Menangis, kadang sulit dilakukan, walaupun sejak lahir manusia sudah terbiasa menangis. Sulit dilakukan saat dalam lapang dan bahagia. Ketika ada bencana, ujian, musibah, baru mata
setitis demi
setitis mengalirkan air mata, yang kadang entah untuk apa? dan tanpa makna.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
TANGISAN DAPAT MEMADAMKAN API NERAKAPernahkah kita menitiskan air mata saat terlintas
siksaan Allah?
azabnya yang begitu pedih, neraka yang
menyala-nyala?, mungkin tidak, atau jarang sekali.
Padaha
l "Mata yang menangis di tengah keheningan malam kerana takut kepada Allah, tidak akan tersentuh api neraka", begitu
sabda Rasulullah SAW dalam hadis Hasan riwayat
Al-Tirmidzi.
Nasihat Abdul Wahid bin Zaid:
"Wahai saudaraku-saudaraku sekalian, tidakkah kalian menangis kerana rindu kepada Allah. Bukankah sesungguhnya orang yang menangis kerana takut kepada neraka akan dilindungi Allah dari neraka tersebut?Benar, menangis boleh
menyelamatkan kita dari
jilatan api neraka. Di dalam hadis
Abdurrahman bin
Samurah, Nabi
saw, bersabda:
"Suatu malam aku bermimpi, kemudian Nabi menyebutkan hadis dengan redaksi yang sangat panjang. Salah satu isinya adalah sabda baginda: "Aku telah melihat seorang laki-laki dari umatku di pinggir neraka jahannam, kemudian dia dihampiri oleh rasa takut (yang dia miliki) kepada Allah. Amal itu (rasa takut kepada Allah) akhirnya menyelamatkannya dia dari api neraka Jahannam. Dan Aku Melihat ada seorang lelaki dari umatku terjatuh ke dalam neraka. Akan tetapi dia didatangi oleh titisan air matanya (yang menitis) kerana takut kepada Allah. Maka air mata itupun mengeluarkan dia dari api neraka.""Rasulullah
saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam
a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit
tersangat takut dan
hibanya terhadap dosa yang telah ia
lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."Oleh itu, jangan
sia-siakan airmata hanya untuk
menangisi sesuatu yang tak abadi,
menangislah kerana takut akan
siksaan dan azab Allah
SWT,
jauhilah kemaksiatan,
mohonkan ampunan kepada Allah. Titisan air mata yang mengalir sekarang akan menjadi embun
penyejuk pada hari perhitungan kelak, maka
menangislah saudaraku, agar selamat..!
InsyaALLAHSucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 2)Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 3)Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4)dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."~
Hargailah AIR MATA:
::setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sesaat bersedih kerana REDHA dengan Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia, sejernih wuduk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati kerana ILLAHI itulah hakikat cinta abadi::
0 fikr:
Post a Comment