Pages

Ads 468x60px

Wednesday, December 29, 2010

LA TAHZAN =(



Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)
Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)
“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?



::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)
Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”
(Quran 23:115):

?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.
Demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)
..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)

Paling best dlm hidup:
bila kite down, we feel hopeless…
Kite ngadu pd Dia.
Tanpa kite sedari,
Dia sisipkan perasaan tenang yg kite tau takkan datang tanpa rahmat-Nya.
Rasa senang walaupun dalam resah.
Allah memang sentiasa sayangkan hamba-Nya… .
Cuma kita yg sering LUPA, kan? So..

Jangan Mengharap pada Manusia.. Letakkan sepenuh pengharapan Pada Yang terAGUNG..ALLAH takkan hampakan kita..cume kadang2 Allah perlu uji kita supaya kita xleka..xalpa..dalam kehidupan duniawi ini.. supaya kita menyedari kewujudan akhirat..yg abadi.. selamanya…

Thursday, December 23, 2010

CERITA DI SEBALIK ZINA HATI..



"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.

Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak.

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini.

Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.

Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.

Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.
'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya lah… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan saja lah…
Amin: hurm…
…..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sebab……
Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya.

Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok.

sumber: Facebook

Wednesday, December 22, 2010

HIPOKRIT??




"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"


Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati.
Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini.

Inilah cabaran orang yang mahu berubah.
Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.


Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah.
Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani.

Maka, izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah.

Anda seorang wira!
Anda seorang pejuang!
Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.


Janganlah berhenti.

Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji.
Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga.

Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi.
Kemudian, satu lagi, dan satu lagi.
Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya.

Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.


Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang.
Tuduhan yang tersangat salah!


Saya tertarik dengan satu hadis.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” - Hadis riwayat At-Tabrani.


Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menangis'.
Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon?
Adakah kita mahu menipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak.

Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia.
Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik.
Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya.
Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan.

Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak.
Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit.

Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis',
sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.


Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik!
Lama kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik.

Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison?

Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.


Untuk mencapai kesempurnaan iman,
jangan takut mencuba menerima cacian.


Kesimpulan

Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka,jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?





(pkongsian dr Blog Bayyinat: http://iqbalsyarie.blogspot.com/ )

Sunday, December 19, 2010

BAHAGIAKAN HATIMU..

Hati yang sakit wajib dirawati daripad dibiarkan lesu dan terus mati. Sakitnya hati mampu di kesan melalui tingkah laku. Bagaimana ? Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduannya menerusi kata-katanya “sebahagian tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih keran atertinggalnya suatu amalam kebajikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa”



Rasulullah s.a.w juga bersabda riwayat At-Tabrani maksudnya “ siapa yang merasa senang oleh amal kebajikannya dan merasa sedih atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin”

Ayuh renungi dan amalkan kata-kata berhikmah daripada doctor hati Imam Ghazali : “carilah hatimu di tiga tempat..carilah hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu sewaktu mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah pada Allah , pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”




Pertama, membaca Al-Quran. Lazimilah diri dengan mencapai dan mmbaca Al-Quran. Menerusi ayat-ayat cinta-Nya,hati yang lemah akan di jana semula dengan kekuatan sekaligus mampu menghidupkan hati yang lesu. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud ‘diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar’. Sudah terang lagikan bersuluh, Al-Quran adalah penawar hati dan membacanya adalah sebaik-baik ibadah. Jangan pula sakitnya hatimu hinggakan membaca Al-Quran dirasakan satu beban. Lihatlah dirimu , tanyalah imanmu, berapakah ayat-Nya yang telah dibaca hari ini?atau tersimpan kemakah kitab suci itu tanpa ditatap walau seayat??



Kedua, mendirikan solat. Setiap kali, seandainya ada masalh membelenggu kehidupan, pasti dicarinya seorang teman untuk berbual meluahkan rasa yang terpendam. Pakar psikologi sering menyarankan kita meluahkan masalah pada orang yang disayangi, kelak pasti kurang bebanan dijiwa. Nmaun sedarkah kita? Solat ialah doa, solat ialah meluahkan segala rintihan, permasalahan,kesusahan kepada Allah yang bersifat As-Sami’( Yang Maha Mendengar). Andai hatimu dirasakan sakit, bawalah hatimu berjumpa dengan Tuhan Yang Esa. Bawalah hatimu dalam setiap pergerakan solat,.Bertahbirlah, bersujudlah..meluahkan segalanya. Nescaya pasti ditemui kedamaian dan ketenangan sekaligus merawat hatimu. Kata Ulam’ Al-Hakim “jika kamu ingin Allah “ bercakap” dengan mu, bacalah Al-Quran keran ayat-ayat-Nya yang ditujukan kepadamu,..tetapi jika kamu ingin pula “bercakap” dengan Allah, maka dirikanlan solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Penciptanya.”

Ketiga, mengingati mati. Sebelum tidur ,pernah terfikirkah tidur ini mungkin tidur yang selamnya? Solat yang dilakukan , mungkinkah kali yang terakhir? Bersalamn dengan ibu bapa jua mungkin kali yang terakhir? Hakikatnya, didalam kita tidak diajar takut kepada mati tetapi diajar untuk mengingati mati. Mengingati mati bukanlah menjadikan seseorang itu pasif dan berputus asa, tapi menjadikan seseorang itu aktif dan produktif dalam setiap tindakannya. Mengingati mati mampu menjadikan seseorang melakukan ibadahnya dengan sempurna ,meningkatkan pahala, mengurangkan dosa dan menutup aurat sebaik-baiknya. Tanyalah pada diri, bersediakan aku menghadap Allha dengan amalan sebegini? Solat yang ‘hancur’,aurat yang terdedah. Ketahuilah Izrail ‘memandang’ kita 70 kali sehari. Bayangkan,jika di saat dirimu membuat maksiat, saat itulah Malaikat Izrail menjemputmu, bagaimana aganya ya?? Husnul khatimah kah kita atau saiul khatimah!!

