Pages

Ads 468x60px

Thursday, July 14, 2011

HATI WANITA TERLETAK PADA MULUT~




Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai, dan caci. Lapan perkataan ini memang boleh membuatkan ramai wanita menjadi gerun. Selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram. Orang lelaki akan senyum tersengih saja.

Ternyata lapan pandangan negatif ini lambang keperibadian Muslimah yang lemah akhlaknya. Cubalah bayangkan kalau perkara-perkara ini ada dalam diri puan-puan. Memang betul, tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot, jika begitu biarlah rupa comot asalkan berperibadi mulia. Namun belum juga tentu yang comot itu juga mulia.

Kepada tuan-tuan pula, bayangkan kalau perkara ini ada dalam diri wanita di sisi anda. Aduhai... Hendak ditegur serba salah, tetapi jika tidak ditegur kelak hati sendiri yang susah. Namun apabila didiamkan selagi itulah hati menjadi semakin parah.

Berbalik pada hakikat, sememangnya wanita itu insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana keadaan sekeliling yang membuatkan wanita mempunyai salah satu daripada ciri-ciri berkenaan. Ingatlah, wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh golongan wanita. Wanita juga perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak berasa tercabar. Namun wanita juga mempunyai ego. Lalu bagaimana? Siapa yang boleh mengawal id, ego dan superego wanita itu?

Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah tidak berfikir panjang akan berkata, “kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” Seperti kata Dr Fadzillah Khamsah, JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata!

Cabul pula tentunya angkara mulut yang suka bercakap lepas hingga langsung tidak ada rasa malu. Menjerit-jerit, mencarut, mengeji dan mengeluarkan kata-kata tidak baik seperti biasa sahaja bagi mereka yang dikategorikan golongan ini.

Memang payah hendak mengawal diri sedangkan ada sahaja hal di sekitar cepat sahaja membuat wanita rasa hendak marah, melenting hingga bercakap celupar. Sedangkan itu bukanlah perangai wanita sejati; yang di dalam hatinya ada iman, yang di hatinya ada akhlak terpuji.

Namun ingatlah pesan orang tua, untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. Dan untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Mudah sahaja.

Cuba bayangkan pula seorang wanita yang cantik tetapi comot dengan penampilannya yang selekeh. Contohnya, isteri bila hendak keluar rumah baru hendak bersolek dan nampak comel tapi jika di rumah suka berkeadaan sentiasa comot. Suami pula di tempat kerja asyik di kelilingi wanita-wanita comel.

Selain itu ada juga wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong. Jika berjalan, pandangan mata suami asyik tunduk sahaja. Jika di tempat kerja, sekejap-sekejap isteri akan telefon. Mengapa mesti curiga? Kata pepatah, untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Tidak dinafikan ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Bak kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya.

Ada lagi kata pepatah - untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Dan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Dengan bertambahnya usia, anda mestilah semakin mensyukuri bahawa telah diberi dua tangan; satu untuk menolong diri sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kepada wanita yang taat akan suaminya selalulah ingat; semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan dia tidak lupa menjaga sembahyang serta puasanya..

PESANAN BUAT INSAN YANG BERGELAR WANITA@HAWA@NISA'@PEREMPUAN

Untuk membentuk bibir yang menawan,
ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah,
carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah,
mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan,
bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia.
Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia,
di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah.
Tetapi pada kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya,
yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Tuesday, July 5, 2011

SAKIT KEPALA

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.


Jenis-jenis Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.
v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus

v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian

Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).
v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru

v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.
v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.

Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

Friday, July 1, 2011

Wahai Sahabatku Yang Kecewa


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.
Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki.
Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah.
Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.
Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah.
Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.
Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah.
Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.
Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki.
Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah.
Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang.
Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?
 Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.
Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik.
Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri.
 Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya.
 Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu?
Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu.
Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya?
Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya.
Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta.
Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta.
Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta?
Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta.
Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu.
Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah.
Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian.
Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan.
Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah.
Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya.
Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta.
Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat.
Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...