Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 23, 2014

Aku Lebih Sayangkan Cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad, wa 'ala aali Saidina Muhammad..

Dengan rahmat dan kasih-sayangnya, aku punya jari-jemari yang punya rentak tari di atas keyboard.  Entah, rentak apa jenis tarinya, semuanya bergantung pada emosi para pembaca yang dihormati.

Baik, back to tajuk post kali ni, perkongsian yang saya dapat dari seorang pensyarah ketika kelas Kajian Penyelidikan Pendidikan.  Pensyarah yang diibaratkan seperti seorang ibu, tidak pernah lokek bercerita dan memberi nasihat ketika mengajar di samping peribadinya yang mudah di dekati. Pensyarah ini berkongsi cerita mengenai kisah seorang guru yang di postingkan di kawasan pedalaman.


sumber gambar : internet

Cikgu Asyraf (bukan nama sebenar) adalah salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah pedalaman. Dia mempunyai seorang anak murid bernam Azam yang sering datang lewat ke sekolah sehingga adakalanya  terlepas untuk mengikuti pelajaran pada hari itu.  Tambahan lagi, Azam datang ke sekolah dalam keadaan compang-camping dan lusuh pakaiannya.

Pada suatu hari, dek kerana mengikut darah mudanya, Cikgu Asyraf telah menampar Azam dengan kuat kerana Azam datang lewat lagi sekolah. Apabila ditanya oleh cikgu Asyraf mengapa lewat, jawapan Azam masih sama seperti sebelumnya bahawa dia mempunyai hal yang perlu diuruskan.

Pada hari berikutnya, Azam tidak datang ke sekolah.  Cikgu Asyraf mula tertanya-tanya ketiadaan Azam. Dia mula risau dan memikirkan perbuatannya tempoh hari yang telah menampar Azam dengan kuat.  Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Azam sendiri.

Setibanya di sebuah perkampungan, Cikgu Asyraf bertanya kepada orang kampung rumahnya Azam dan rumahnya. Alangkah terkejutnya Cikgu Azam apabila mendapati jawapan yang diberikan oleh orang kampung sebab Azam tidak datang ke sekolah. Mereka mengatakan bahawa telinga Azam bengkak dan menanah.  Cikgu Asyraf meneruskan perjalanan ke ruamh Azam dengan panduan yang diberikan orang kampung. Dia terpaksa meninggalkan keretanya dan berjalan beberapa kilometer untuk ke rumah Azam yang terletak di belakang bukit.  

Setelah jauh berjalan, Cikgu Asyraf tiba di sebuah pondok usang di belakang bukit. Dia memberi salam, dari dalam rumah sayup  terdengar suara orang tua menjawab salam. Dia menyatakan tujuan dia datang ke situ untuk berjumpa Azam, orang tua itu menjemput Cikgu Asyraf masuk kerana pintu tidak berkunci.  Alangkah terkejutnya Cikgu Azam apabila dia mendapati orang tua yang bercakap dengannya sebentar tadi adalah insan yang buta kedua matanya dan badannya yang uzur. Sayu di hati mula menjalar dalam dirinya.  Orang tua itu adalah datuknya.  Azam adalah anak yatim piatu yang kematian kedua orang tuanya. Dia tinggal bersama datuknya yang sudah uzur.  Setiap hari Azam akan keluar mengambil upah melakukan pekerjaan bersama seekor monyetnya untuk mencari sesuap rezeki.





Azam pulang ke rumah bersama monyetnya.  Apabila Cikgu Asyraf mendapati Azam sudah pulang, lalu dia menerpa ke arah Azam lalu memeluk anak kecil itu.  Perasaan bersalah yang menebal dalam dirinya kerana berlaku tidak adil terhadap anak kecil itu.  Melihatkan keadaan itu, monyet peliharaan Azam terus menerpa ke arah cikgu Azam lalu menggigit tangannya kerana menyangka Cikgu Asyraf akan mengapa-apakan tuannya.  Gigitan monyet itu terus kuat tanpa melepaskan walaupun Azam cuba menarik dan meminta untuk melepaskan. Azam mula cemas bila melihat tangan cikgunya tidak mahu dilepaskan oleh monyet peliharaannya itu.  Dia kemudiannya mengambil pisau yang ada di sisinya lalu menikam monyetnya itu sehingga mati.  Walaupun monyet itu merupakan temannya mencari rezeki, sumber dia dan datuknya mencari sesuap nasi, tetapi demi nyawa cikgunya dia lebih rela membuat tindakan yang drastik itu.  Dalam hatinya berkata, "aku lebih sayangkan cikgu".