Ingatlah wahai saudara seislamku, setiba yang bernyawa pasti akan merasai saat kematian..hisablah dirimu sebelum kamu dihisab..basuhlah hatimu dengan mengingati mati,.. “melupakan mati bermaksud mematikan hati"


Carilah hatimu..basuhlah hatimu. Persembahkan hatimu kepada-Nya dalam keadaan yang suci dari najis-najis dan karat-karat mazmumah..jagalah hatimu, awasilah ia,rawatlah ia, bawalah hatimu kepada Allah dalam keadaan suci dan bersih..dan jangna sampai kehilangannya.






Thursday, November 25, 2010

SAAT KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH...(3 MAC 1924)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
tanggal 3 Mac 1924, maka bermulalah tarikh keramat, tarikh kesedihan dan tarikh malapetaka bagi umat islam akibat kejatuhan khilafah islamiyah di tangan MUSTAFA KAMAL AL-TARTUK..oleh itu wahai sahabat2, ayuhlah kita semua berganingan dan tenaga, berpandukan AL-QURAN dan AS-SUNNAH dalam menegakkan kembali khilafah islamiyah yg telah jatuh..janganlah rasa penat dan lelah berjuang, janganlah merasakan perjuangan kita menuntut kemenangan pada masa yg pendek, tapi ingatlah..perjungan ini memerlukan nafas JIHAD yang panjang,..mungkin saja kemenangan ini tidak dapat dirasai oleh generasi kita tetapi generasi akan datang akan terus mmperjuangkan..jgnlah kita takut kerana CAHAYA AGAMA ALLAH TIDAK AKAN PERNAH PADAM..TAKBIR!!!!


Keruntuhan Khilafah Islamiyah terakhir di Istambul hendaknya menjadi renungan bagi kita. Beberapa faktor penyebab utama kemunduran Negara Khilafah diantaranya;Konspirasi Negara-negara kafir imperialis, pengkhianatan penjawat tinggi Negara, adanya idea-idea rosak (nasionalisme,patriotisme, demokrasi dan HAM) yang mempengaruhi pemikiran kaum muda di Turki dan wilayah Khilafah lainnya, terhentinya ijtihad, upaya memasukkan Undang-undang barat dalam konstitusi Negara Khilafah, penghancuran aqidah Islam melalui serangan misionaris Kristen (mubaligh yang berjuang memurtadkan orang2 islam). Puncaknya, pada tanggal 3 Mac 1924, agen Inggeris keturunan Yahudi Dunamah bernama Mustafa Kemal Pasha menyatakan dibubarkannya Negara Khilafah Islamiyah yang berpusat di Istambul, dan kemudian menggantinya dengan sistem republik dengan asasnya sekular-demokrasi serta memindahkan ibukota Turki dari Istambul ke Ankara.


Sultan Abdul Hamid dan Yahudi

Pada masa pemerintahan Khalifah Sultan Abdul Hamid II, Pemimpin Zionis Internasional bernama Theodore Herzl melalui sahabatnya yang dekat dengan keluarga istana meminta kepada Khalifah untuk memberikan tanah Palestin kepada orang-orang Yahudi. Dan jika diizinkan menduduki Palestin, orang-orang Yahudi akan menyelesaikan utang-utang Negara Khilafah. Namun apa yang terjadi Khalifah Sultan Abdul Hamid II menolak dengan tegas,melalui suratnya; “Nasehatilah temanmu Herzl agar dia tidak mengambil langkah-langkah baru mengenai masalah ini, sebab saya tidak bisa mundur dari tanah suci ini (Palestin) walaupun hanya sejengkal. Sebab tanah ini bukanlah milik saya. Dia milik bangsa dan rakyat saya. Nenek moyang saya telah berjuang demi mendapatkan tanah ini. Mereka telah menyiraminya dengan titisan darah demi mendapat tanah ini. Maka biarkanlah orang-orang Yahudi itu menggenggam jutaan wang mereka. Jika negeriku hancur lebur, maka sangat mungkin mendapatkan negeri Palestin tanpa ada balasan apapun. Namun patut diingat, bahwa hendaklah penghancuran itu dimulai dari tubuh dan raga kami. Namun tentunya saya juga tidak akan menerima, raga saya dirosak binasa sepanjang hayat masih dikandung badan”.Demikianlah, Herzl gagal merayu Sultan Abdul Hamid II untuk menduduki tanah Palestin. Padahal waktu itu utang Negara Khilafah mencapai 20 juta lira.


Setelah gagal merayu Sultan Abdul Hamid II, Zionisme Internasional kemudian memulai dengan menggerakkan media-media internasional untuk menjatuhkan Khalifah. Setelah itu, mereka menyatukan musuh-musuh Sultan Abdul Hamid II yang tumbuh dan bercampur baur dalam masyarakat Utsmani. Kita dapatkan para pengikut demokrasi (dan mereka yang diperalat kaum demokrat,pen) melakukan rencana yang sangat teratur dan menyerang. Mereka menguasai jaringan bisnes dunia, media-media Eropa, sehingga sangat mungkin bagi mereka untuk membentuk pandangan umum tentang pentingnya memecat Sultan Abdul Hamid II dari jabatannya sebagai seorang Khalifah.


Pemecatan Khalifah Sultan Abdul Hamid II

Kemudian pada tanggal 31 Mac 1909, Zionis Internasional melakukan konspirasi, yaitu peristiwa tragis yang menimbulkan goncangan hebat. Peristiwa tersebut terjadi di kota Istambul, dimana telah terjadi pembunuhan berdarah yang menimbulkan korban jiwa. Dan kemudian mereka menuduh Sultan Abdul Hamid II terlibat dalam peristiwa tersebut. Peristiwa tersebut juga membuat orang-orang Yahudi Eropa dari Organisasi Persatuan dan Pembangunan (nama lain dari Gerakan Turki Muda pimpinan Mustafa Kemal) memasuki Istambul untuk melakukan acara penurunan baiah di pusat kota menuntut pemecatan Sultan Abdul Hamid II dari jawatannya seorang Khalifah. Dengan dukungan media-media di Turki dan Eropa, mereka menuduh Sultan merencanakan terjadinya peristiwa 31 Mac, membakar mushaf-mushaf Al-Qur`an, pemboros, penumpah darah, dan zhalim.


