Pages

Ads 468x60px

Monday, October 17, 2011

JIKA MAHU BERNIQAB...





Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...


Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...



Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..



Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..
Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..


Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..









Berniqablah kerana anda sudah bersedia,
bukan untuk menunjuk2 anda hebat..kerana itu belum
menunjukkan anda sudah bersedia,
bahkan sebenarnya masih timbul dihati rasa cintakan dunia..
cintakan pujian manusia..Astaghfirullah Al'azim..
jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas
kesedaran diri sendiri ..

Friday, October 7, 2011

MUJAHIDAH SEJATI



" Mujahidah sejati"
Entry kali ini merupakan lirik lagu "UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI" kumpulan "NAHWAN NUR". Banyak maksud tersirat jika dihayati, sangat bermakna bagi yang mahu berfikir dan menghayati. Dan menjadi salah satu kegemaran diri menghayati lirik-lirik lagu nasyid. Nasyid ini, ditemui ketika sedang "memunggah" PC kesayangan, dalam satu folder dari seorang sahabat. Semoga bermanfaat.....



Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia






Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi


Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa








Wednesday, October 5, 2011

BOLEHKE PAKAI SELUAR PANJANG??

1. Menurut Syeikh ‘Atiyyah Soqr rahimahullah [Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif] : “Sebenarnya. Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi ia meletakkan pula diluarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa.” [Mausu’ah al-Usrah tahta Ri’ayah al-Islam, m.s. 99]



2. Menurut Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili hafizahullah dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah m.s. 191 ketika ditanya tentang hukum; “Adakah perempuan harus memakai seluar panjang?.” Ia menjawab hukumnya; “Haram bagi perempuan memakai seluar panjang kerana ia ketat (sempit) yang boleh menampakkan susuk tubuhnya (yang membawa kepada fitnah) dan juga kerana ia menyerupai lelaki dan Allah melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Tetapi jika perempuan itu memakai baju yang (longgar) menutupi di atas seluar itu (baju atau jubah) sehingga sampai bawah dari paras lutut maka diharuskan kerana ’illat pengharaman itu sudah tiada ketika ini.” [Fatawa Mu’asirah, m.s. 191]





3. Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki rahimahullah (Ulama’ Besar Mazhab al-Syafi’e di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah) ketika ditanya tentang hukum wanita memakai seluar panjang;



Soal : Apakah pendapat kamu terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya sehinga sampai ke paras lutut dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya.?



Jawap : Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik kerana yang demikian termasuk dalam hadis “berpakaian tetapi bertelanjang” kerana ia bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi. [Qurratul ‘Ain, m.s. 233]



Mereka (muslimat) diharuskan untuk memakai seluar panjang tetapi mestilah mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syariat Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, selagi mana kita tetap berpegang dengan keduanya, maka kita tidak akan sesat sampai bila-bila. Inilah pusaka peninggalan baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya hingga akhir zaman. Oleh itu, kita dapati daripada pandangan ulama’ tersebut di atas tentang kaedah pemakaian mengikut hukum syariat bagi perempuan yang ingin memakai seluar panjang, seperti berikut :





a. Pakaian itu mestilah yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah, ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. :

إلا ما ظهر منها



“..melainkan apa yang zahir daripadanya.” [surah an-Nur ayat 31]

Ditafsirkan oleh ulama’ kecuali muka dan kedua tapak tangan bukanlah aurat. Ini bererti perempuan yang memakai seluar panjang mestilah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tangan (sehingga pergelangan).





b. Pakaian tersebut juga mestilah yang boleh menghalang bentuk rupanya daripada dilihat dan diketahui orang lain yang jenis longgar dan tidak ketat dipakai yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik kerana yang demikian berdasarkan hadis nabi s.a.w. :

عن أسامة بن زيد رضى الله عنهما قال كسانى رسول الله قبطية كثيفة كانت مما



أهدى له دحية الكلبى فكسوتها امرأتى

فقال لى رسول الله صلى الله عليه وسلم : " مرها أن تجعل تحتها غلالة ، فإنى أخاف أن تصف حجم عظامها .

