mencintai kita.

Kenapa kita menangis? Pastikanlah jawapannya adalah kerana kita merupakan hamba yang sering berbuat dosa. Setiap kata-kata-Nya kita tidak mahu dengar, tidak mahu ikut, bahkan kadang-kadang kita menjauhkan diri kita daripada mendengar kata-kata-Nya dan melawan kata-kata-Nya. Lebih malang lagi apabila kita adalah orang-orang yang berkomplot dalam membuat usaha-usaha menghalang orang lain daripad amendegar kata-kata Allah. Maka menangislah dan bertaubalah kepada Allah kerana keika kita menjadi hamba yang degil, masih saja nikmat dari-Nya itu diberikan kepada kita. Diberikan kita peluang untuk bernafas dan terus menikmati kehidupan hari demi hari. Dan lebih pelik lagi, Allah memberikan kita kebaikan-Nya dengan meletakkan kita dalam suasana tarbiyah. Menjadi salah seorang daripada orang yang cuba menghidupkan dakwah pada hari ini. Masihkah kita tidak mahu menangis untuk itu?

Di saat kita memberikan alasan halangan keluarga menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan tidak cukup ilmu menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan sibuk dengan kerja dan ijazah menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, tetapi.. Pernah tidak kita dengar alasan daripada jantung kita untuk berhenti berdenyut kerana kita sedang melakukan perkara maksiat terhadap Allah? Mata kita letih melayan nafsu kita daripada melihat perkara dan benda yang bukan-bukan lalu dia terus mematikan fungsinya? Maaf, tidak! Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan kita, kerana itu Dia tidak memerintahkan jantung untuk terus terhenti dan mata terus membutakan dirinya.

Tetapi, cuba lihat pada diri kita. Pernahkah kita menangis untuk itu? Jika pernah, tanyakan lagi,

"Kerana apa kita menangis?"

Kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad?

Atau kerana masalah-masalah keduniaan yang tidak membawa sedikit manfaat pun untuk kita di akhirat kelak mahupun dunia sekarang.

Tangisan Mereka

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Zaid bin Thabit, ketika Zaid bin Thabit menjadi penulis Rasulullah dan sedang menulis surah at-Taubah sehingga sampai kepada ayat perintah jihad, dia meletakkan pen ditelinganya. Rasulullah SAW menunggu wahyu yang seterusnya. Kemudian datang seorang buta bertanya.

“Bagaimana saya yang buta ya Rasulullah?”

Maka turunlah ayat ini (surah at-Taubah, 9:91) dengan memberi kelonggaran supaya tidak ikut berperang kepada orang yang lemah, cacat ataupun miskin (sampai tak ada apa-apa) asalkan mereka ikhlas kepada Allah.


“Orang yang lemah dan orang yang sakit, dan juga orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang yang berusaha membaiki amalannya, dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[QS at-Taubah, 9:91]

Masya-Allah! Seorang yang buta bertanya kepada Rasulullah akan kedudukannya dalam berkorban untuk agama Allah! Kita yang sihat ini pernah tak terfikir nak tanya tentang benda-benda itu semua?

Dalam riwayat lain pula, dari Ibnu Hatim dari al Ufi dari Ibnu Abbas, ketika Rasulullah memerintahkan orang-orang berangkat berjihad bersamanya, datanglah segolongan sahabat di bawah pimpinan Abdullah bin Maqil al Muzani yang berkata,

“Ya Rasulullah! Berilah kami tunggangan.”

Rasulullah bersabda,

“Demi Allah tidak ada lagi tunggangan yang dapat mengangkut kalian semua.”

Berlinanglah air mata mereka menyesali diri kerana tidak ada bekalan dan tunggangan untuk turut serta berjihad dan berkorban di jalan Allah. Maka turunlah ayat,

“Dan tidak juga berdosa orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu,” mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).”
[QS at-Taubah, 9:92]

Mereka menangis sebab tak dapat nak pergi buktikan cinta mereka..

Kalau kita macam mana? Menangis atau sebaliknya?

...

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah malaikat Jibrail pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Rasulullah SAW lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail. Apabila para sahabat RA mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

"Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."

Apabila Abu Bakar RA mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu Bakar RA pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar RA menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar RA menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat RA di depan rumah Abu Bakar RA dan bertanya:

"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat RA maka Abu Bakar RA pun berkata,

"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar RA maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar RA, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang kejadian yang mereka saksikan itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat RA,

"Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau."

Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar RA.

Sebaik Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar RA, Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya,

"Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?."

Kemudian Ali RA berkata,

"Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."

Lalu Rasulullah SAW berkata:

"Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Sebaik sahaja Abu Bakar RA mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali RA pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat RA satu demi satu dan berwasiat pada mereka.


Di sisi yang lain

Bilal menjadi tukang azan Rasulullah SAW sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah SAW wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan:

Yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar RA supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah SAW.



Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata:

"Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita",

Maksudnya ialah Bilal RA.

Apabila Bilal mengumandangkan azan, Umar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah SAW terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebut yang sudah lama tidak didengari mereka sejak kewafatan Rasulullah SAW dan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Itulah Mereka, Menangis kerana Cinta...

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا ۚ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا
۩
"Mereka itulah orang yang telah diberikan nikmat oleh Allah, iaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang yang Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil (Yaakub) dan dari orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis."
[QS maryam, 19:58]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...