Untuk menjayakan dengan baik tujuan tersebut, para revolusionir bentukan Yahudi melakukan tekanan kepada mufti Islam Muhammad Zhiyaudin untuk mengeluarkan fatwa pemecatan. Pada hari selasa 27 April 1909 M., sebanyak 240 anggota Majelis A`yan (tokoh-tokoh masyarakat yang ditunjuk) mengadakan pertemuan bersama dan menetapkan pemecatan Sultan Abdul Hamid II. Namun sebagian anggota menolak menerima draft tersebut, diantaranya sekretari fatwa Nuri Affandi yang hadir dalam pertemuan tersebut.


Namun atas usulan dan desakan dari Organisasi Persatuan dan Pembangunan, akhirnya dibentuklah panitia untuk menyampaikan keputusan pemecatan khalifah kaum muslimin, panitia tersebut terdiri dari:Immanuel Qarashu (seorang Yahudi asal Spanyol), Aaram (Anggota Majelis Perwakilan yang berasal dari Armenia), As`ad Thuathani(Utusan Albania), Arif Hikmat (anggota Majelis `Ayan,asal Irak Karajabani). Kemudian melalui mereka dilakukan (pemberitahuan) pemecatan Sultan Abdul Hamid II sebagai Khalifah, dan pada saat bersamaan Sultan Abdul Hamid berkata kepada mereka, ”Sesungguhnya ini tak lebih dari perbuatan orang-orang Yahudi yang mengancam Khilafah, lalu apa maksud kalian membawa orang ini (Emmanuel) datang kehadapanku?”. Setelah Sultan Abdul Hamid II diturunkan dari jabatannya, kemudian beliau dibuang ke Salonika (wilayah Kekhilafahan Turki yang berbatasan dengan Yunani).

Orang-orang Yahudi dan Freemasonry mengangkat hari penjatuhan Sultan Abdul Hamid II sebagai hari raya mereka. Mereka meluapkan kegembiraan dengan mengadakan demonstrasi dijalan-jalan pusat kota Istambul, Turki Utsmani. Setelah diturunkan dari jabatannya,Sultan Muhammad Rasyad menggantikan beliau sebagai Khalifah kaum muslimin.
Tidak berapa lama kemudian, muncullah hakikat sebenarnya yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristen dan lebih khusus lagi Inggris. Mereka melihat, bahwa penghancuran Khilafah bukanlah perkara yang mudah, kecuali dengan cara membuat pahlawan boneka dan menggambarkan opini umum tentang sosoknya yang besar dan keramat. Dan mereka mengusulkan nama Musthafa Kemal agar menjadi sumber harapan dan sumber penghormatan di kalangan perwira tentara dan rakyat Utsmani.

Mereka membuat beberapa sandiwara peperangan untuk mengangkat (mengorbitkan) nama Musthafa Kemal sebagai pahlawan. Mereka bertempur tetapi tidak ada peluru dan meriam yang ditembakkan pihak sekutu. Musthafa Kemal berhasil mendesak pasukan sekutu mundur dari wilayah Turki. Kemenangan sandiwara ini disambut oleh rakyat Turki dan menyanjung nama Musthafa Kemal serta menganggapnya sebagai pahlawan penyelamat. Inggris mempublikasikan kemenangan (sandiwara) Musthafa Kemal secara besar-besaran. Atas kemenangan ini Musthafa Kemal mengatakan dihadapan publik; ”Semua rencana tidak akan dilakukan kecuali untuk melindungi kesultanan dan Khilafah serta membebaskan Sultan dan negeri ini dari perbudakan negara asing”. Di sisi lain Duta Besar Inggris mengeluarkan beberapa pernyataan yang ditujukan kepada bangsa Turki supaya mematuhi khalifahnya, seolah-olah mereka berdiri dipihak Sultan dan bermusuhan dengan Musthafa Kemal. Maka bertambahlah kebencian terhadap Khalifah dan bertambahlah kecintaan terhadap pahlawan (boneka) yang memerangi sekutu

Kebusukan rencana Musthafa Kemal mulai terbongkar pada tahun 1341 H/ 1923 M, Organisasi Nasional Turki pimpinan Mustafa Kemal mengumumkan berdirinya Republik Turki yang beribukota di Ankara dan dia terpilih sebagai presiden pertamanya, peristiwa ini membuat posisi Khalifah Sultan Muhammad Wahidudin terancam, kemudian dia melarikan diri ke Malta dengan kapal Inggris. Awalnya Musthafa Kemal berpura-pura tetap menjaga eksistensi Sistem Khilafah dengan menunjuk Sultan Abdul Majid II menggantikan Sultan Muhammad Wahidudin.
Namun pada tanggal 27 Rajab 1342 H bertepatan dengan 3 Maret 1924 M, Musthafa Kemal memanggil semua pendiri Organisasi Persatuan dan Pembangunan,dia yakin bahwa tidak ada seorangpun yang berani menentang dirinya. Di hadapan anggota, dia mengusulkan untuk membuat projek pembubaran khilafah yang dia sebut sebagai `bisul abad pertengahan`. Akhirnya pada pertemuan tersebut Sistem Kekhilafahan Islam dibubarkan.Pada keesokan harinya, Khalifah Sultan Abdul Majid II dan keluarga Ustmani diusir dari Ibukota Istambul, hartanya disita, dan Musthafa Kemal mengganti sekolah-sekolah Islam dengan sekolah sekuler dibawah kementrian pendidikan. Hal itu dilakukan untuk memenuhi persyaratan yang ditetapkan pimpinan delegasi Inggris, Lord Curzon pada saat perjanjian Lausanne tanggal 23 Juli 1923.