( رواه أحمد ) . والغلالة شعار يلبس تحت الثواب



Sayyidina Usamah bin Zaid r.a. telah berkata; baginda Rasulullah s.a.w. telah memakaikan kepadaku sejenis pakaian yang tebal di mana pakaian itu ialah hadiah daripada Sayyidina Dihyah al-Kalbi r.a. kepada baginda. Kemudian daku pakaikan itu pada isteriku. Baginda terus bersabda : “Suruhlah isterimu mengenakan pakaian lain di sebelah dalam kerana saya khuatir pakaian yang ku hadiahi tadi menonjolkan bentuk rangka atau tubuhnya.” [riwayat Ahmad hadis no : 21845].



Maksud al-Ghilalah : sejenis kain selimut yang dipakai di sebelah dalam pakaian.



c. Memakai baju yang menutupi di atas seluar itu (baju atau jubah) sehingga sampai bawah dari paras lutut maka diharuskan kerana ’illat (sebab) pengharaman itu sudah tiada ketika ini.





d. Pakaian itu tidak jarang atau nipis sehingga menampakkan warna kulit dan rambutnya, ini termasuk larangan dari sabda Nabi s.a.w. :

ونساء كاسيات عاريات



“..segolongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang..” [riwayat muslim hadis no : 2128]



Imam Nawawi rahimahullah mentafsirkan di dalam syarah Sahih Muslim, juz 14, m.s. 110 tentang maksud berpakaian tetapi telanjang dengan tiga tafsiran berikut :



- Memakai nikmat Allah tetapi telanjang daripada mensyukurinya (tidak mensyukurinya).



- Menutupi sebahagian badan dan membuka sebahagian yang lain untuk memperlihatkannya kepada orang lain.



- Memakai pakaian nipis yang memperlihatkan warna badannya.



Justeru itu, sudah terang lagi bersuluh berdasarkan suluhan ilahi (al-Quran dan as-Sunnah) bagi kita mengenal pasti apakah hukum yang ditetapkan oleh syara’ terhadap perempuan yang suka dan ingin untuk memakai seluar panjang dalam kehidupan yang serba moden ini. Ini menunjukkan keistimewaan dan keindahan yang ada dalam ajaran Islam, yang tidak terdapat dalam ajaran lain selain Islam. Islam tetap menjaga maslahah ummah bagi mengelak dari berlakunya perkara yang diharamkan dalam Islam. Islam tidaklah begitu jumud sebagai yang didakwa sesetengah mereka yang kurang kefahaman agama. Sebab itu, dalam kaedah fiqh ada menyebut ‘berubahnya hukum mengikut perubahan zaman’. Begitu juga, salah satu sifat khusus Islam adalah bersifat waqi’eyyah. Bermaksud ajaran Islam adalah sesuai mengikut suasana dan tempat. Sebagai contoh; Islam mewajibkan penutupan aurat, tetapi cara penutupannya mengikut kesesuaian tempat dan suasana di mana seseorang muslim itu berada.





Sabda Rasulullah s.a.w. :

المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان

Maksudnya : “Perempuan itu aurat, apabila ia keluar maka syaitan bergegas menumpukan perhatiannya (untuk memperdayakannya).” [riwayat at-Tirmizi katanya hadis hasan sahih, riwayat Ibnu Hibban].



Kuliah dari Ustaz Aminudin Haji abdul Rahim....

SUMBER;FACEBOOK

Tuesday, October 4, 2011

SEDANGKAN AKU TERASING DI SINI...




Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah S.A.W bersabda: “islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing”



Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih kuatir
Diri melanggar batas menjejak zina

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah


“ Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan, sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”
Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
( Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)
“ islam terasing di zaman permulaannya, islam kembali asing di zaman kemudiannya, beruntunglah mereka yang menjadi asing."



SUMBER: jalansalafussoleh.blogspot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...