Pages

Ads 468x60px

Saturday, May 19, 2012

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar




Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli 'ala saidina Muhhamad



Gambar sebenar yang sukar untuk kita lihat:

 "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu
mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120).

 Sedarlah shbt2 sasaran sebenar golongan yang benar2 memusuhi Islam di setiap negara Islam ialah para Ulama.

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar bersedia untuk syahid apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.” 

 Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931.

Namun demikian, kerajaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

 Semoga Allah meninggikan darjat As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau.

Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati. Syahid di tali gantungan As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti jejak langkan As Syahid As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar, Ameen..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=459463210746271&set=a.100222580003671.317.100000477873427&type=1

Monday, May 14, 2012

"RINDU"- untuk di rasai~

Bismillahirrahmanirrahim...
"Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad"..

Rindu itu satu anugerah,
Rindu itu bukan untuk dilafazkan,
Tapi, rindu itu untuk dirasai,
Dalam lubuk sanubari,
Disimpan kemas rapi,
Untuk Pencipta Hakiki,
Jua pada Rasululah kekasih Ilahi,
Dan
Untuk insan-insan yang daku sayangi.. <3 <3 <3


Rindu itu tak perlu dipaksa,
Kerna ianya akan datang dan pergi dengan sendiri,
Syukur kepada Ilahi,
Kerna meminjamkan rasa ini,
Kepada daku yang hina ini.. (T_T)

Syukur kepada Allah, Tuhan Pencipta Sekalian Alam yang sudi menganugerahkan rasa "rindu" itu pada hati ini. "Dimana terciptanya cinta, di situ Rindu bermula"
Hari ini, saat ini, banyak insan-insan yang sedang dirindui, terdetik untuk mengabadikan tajuk ini dalam tertatak yang kadang nampak baru, kadang nak roboh dan runtuh.

RINDU, RINDU, dan RINDU.

Rindu pada saat bertemunya Ilahi, tatkala diri dihisab di padang Mahsyar nanti, hanya Allah sajalah Penolong Abadi.

Rindu pada saat hati disentuh Ilahi, dengan sentuhan tarbiyah tepat pada hati ini.  Saat itu air jernih mula membasahi pipi, saat itu hanya kepada Ilahi tempat pergantungan abadi., saat itu Allah mula mengingatkan diri supaya kembali kepada-Nya, saat itu Allah mula mendakap diri agar tidak terjatuh dalam lemasnya duniawi..

Rindu pada Rasullullah, Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad.
"alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu, kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu"

Kedua-dua rindu ini, rindu yang abadi, tak kan lapuk dek hujan, tak kan lekang dek panas~

*********************************************************************************

Kali ini, patik nak bercerita rindu yang Allah hadirkan pada diri patik kepada insan sekeliling patik pada hari ini.
Pertamanya, sudah semesti ibu dan ayah tercinta. (mujur sempat balik migu ni walau sebentar, menatap wajah ibu, merenung dalam wajah ayah, mencium tangan dan pipinya  ^_^)

Keduanya, saya rindukan maahad yang saya cintai. Suasana sekolah tarbiyah islami suatu ketika dahulu, saat aku jatuh bangun kembali, saat aku mengenali perjuangan ini, saat sahabt-sahabt solehah sentiasa menitipkan pesanan, saat para asatizah umpama ibu menggantikan ibu bapa di rumah iaitu Ustazah Suhana, Ustazah Hayani, Ustazah Raihanah dan lain-lain, tak pernah mengeluh dengan anak-anaknya, sering saja bibirnya itu tak pernah lekang dengan nasihat menguatkan diri.  Sekarang, semuanya tinggal memori yang disimpan rapi dalam album kehidupanku.

Ketiga, rindu pada semua rindu pada sahabt-sahabat seperjuangan.  Yang jauh doaku titipkan, moga kalian thabat dalam jalan dakwah. Yang dekat, ringan saja tangan menekan mesej  untuk menyatakan rindu kepada kalian.  Sungguh, kalian amat bernilai padaku. Kutitipkan kata-kata buat kalian, moga kalian terus kuat walau apa jua dugaan yang menduga kalian:

"Muhasabah bersama, hidup ini ibaratkan macam langit, kadang kala cerah, kadang kala gelap..
Ada jugak  yg ibaratkan macam kopi, ada masa manis, ada ketika pahit..
Terlalu banyak rintangan, cubaan, dugaan yang pernah kita lalui dlm kehidupan, tika kita berputus asa, hanya air mata membasai pipi, tiada satu ungkapan pun dpt dilafazkan..kita sering bertanya dlm diri,.knp aku diuji? kenapa dugaan aku berat? kenapa?kenapa?..tp pernahkah kita terfikir mengapa kita diuji? mengapa kita di duga?mengapa?anda sendiri ada jawapannya..hanya ingatan, Allah x kan uji manusia di luar kemmpuan..sebaik2 prncgn manusia, prncgn  Allah tetap terbaik.." bila kita jaga Allah di hati kita, nscaya Allah akan mnjaga kita"

-14 message sent-

Alhamdulillah, sesungguhnya hati ini merindui kalian kerana Allah, kerna kita bersatu kerana Allah, kita berbaiah kerana Allah, maka Allahlah yang memegang hati-hati kita ntuk sentiasa bersama..