Setelah khilafah Islam dibubarkan dan pasukan Inggris ditarik dari wilayah Turki. Menteri luar negeri Inggris, Curzon dipanggil Senat Inggris untuk mempertanggungjawabkan perihal penarikan pasukan Inggris dari wilayah Turki, dihadapan anggota Senat Curzon berkata, ”Utama persoalannya adalah bahwa Turki telah dihancurkan dan tidak akan pernah bangkit kembali, karena kita telah berhasil menghancurkan dua kekuatan spiritualnya, yaitu Khilafah dan Islam”.


Khatimah
Demikian sedikit sebanyak kisah detik-detik terakhir runtuhnya Khilafah Islamiyah.Wahai saudaraku, kita tahu bahwa orang-orang kafir seperti Yahudi dan nasrani akan selalu memusuhi kaum muslimin. Mereka menyukai apa-apa yang menyusahkan kita dan mereka akan selalu melakukan konspirasi untuk berusaha memecah belah dan memusnahkan kaum muslimin. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan pernah ridha sampai kamu masuk dalam golongan mereka”.(QS.Al Baqarah :120)

Sudah saatnya kita membangun ukhuwah Islamiyah dan menghadapi musuh bersama, yaitu orang-orang kafir dan munafik yang selalu menghina Islam dan kaum muslimin. Dan memfokuskan pada pandangan urgensi penegakkan Khilafah dan Syariah untuk menjadikannya pandangan umum ditengah-tengah masyarakat (bukan dengan demokrasi, diskriminasi gender,HAM,dll).

Saudaraku, khilafah pasti akan tegak dengan atau tanpa kita. Karena ini merupakan janji Rasulullah SAW:


“...Sesungguhnya akan ada Khilafah yang mengikuti metode kenabian”(HR.Ahmad)

Tinggal kita memilih, apakah kita menjadi orang yang berjuang terhadap penegakan Khilafah dan Syariah, atau kita menjadi orang yang setuju terhadap penegakkan Khilafah dan syariah ketika Khilafah sudah tegak.

sesungguhnya beruntunglah bagi yang menegakkanya,
rugilah bagi mereka yang hanya duduk diam menyaksikannya
tetapi akan celakalah mereka yang menghalanginya.

Wallaahu'alam..

Tuesday, November 23, 2010

dijemput BIDADARI SYURGA



Justeru, ayuh kita berdoa agar kita dikurniakan bidadari syurga seperti yang dimiliki oleh seorang sahabat Rasulullah saw. Hanzhalah bin Abu Amir. Hanzhalah beruntung bukar sekadar sempat membina rumahtangga syurga bersama bidadari pilihannya Ukhti Jamilah, tetapi dia beroleh juga bidadari-bidadariri syurga yang setia menantinya.

Nama lengkapnya Hanzhalah bin Abu ‘Amir bin Shaifi bin Malik bin Umayyah bin Dhabi’ah bin Zaid bin Uaf bin Amru bin Auf bin Malik al-Aus al-Anshory al-Ausy. Pada masa jahiliyah ayahnya dikenal sebagai seorang pendeta, namanya Amru.
Suatu hari ayahnya ditanya mengenai kedatangan Nabi dan sifatnya hingga ketika datang, orang-orang dengan mudahnya dapat mengenalnya. Ayahnya pun menyebutkan apa yang ditanyakan. Bahkan secara terang-terangan dirinya akan beriman dengan kenabian itu. Ketika Allah turunkan Islam di jazirah Arab untuk menuntun jalan kebenaran melalui nabi terakhir, namun dirinya mengingkarinya. Bahkan dirinya hasad dengki dengan kenabian Muhammad saw. Namun dengan kebesaran Allah swt. tiak lama kemudian Allah bukakan hati anaknya, Hanzhalah untuk menerima kebenaran yang dibawa Rasulullah saw. Sejak itulah jiwa dan raganya untuk perjuangan Islam.

Kebencian ayahnya terhadap Rasulullah membuat darahnya naik turun. Bahkan meminta izin Rasulullah untuk membunuhnya. Tapi Rasulullah tidak mengizinkan. Sejak itulah keyakinan akan kebenaran ajaran Islam semakin menancap di relung hatinya. Seluruh waktunya digunakan untuk menimba ilmu dari Rasulullah.
Di tengah kesibukannya mengikuti da’wah Rasulullah yang penuh dinamik, tak terasa usia telah menghantarkannya untuk memasuki fasa kehidupan berumah tangga. Disamping untuk melakukan regenerasi, tentu ada hikmah kurniaan Allah yang tidak mungkin dapat dijangkanya.

Hanzhalah menikahi Jamilah binti Abdullah bin Ubay bin Salul, anak sahabat ayahnya. Mertuanya itu dikenali sebagai sebagai tokoh munafik, menyembunyikan kekafiran dan menampakkan keimanan. Dia berpura-pura membela Nabi saw dalam Perang Uhud; namun ketika rombongan pasukan muslim bergerak ke medan juang, dia menarik diri bersama orang-orangnya, kembali ke Madinah.

Sementara itu situasi Madinah dalam keadaan siap siaga. Kaum muslimin sudah mencium gelagat dan gerak-gerik rancangan penyerangan pasukan Abu Sufian. Situasi Madinah sangat genting pada saat itu. Namun walau dalam situasi seperti itu, Hanzhalah dengan tenang hati dan penuh keyakinan akan melangsungkan pernikahannya. Sungguh tindakannya itu merupakan gambaran pemuda yang senantiassa tenang menghadapi pelbagai macam keadaan.

