Pages

Ads 468x60px

Sunday, June 30, 2013

Siapakah pemilik tulang ini??

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa 'ala saidina Muhammad




Hayati kisah di bawah, semoga bermanfaat buat kita :")
 


Suatu masa dahulu, ada seorang raja berasal dari salasilah raja-raja. Dia sangat kagum pada dirinya seolah-olah tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih baik daripada dirinya. Dia sering berbicara tentang kebangsawanan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Di mana saja dia berada, dia dikelilingan oleh para penyair yang memuji-muji kehebatannya. Mereka mengarang syair, prosa serta puisi khusus untuk memuji dan memujanya.


Namanya terpahat di semua dinding-dinding istana, gambarnya tertera di mata wang emas dan perak kerjaannya.

Pada suatu hari, ketika angkatannya sedang berarak menuju ke satu destinasi, dia terpandang seorang lalaki sedang tekun menggali lubang-lubang kubur. Di sekelilingnya bertimbun-timbun tulang dan tengkorak manusia yang mana daging dan kulit yang membalutnya telah hancur di mamah bumi.

Dia berhenti lalu bertanya lelaki itu, apa yang sedang dilakukannya?

Lelaki itu berkata: “Patik berada di sini adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada tuanku.”

Jawapan itu menimbulkan kehairanan yang tak terkira di hati raja. Dia berkata: “Bagaimana?”

Lelaki itu menghampirinya dan menjelaskan: “Tuanku, di tempat ini dulu telah berlaku satu pertempuran sengit yang menyebabkan ayahanda Tuanku terbunuh. Patik ingin mencari dan mengecami tulangnya untuk ditanam di tempat yang sesuai dengan kebesarannya. Namun, anehnya patik menemui sesuatu yang menakjubkan!”

Lelaki itu mengambil tulang-tulang dan membawanya ke hadapan raja sambil berkata:

“Tuanku, ini semua tulang-tulang yang patik temui. Perhatikan betul-betul. Adakah tuanku dapat membezakan antara tulang raja dengan tulang rakyat jelata? Antara tulang orang kaya dengan tulang orang papa? Antara tulang panglima dengan tulang tentera biasa?

Sesungguhnya tulang-tulang semuanya sama di sisi tanah, wahai tuanku!”

Memang benar..

"Bumi sentiasa menanti.. Perutnya sentiasa bersedia untuk menelan orang besar, yang sombong dan tertipu, yang berasa megah dengan apa yang dimilikinya di atas muka bumi. Namun tidak ada satu pun daripada semua itu dapat dibawa bersama ke dalam perut bumi!..

Kerana TANAH tidak kenal SIAPA PEMILIK TULANG... Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya.."

Fikir-fikirkanlah..."Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah kita Kembali.."-)



Sunday, June 16, 2013

Ramadhan Tiba..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa'ala aali saidina muhammad...

24 hari lagi sebelum Ramadhan tiba..
apa persiapan kita, adakah sama seperti dulu atau bertambah baik atau  kurang baik..Jom muhasabah balik termasuk diri ini.  Kalau kita mahu lihat diri kita sebenarnya adalah ketika bulan Ramadhan, syaitan iblis telah diikatm, yang tinggal diri kita, nafsu kita.  Mampukah dididik nafsu ini menjadi lebih baik? :"(. 


Kali ni nk share satu lagu berkaitan Ramdhan, selalu dengar lagu sedih ja kan berkaitan Ramdhan, sepatutnya kita gembira menyambut Ramadhan.  Zaman sahabat dulu bulan Ramdhan yang paling meriah dgn pesta ibadat :").  Yang sedihnya zaman sekarang, bila nak masuk bulan Ramadhan, iklan raya mula meriah, sana-sini buat sale tapi iklan berkenaan kemeriahan Ramadhan sangat kurang. Allahu robbi, andai Rasulullah melihat ummatnya pada hari ini, tentu baginda sedih.... :'(


 Lirik Lagu Ramadhan Tiba - Opick

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Saturday, June 15, 2013

Alhamdulillah, entry pertama 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah berbulan-bulan deactive blog ini, akhirnya berjaya juga di aktifkan setelah proses mendelete gambar-gambar yang BERTANDA SERU pada setiap entry :)..Alhamdulillah da jumpa jalan penyelesaian setelah bertanya kepada Professor Google :)

-jenuh mendelete gambar2 macam ni-

Akhir kata, doakan saya moga saya trus istiqamah dalam bidang penulisan ini..Amin,..
Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...