Akhir sekali,

" Ya Allah, jika aku rindu, rindukanlah aku pada "seseorang" yang merindui syahidnya di jalan-Mu,"



Wallahu'alam...




ANTARA DUA CINTA~

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa 'ala aali saidina Muhammad..

Tahniah, anda baru sahaja memulakan pembacaan dengan nama Allah dan berselawat ke atas Rasul-Nya, semoga tergolong dalam umat di rahmati Allah, di sayangi Nabi S.A.W..

Time-time waktu exam ni la, baru terasa nak update blog walapun padat otakku disumbat dengan perencah subjek pelbagai rasa.  Alhamdulillah, baru selesai satu paper exam.  Tajuk ini "antara dua cinta" terilham semasa otakku senak memutarkan "makanan-makanan" supaya di hadam dengan baik.  Tiba-tiba Allah ilhamkan ayat motivasi untuk diri sendiri yang di kongsi kat fb,:

mood exam:
~ serahkan semua yg kita baca, kita hafal, kita tulis kpd Allah, moga Allah mmbantu kita utk mngingt dn mndptknnya kmbali pd waktu yg kta perlukn dan Dia izinkn~

p/s: bkn bnyknya baca mnjadi asbab utm kecrmlngn dan kjayaan, tp taqarrub billah yg kuat adlh pkra pokok pnymbg kjyaan di dunia dan akhrt~
Sambil tu, layan kejap nasyid yang best  ni =)

Jom hayati sejenak bait demi bait nasyid ini, menyentuh hati di kala malam semakin gelap, di kala semut hitam di atas batu yang hitam tidak dapat di lihat, di kala insan-insan sudah leka diulit mimpi~



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan 
Nikmat yang dikecap 
baru kan terasa bila hilang 
Apa yang diburu timbul rasa jemu 
Bila sudah di dalam genggaman 

Dunia ibarat air laut 
Diminum hanya menambah haus 
Nafsu bagaikan fatamorgana 

Di padang pasir 
 Panas yang membahang disangka air 
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang 
Dilihat ada ditangkap hilang 

Tuhan.. 
leraikanlah dunia 
Yang mendiam di dalam hatiku 
Kerana di situ tidak ku mampu 
Mengumpul dua cinta 
Hanya cintaMu 
ku harap tumbuh 
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


~Letakkan dunia di tanganmu, bukan di hatimu~


Wallahu'alam....

Saturday, May 12, 2012

EXAM aka IMTIHAN~

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum jari jemari mula menari di atas keyboard dengan tarian yang tersusun rentaknya, sebelum fikiran terus berputar memutarkan idea membentuk perkataan, jom kita selawat dulu kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. "Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad, wa 'ala aali Muhammad".


 rajinnyer cik cing ni study =)
Bila nak exam baru mula nak baca buku akademik, haish ..STUDY SMART bkn STUDY HARD..^_^


~Banyakkan selawat bila apa yang dibaca terlupa ketika exam~
Mudah-mudahan dengan banyakkan selawat Allah akan ilhamkan kepada kita ilham dan memudahkan untuk menjwaba soalan.

~taqarrub billah, doa kepada Allah jangan dilupa ~
serahkan semuanya kat Allah bila segala usaha dah dilakukan, tapi jangan dah tawakkal sebelum berusaha.
Nukillah segala perkara yang diharapkan dengan pensil kita, dan serahkan pemadamnya kepada Allah untuk memadamkan segala perkara yang tidak baik ke atas kita.

Akhir sekali, jadual exam patik yang mempunyai 4 paper ujian bertulis dan 1 ujian amali.

14 Mei 2012 - 8.30 pg
EDU 3106

16 Mei 2012 - 2.30 ptg
BMM 3106

21 Mei 2012 - 8.30 pg
BMM 3105 (Amali komputer)

23 Mei 2012- 8.30 pg
PJM 3106

24 mEI 2012-2.30 ptg
PSK 3101

Walaupaun solan spot da dapat, tapi selalunya tak keluar. Sebagai penambahan bacaan mungkin boleh digunakan, tapi kalau nak mengharap untuk naik dalam exam, wallahu'alam berbanding dengan soalan akhirat yang konfem-konfem naik, dah tu siap bocor g soalan dan jawapan dia.  Tapi manusia still endah tak endah je..hmmm

Last skali, muhasabah bersama, "kita sanggup untuk berjaga malam demi peperiksaan, tetapi kita berat untuk bengun malam sekadar dua rakaat cuma untuk mencari MARDHATILLAH"

Wallahu'alam, salam imtihan  buat semua bakal cikgi-cekgi IPG seluruh Malaysia.

Wednesday, May 2, 2012

Siapakah mujahidah itu?




Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya...

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…

Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…


Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!


Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki memainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…


Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…


Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk berkasihani…


Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…


Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…


Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Aminnn...Ya Rabbb...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...