Hanzhalah menikahi Jamilah, sang kekasih, pada suatu malam yang paginya akan berlangsung peperangan di Uhud. Beliau meminta izin kepada Nabi saw. untuk bermalam bersama isterinya. Beliau tidak tahu persis apakah itu pertemuan atau perpisahan. Nabi pun mengizinkannya bermalam bersama isteri yang baru saja dinikahinya.
Mereka memang baru saja menjalin sebuah ikatan. Memadu segala rasa dari dua lautan jiwa. Berjanji, menjaga bahtera tidak akan karam walau kelak badai garang menghadang. Kini, dunia seakan menjadi milik berdua. Malam pertama yang selalu panjang bagi setiap mempelai dilalui dengan penuh mesra. Tidak diharapkannya pagi segera menjelang. Segala gemuruh hasrat tertumpah. Sebab, sesuatu yang haram telah menjadi halal.

Langit begitu mempesona. Kerlip gemintang bagaikan menggoda rembulan yang sedang kasmaran. Keheningannya dihiasi keindahan rembulan, diukirnya do’a-do’a dengan goresan harapan, khusyu’, berharap regukan kasih sayang dari Sang Pemilik Cinta. Hingga tubuh penat itupun bangkit, menatap belahan jiwa dengan tatapan cinta. Hingga, sepasang manusia itu semakin dimabuk kepayang.
Indah…

Sungguh sebuah episode yang teramat indah untuk dilewatkan. Namun disaat sang pengantin asyik terbuai wanginya aroma cinta, seruan jihad berkumandang dan menghampiri gendang telinganya.

“Hayya ‘alal jihad… hayya ‘alal jihad…!!!”

Pemuda yang belum lama menikmati indahnya malam pertama itu tersentak. Suara itu terdengar sangat tajam menusuk telinganya dan terasa menghunjam dalam di dadanya. Suara itu seolah-olah irama syurgawi yang lama dinanti. Hanzalah harus mengeluarkan keputusan dengan cepat. Bersama dengan hembusan angin fajar pertama, Hanzhalah pun segera melepaskan pelukan dari sang isteri.

Dia segera menghambur keluar, dia tidak menunda lagi keberangkatannya, sehingga dia tidak sempat mandi terlebih dahulu. Isterinya meneguhkan tekadnya untuk keluar menyambut seruan jihad sambil memohon kepada Allah agar suaminya diberi anugerah salah satu dari dua kebaikan, menang atau mati syahid,

Dia berangkat diiringi deraian air mata kekasih yang dicintainya. Ia berangkat dengan kerinduan mengisi relung hatinya. Kerinduan saat-saat pertama yang sebelumnya sangat dinantikannya, saat mereka berdua terikat dalam jalinan suci. Namun semua itu berlalu bagaikan mimpi. Hanzalahpun akhirnya berangkat menuju medan juang untuk memenangkan cinta yang lebih besar atas segalanya. Bahkan untuk meraih kemenangan atas dirinya sendiri.

Kenikmatan yang bagai tuangan anggur memabukkan tidak akan membuatnya terlena. Sehingga, iringan do’alah yang mengantar kepergiannya ke medan jihad. Dia bergegas mengambil peralatan perang yang memang telah lama dipersiapkan. Baju perang membalut badan, sebilah pedang terselip dipinggang. Siap bergabung dengan pasukan yang dipimpin Rasulullah saw.

Berperang bersama Hamzah, Abu Dujanah, Zubair, Muhajirin dan Anshar yang terus berperang dengan pekikan semangat, seolah tidak ada lagi yang dapat menahan mereka. Bulu-bulu putih pakaian Ali, serban merah Abu Dujanah, serban kuning Zubair, serban hijau Hubab, melambai-lambai bagaikan bendera kemenangan, memberi kekuatan bagi barisan di belakangnya.

Tubuh Hanzhalah yang perkasa serta merta langsung berada di atas punggung kuda. Sambil membenahi posisinya di punggung kuda, tali kekang ditarik dan kuda bergerak secepat kilat menuju barisan perang yang tengah bekecamuk. Tangannya yang kekar memainkan pedang dengan gerakan menebas dan menghentak, menimbulkan kesan bak hempasan angin puting beliung.

Musuh datang bergulung. Merimbas-rimbas. Tak gentar, ia justru maku ke hadapan. Menyibak. Menerjang kecamuk perang. Nafasnya tersengal. Torehan luka di badan sudah tidak terbilang. Tujuan utama ingin berhadapan dengan komandan pasukan lawan. Serang! Musuhpun bergelimpangan.

Takbir bersahut-sahutan. Lantang membahana bagai halilintar. Berdentam. Mendesak-desak ke segenap penjuru langit. Hanzhalah terus menerjang. Terjangannya dahsyat laksana badai. Pedangnya berkelebat. Suaranya melenting-lenting. Kilap mengintai. Deras menebas. Berkali-kali orang Quraisy yang masih berkutat dalam lembah jahiliyah itu mati terbunuh di tangannya.

Sementara itu, dari kejauhan Abu Sufian melihat lelaki yang luarbiasa itu. Dia ingin sekali mendekati dan membunuhnya, tetapi semangatnya belum juga cukup untuk membalas dendam kepada pembunuh anaknya di perang Badar itu. Situasi berbalik, kali ini giliran Hanzhalah mendekati Abu Sufian ketika teman-temannya justru melarikan diri ketakutan. Abu Sufian terpaksa berhadapan dengannya, satu lawan satu. Abu Sufian terjatuh dari kudanya. Wajahnya pucat, ketakutan.

Pedang Hanzhalah yang berkilauan siap merobek lehernya. Dalam hitungan detik, nyawanya akan melayang. Tapi, dalam suasana genting itu, Abu Sufian berteriak minta tolong, “Hai orang-orang Quraisy, tolong aku.”

