Pages

Ads 468x60px

Sunday, April 20, 2014

Pernah Aku Melihat~



Pernah aku melihat mereka berdosa, 
lalu aku pandang mereka hina seolah-olah aku terlalu mulia.


Pernah aku melihat mereka berlengah leka tak mengira detik masa, 
lalu aku kata mereka alpa seolah-olah aku ingat sentiasa.

Pernah aku melihat mereka tidak bertuhan solat pun tiada,
 lalu aku kata mereka gila seolah-olah solatku diterima.

Pernah aku melihat mereka melayan lagu-lagu mainan manusia,
lalu aku lupa bahawa aku juga tidak "melayan" kalam-kalam-NYA

Pernah aku melihat mereka membuka aurat dengan sengaja
Lalu aku membiarkan meraka tanpa berdakwah walau sepatah kata

Pernah aku melihat mereka leka saling bermadu asmara
Namun aku sendiri lupa untuk bermadu asmara dengan Pencipta


Andai Dia tidak merahsiakan aibku,
pasti aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan manusia

Andai lembaran aib ku dibentangkan, 
pasti terkesima aku malu pada semua.

Bau masam yang lain sentiasa terhidu hingga lupa ku mencium hancing sendiri.
Maka janganlah menghukum melainkan Tuhan yang Esa.

Tugasku tugasmu hanya menasihati dan memperingati hingga waktu terhenti. 
MOGA ALLAH MEREDHAI


(Dipetik dari FB IB, diubah suai oleh nurtaqwa313)
Ahad, 2.54 AM
Blok Melati II, IPG Kampus Perlis


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...