Begitulah kesudahannya kisah ini. Apa yang dapat disimpulkan, seorang guru sepatutnya menyelidiki latar belakang muridnya, menyiasat sesuatu perkara jika muridnya melakukan kesalahan bukannya bertindak membuta tuli sehingga mencederakan anak didiknya.  Guru itu ibarat penunjuk kepada cahaya iaitu ilmu, oleh itu jadilah guru sejati dalam menjadikan Rasulullah sebagai pedoman.  Rasulullah mendidik anak kecil dengan penuh kelembutan dan kesabaran.  Indahnya akhlak Rasulullah andai kita menghayatinya.

Wallahu'alam....

Wednesday, January 8, 2014

Pada Diri Ayahmu, Terdapat Syurgamu

*sumber gambar: internet

Anakku...
Memang ayah tak mengandungmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu...
Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir...

Memang ayah tak menyusuimu,
tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu...

Nak...
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya...
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman...
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, 
Kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu...
Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri...

Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka..

Ibu hanya ingin kau tahu nak..
bahawa...
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu...

Anakku...
Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu..

"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu"
(HR. Bukhari)



-wajah kedua syurgaku :")-



Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah, ampunilah dosaku, dosaku kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka, haramkanlah wajah mereka ka atas neraka-Mu, kasihanlah mereka sepertimana mereka mengasihaniku semasa ku kecil. Amin ya Rabbal 'Alamin.."
p/s: sumber sajak - facebook

Sunday, January 5, 2014

Ahlan Wasahlan 2014 ;)

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli'ala Saidina Muhammad..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh diucapkan buat pengunjung teratak ini..
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru  2014 buat semua.
Di mana dan bagaimana sambutan tahun baru anda?
Tidak kira di mana dan bagaimana, nak GULING ke, nak PESTA MAKSIAT ke, semoga pastikan Allah redha dan syaitan marah saat itu ;)

 Alhamdulillah, sambutan Tahun baru saya di hadapan rumah Allah ini ;)


Alhamdulillah, syukur tidak terkira kerana pada saat ini Allah masih meminjamkan nyawa untuk bernafas di bumi-Nya, Allah berikan kita kesempatan utnuk bertaubat..
Cuti hujung tauhun 2013 kali ni, tak banyak yang ku isi di luar, lebih banyak bersama keluarga tercinta.
Di sebabkan kemalangan kereta yang alami sebahagian ahli keluarag menyebabkan pada awal cuti di habiskan saja di rumah. Khidmat lebih diperlukan.
Alhamdulillah, di minggu-minggu terahir 2013, Allah pilih untuk menghadiri Dauroh Kitab di Kampung Tong Pelu, Kuala Nerang, Kedah.  Kenangan manis tercipta di sini dengan pengisian ruhiyyah dan jasadiyah bersama warga kampung yang sangat-sangat baik hati dan mesra.

 Bergambar bersama masterchef Kg Tong Pelu..^_^
p/s: mak cik2 ni sebak waktu bersalaman dengan depa :')

Sebelum cuti berakhir, sempat juga kuluangkan masa bersama adik-adik dan sahabat-sahabat lama di Pulau Dayang Bunting.  Pengisiannya ringkas tapi terkesan di hati.  Alhamdulillah :)


"Perlu berjalan sejauh mata memandang kerana kereta tidak dibenarkan masuk..
Tarbiyah Jasadiyah ^_^"


"Laut yang terbentang luas dan dalam di Pulau Bunting, tapi sebenarnya hati dan perasaan yang Allah cipta ini lagi dalam sebenarnya.."


 Akhir sekali, yang pastinya tahun ini adalah tahun akhir di IPG Kampus Perlis.  Pejam celik, dah empat tahun setengan aku berada di sini.  Banyak perkara samada suka mahupun duka telah tercoret di sini.  Doakan aku menjadi guru yang diredhai Allah dan dicintai nABI..aMEEENNN.....^_^

- Sahabat-sahabat kelas aka bakal-bakal guru BM ^_^-

Wallahu'alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...