Namun, untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak. Syadad bin Al-Aswad yang memang sudah disiagakan untuk menghabisi Hanzhalah, berhasil membaca gerakan Hanzhalah dan menebas tengkuknya dari belakang. Tubuh yang gagah dan tegap itu jatuh berdebum ke tanah, Para sahabat yang berada di sekitar dirinya cuba untuk memberi pertolongan, namun langkah mereka terhenti.

Lantas orang-orang Quraisy di sekitarnya tanpa ampun mengayunkan pedangnya kepada Hanzhalah, dari kiri, kanan, dan belakang, sehingga Hanzhalah tersungkur. Dalam situasi yang sudah parah, darah mengalir begitu deras dari tubuhnya, ia masih dihujani dengan lemparan tombak dari pelbagai penjuru.

Tidak lama, kecamuk perang surut. Sepi memagut. Mendekap perih di banyak potongan tubuh yang tercerabut. Hanzhalah ternyata syahid di medan Uhud. Di sebuah gundukan tanah yang tampak masih basah, jasadnya terbujur.

Sentuhan cahaya terang dari langit membungkus jenazah Hanzhalah dan mengangkatnya ke angkasa setinggi rata-rata air mata memandang. Juga terjadi hujan seketika dan tubuhnya terbolak-balik seperti ada sesuatu yang hendak diratakan oleh air ke sekujur tubuh Hanzhalah. Bayang-bayang putih juga berkelibat mengiringi titisan air hujan. Hujan mereda, cahaya terang padam diiringi kepergian bayang-bayang putih ke langit dan tubuh Hanzhalah kembali terjatuh dengan perlahan.

Subhanallah! Padahal sedari tadi hujan tidak pernah turun setitis pun. Para sahabat yang menyaksikan merasa hairan. Para sahabat kemudian membawa jenazah yang basah kuyup itu ke hadapan Rasulullah saw dan menceritakan tentang peristiwa yang mereka saksikan. Seorang sahabat berkata, “Aku benar-benar melihat malaikat sedang memandikan Hanzhalah di antara langit dan bumi dengan air dari awan dalam sebuah tempat besar terbuat dari perak.” Demikian Urwah ra menegaskan kesaksiannya tentang kesyahidan Hanzhalah di perang Uhud.

Rasulullah meminta agar seseorang segera memanggil isteri Hanzhalah.

Wanita yang dimaksudkan tiba di hadapan Rasul, beliau menceritakan begini dan begini tentang Hanzhalah dan bertanya: “Apa yang telah dilakukan Hanzhalah sebelum kepergiannya ke medan perang?”

Wanita itu tertunduk. Rona pipinya memerah, dengan senyum tipis ia berkata: “Hanzhalah pergi dalam keadaan junub dan belum sempat mandi ya Rasulullah!”

Rasulullah kemudian berkata kepada yang hadir. “Ketahuilah oleh kalian. Bahawasanya jenazah Hanzhalah telah dimandikan oleh para malaikat. Bayang-bayang putih itu adalah isteri-isterinya dari kalangan bidadari yang datang menjemputnya.”
Dengan malu-malu mereka (para bidadari) berkata; “Wahai Hanzhalah, wahai suami kami. Lama kami telah menunggu pertemuan ini. Mari kita keperaduan.”

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (QS 61:10-12).

Ternyata, jalannya JIHAD “Hayya ‘alal jihad… hayya ‘alal jihad…!!!” di jalan Allah swt untuk memiliki bidadari syurga.. Ayuh kita tingkatkan tekad untuk terus istiqamah dengan jihad yang sedang kita laluinya wahai sahabat-sahabatku. Jangan pernah ada rasa lelah dan lemah kerana motivasi kita bekerja adalah syurga dan ukhrawi. Mari kita mengikuti jejak langkah para sahabat saw. yang sentiasa meletakkan akhirat dan syurga sebagai motivasi amal mereka walau apapun ujian, mehah dan tribulasi yang dihadapi

sumber: http://yaakhiii.blogspot.com/

Sunday, November 21, 2010

BERUNTUNGNYA WANITA :)


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim,.
dia bekerja dengan Allah,..

jadi kilang manusia.,

tiap-tiap bulan dapat cuti,

pas tu gaji penuh pulak tu..

7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib solat..
akan tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya..

Cuti bersalin lagila lama,60 hari..
cuti ni bukan cuti suka hati..
tapi Allah bagi sebab dia bekerja dengan Allah dengan penuh kesabaran..
untuk melahirkan seorang insan yang bergelar manusia di muka bumi ini..

kalau orang lelaki tak dak cuti solat..
sebab solat wajib baginya dari baligh sampailah meninggal dunia.
.
Satu lagi berita gembira buat wanita,
sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

lahir saja bayi seluruh dosanya turut hilang,
maka nikmat Tuhanmu manakan yang hendak engkau dustakan,

jadi kenapa takut nak bersalin??..

seandainya wanita itu meninggal sewaktu bersalin,

itu dianggap mati syahid di jalan Allah..
dan diizinkan masuk terus ke syurga..


Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu.
Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca..

‘ALHAMDULILLAH I ‘ALAA KULLI HALIN WA ASTAGHFIRULLAH (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon kepada Allah keampunan dari segala dosa)’,
maka Allah swt akan membebaskannya dari neraka..

dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa..
Bahkan Allah swt akan mengangkatkan darjatnya..
sama seperti darjat 40 orang syuhada’..
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya..


p/s:
Wanita jagalah dirimu…

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara:

“ wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robbmu,dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu,,”

Friday, November 19, 2010

TUNTUTAN MEMBENTUK TANZIM HARAKI DAN KEWAJIBAN BEKERJA DI DALAMNYA


“Dalam periode ini, Da’i perlu memperhatikan masalah ‘amal, bagaimana caranya memulai kehidupan menurut Islam dan menegakkan Hukum Islam di kalangan masyarakat. Da’i harus yakin, bahawa tugas ini adalah tugas keagamaan, yang hukumnya wajib. Dan memulai kehidupan yang seperti ini, tentulah memerlukan adanya suatu jama’ah, yang mengadakan suatu GERAKAN yang teratur yang disinari oleh cahaya Islam. Untuk meneliti hal ini, Da’i perlu memperhatikan hal-hal yang berikut:

1. Da’wah Rasulullah merupakah suatu Gerakan:

Sebagai landasan yang menguatkan perlunya membentuk suatu Gerakan ialah praktik Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bagaimana caranya baginda dahulu membentuk suatu Negara Islam. (Daulah Islamiyyah). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidaklah berpegang pada cara bekerja secara individu. Semenjak hari pertama dari Da’wahnya, Rasulullah begitu mementingkan terbentuknya suatu GERAKAN yang teratur. Untuk kepentingan itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lebih dahulu memilih tenaga-tenaga teras, untuk dijadikan suatu daya pendorong dalam pelayaran kapal Islam.

Tidak lama kemudian ternyata kapal Islam itu penuh sesak dengan penumpang yang datang dari seluruh penjuru dunia ini. Beritanya memenuhi mata telinga dan hati dunia. Demikianlah usaha Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam selama baginda berda’wah di Mekah.

2. ‘Amal Jama’i adalah kewajiban Agama

Dari keterangan yang tersebut di atas, dapatlah ditegaskan, bahawa bekerjasama untuk menegakkan ajaran Islam, itu merupakan tugas keagamaan. Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam. Dan kewajiban ini tidak dapat dilaksanakan tanpa membentuk suatu JAMA’AH (Organisasi). Oleh yang demikian membentuk JAMA’AH untuk memulai gerakan Islam juga hukumnya menjadi wajib.

Dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam begitu banyak perintah supaya kaum Muslimin bersatu, tolong-menolong, dan tegak dalam satu barisan. Kita mulai dengan Ayat-ayat Al-Qur’an:


“Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan,
menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

(Surah Ali-’Imran: ayat 104)

“Kamu adalah ummat yang terbaik, yang dilahirkan untuk ummat manusia; kamu
menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan kamu beriman kepadaAllah.”

(Surah Ali-’Imran: ayat 110)

“Kenapa tidak pergi suatu kelompok yang kecil dari tiap-tiap golongan yang besar di antara kamu, untuk memperdalam pengetahuannya tentang agama, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepada kawannya itu, agar supaya kaumnya itu dapat menjaga dirinya.”
(Surah Al-Taubah: ayat 122)

Dan Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun A.S:

“Allah berfirman: “Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga mereka, Fir’aun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah kamu berdua dengan membawa mu’jizat-mu’jizat Kami. Kamu berdua dan orang-orang yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang.”
(Surah Al-Qasas: ayat 35)


“Dan tolong-menolonglah kamu untuk mengejakan kebaikan dan ketaqwaan....”

(Surah Al-Ma’idah: ayat 2)

Dan dalam himpunan Hadith di antaranya Rasulullah S.A.W bersabda:

“Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.”

(Hadith Riwayat Muslim)

“Barangsiapa yang memecah belah, maka ia tidak termasuk golongan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan JAMA’AH sesungguhnya serigala hanya mahu memakan kambing yang menyendiri.”

(Hadith Riwayat Tabrani)

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Hendaklah engkau berada bersamasama dengan jema’ah kaum Muslimin dan Imam mereka.” Hudzaifah bertanya: “Bagaimana, ya RasuluLlah, kalau tidak ada Jema’ah dan tidak ada Imam mereka?” Rasulullah Sallalahu ‘alaihi Wasallam menjawab: “Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan mereka, walaupun engkau harus menggigit pohon korma, sampai akhirnya engkau dijemput oleh maut dala’m keadaan yang demikian.” “Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri dari jema’ah kaum Muslimin, maka bererti ia mati sebagai mati Jahiliyyah.”

(Hadith Riwayat Muslim)

3. TANZIM - BAI’AH - KEPIMPINAN

Ada suatu segi lain, yang dapat juga dinilai sebagai alasan tentang perlunya membentuk TANZIM HARAKI untuk ‘amal Islam iaitu bahawa dalam Islam setiap pekerjaan mesti diatur. Tuntutan ini mesti dilaksanakan, dan tidak boleh ditinggalkan. Dan untuk mengerjakan setiap pekerjaan yang teratur, tentulah memerlukan pimpinan yang dita’ati dengan baik. Mengenai hal ini terdapat ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith yang banyak sekali, yang kesemuanya mewajibkan supaya kaum Muslimin mengangkat seorang pemimpin dan supaya semua anggota masyarakat patuh kepada pemimpin, demi menjaga kesatuan derap langkah, teraturnya barisan dan terpimpinnya Jema’ah. Dengan mudah dapat dimengerti, bahawa anjuran untuk mengangkat seorang PEMIMPIN itu secara tidak langsung sudah merupakan perintah supaya membentuk. JAMA’AH yang akan dipimpin.

Dan inilah yang digambarkan dalam sabda Rasulullah S.A.W :

“Jika kamu berkumpul sampai tiga orang, maka hendaklah kamu mengangkat salahseorang di antaramu sebagai pemimpin.‘Barangsiapa yang menanggalkan tangannya dari kepatuhan kepada pemimpin, maka ia akan menemui Allah pada Hari Qiamat dalam keadaan tidak ada alasan, yang akan membelanya dari siksa Allah. Dan barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada terbelit di lehernya suatu iqrar kepatuhan kepada pemimpin, maka ia akan mati sebagai
mati Jahiliyyah.”


4. Tujuan Islam yang Agung mewajibkan adanya TANZIM HARAKI

Akhirnya, Da’i perlu menerangkan kepada mad’unya bahawa memulai kehidupan menurut Islam dan membentuk masyarakat Islam itulah tujuan Da’wah. Dan tujuan itu, tidaklah akan dapat dicapai kalau hanya dengan mengadakan pengajian-pengajian sahaja atau hanya dengan menggerakkan lidah untuk berbicara dan pena untuk menulis.... Usaha itu memerlukan banyak perlengkapan, berupa ilmu pengetahun sebagai tuntunan, dan keperluan kebendaan sebagai modal. Perbekalan yang mencakupi teori dan ‘amali serta kesenian dan ketertiban yang perlu dipersiapkan mencapai tujuan yang agung itu Islam adalah Agama Da’wah, seruan untuk merombak dan membangun! Islam berusaha meruntuhkan masyarakat Jahiliyyah keseluruhannya, dan membangun masyarakat Islam sebagai gantinya! Dan pekerjaan merombak ini memerlukan waktu dan tenaga yang segar! Tugas-tugas dan beban yang berat ini tidak dapat dipikul oleh beberapa individu-individu saja Malahan tugas yang berat itu tidak akan dapat dipikul dengan tenaga yang besar.... kecuali dengan mengatur barisan, menyusun suatu gerakan, yang merupakan gelanggang perjuangan....!

Di samping itu para Da’i perlu mengingati bahawa jalan untuk menegakkan ajaran Islam itu penuh bertaburan dengan duri-duri, berpagardengan bermacam-macam bahaya... Ancaman yang menggangu perjalanan itu terlalu banyak. Kekuatan-kekuatan yang mengintip gerak-geri Islam dan pemeluknya itu sangat besar.,..!

Dan masalah-masalah yang ditinggalkan oleh Kebudayaan dan pengaruh kebenaran itu memerlukan tenaga, perjuangan yang besar, yang akan dapat bergerak di segala pelusuk....! Kesemuanya ini mewajibkan terbentuknya suatu TANZIM HARAKI. Dan gerakan itu mewajibkan kepada setiap orang yang beriman, dan mengaku bahawa Islam adalah pedoman hidupnya , supaya dia turut serta menjadi inti dalam TANZIM ini, turut menjadi penyokong dan mengajak orang lain untuk turut bernaung di bawah panji-panji Islam... dan seterusnya berusaha mengukuhkan kedudukan Islam di bumi ini, dan meningkatkan serta menyuburkan dan menyebarkan ajaran-ajaran Islam di kalangan masyarakat...!

SUMBER: USTAZ FATHI YAKAN

Monday, November 15, 2010

SABARLAH CIKGU..



Bismillahirrahmanirrahim..
sabarlah cikgu..sebuah artikel yang ana ambil dari i.luv islam buat dihayati sahabat2 sekalian..hebatnya tugas seorang guru, so kpd sapa2 yg bergelar seorang pendidik, berbahagialah dgn pekerjaan itu kerana "ulama' warasatul anbiya"..

Di Waktu Pagi


Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...


Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...


Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...


Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.

Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...


Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...


Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan. Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya.

Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...


Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...


Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".


Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Sunday, November 14, 2010

PRASANGKA??

Dimulakan dengan BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Kenapa prasangka? Kerana sifat ini adalah antara masalah terbesar yang penulis sendiri hadapi dalam kehidupan seharian. Prasangka terbahagi kepada dua jenis; Husnu Dzon (Sangka baik) dan Su’u Dzon (Sangka buruk). Dalam kebanyakan situasi yang melibatkan prasangka, yang mana satukah selalunya mendahului? Baik atau buruk? InsyaAllah moga perkongsian kali ini menjadi muhasabah bagi kita semua… 


Berbaik sangka dalam berukhwah


“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]

Alhamdulillah, hidup di bumi Cork sangat permai dan harmoni. Ketika masih baru menjejakkan kaki ke sana, terasa diri sebagai pelajar baru umpama selebriti. Ada sahaja jemputan dari para seniors untuk pergi makan di rumah mereka hampir setiap hari. Namun lama kelamaan, ada juga terdetik, untuk apa mereka bersusah payah sebegini? Tunjuk baik? Populariti? Apa sebabnya?
Kalaulah ketika itu erti ukhwah difahami…


Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukan dan mengutamakan kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yang sangat memerlukan.


Apabila seseorang itu bersangka buruk terhadapat saudaranya, ia sangat berkait rapat dengan sifat cemburu dan hasad dengki. Lihat sahaja bagaimana hasad dengki yang berpunca dari buruk sangka boleh menyebabkan putusnya silaturrahim sesama manusia. Akibat cemburu dengan kejayaan orang lain, apa jenis kehancuran pun sanggup dilakukan. Ada yang bergaduh, menghantar santau, dan ada yang sampai kepada tahap membunuh! Naudzubillahi min zaalik…

Su’u Dzon VS Waspada

Namun tidak dinafikan, ada situasi di mana kita perlu untuk bersangka buruk demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan sebagai hati-hati, waspada, atau ‘hazar’. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terdengar benda yang pelik di rumahnya ketika waktu malam, adalah perlu baginya untuk bersangka yang kemungkinan rumahnya dimasuki pencuri. Dari perasaan waspada inilah, langkah seterusnya dapat diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Jika tidak timbul lansung perasaan untuk berwaspada, kesannya bukan sahaja boleh membawa padah kepada individu itu sendiri, malah kepada orang yang berada di sekitarnya.


Buruk sangka (Su’u Dzon) bererti berprasangka buruk kepada saudara kita tanpa adanya bukti yang jelas dan masuk akal. Buruk sangka merupakan salah satu pintu syaitan yang harus kita jauhi. Allah SWT berfirman,

“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa” [Al-Hujurat : 12].

Adapun waspada tidak bersifat definitif (tidak cenderung mengatributkan sesuatu yang buruk kepada seseorang tertentu) serta disertai dengan bukti-bukti dan indikasi-indikasi yang mendukung.

Husnu Dzon

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” [HR At-Tirmidzi]

Berikut dikongsikan bersama tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
 Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Bersangka baik terhadap Allah

Dalam hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit. Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.

Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.
Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” [HR Tirmidzi]
Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.”

Kesimpulan

Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]
Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Wallahua’lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...