Pages

Ads 468x60px

Thursday, August 16, 2012

Andai ini Ramadhan terakhirku...

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahuma solli 'ala saidina Muhammad..

Di saat RAMADHAN kian pergi,
Aku masih mengusung diri
melihat sekekliling,
mencari erti hidup sebagai HAMBA ILAHI
Adakah aku akan TEMUI IA KEMBALI
Sungguh aku MERINDUI,
andainya ini RAMADHAN TERAKHIRku
Pasti aku kecewa
Kerana aku HAMBA yang BERDOSA (u_u)






Wallahu'alam.. T_T


Friday, August 10, 2012

Allah sayangkan aku !!

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..

"Maafkan saye awak, bukan saye tak rindu awak, tapi kekangan masa saya nak update awak.  Bukan namanya saye tak rindu awak bila saya tak update awak.."


Alhamdulillah, Allah berikan aku ruang untuk mencoret sedikit di sini setelah aku biarkan 'dia' kesepian.
 Satu kisah yang ingin dikongsikan berlau pada suatu petang mengajar aku erti 'saling melengkapi'

Zinnirah : Salam Khaulah, Kak Sumayyah suruh amik dia sat g.
Khaulah : Ok, tapi sapa yang nak drive?
Zinnirah : Hang la, aku tak boleh drive sebab spek mata aku hilang, Kak Sumayyah kata hang ada lesen.
Khaulah : !!~~#$~..Adeh, macam mana ni, aku tak cekap lagi la, lama dah tak pegang stereng tu, ketaq, habih sejuk satu badan.
Zinnirah : Mungkin ni modul untuk kita, Kak Sumayyah tak la risau sangat bila dia bakal tinggalkan U ni nanti.
Khaulah: Ok, aku cuba T_T

Lalu, berlakulah satu episod "saling-melengkapi' ini.
Dalam kereta..

Zinnirah : Aku boleh je bawak, tapi mata aku ni ha, kabur la sebab spek aku hilang.
Khaulah : Huhuu..ok, aku try bawak tapi dengan syarat hang masuk gear, aku drive keta..
Zinnirah: Hahaaa..ok2, hang kena bawak keta auto la lau cam ni.
Khaulah : ;)

Alhamdulillah, perjalanan yang dipenuhi gelak ketawa kerana saling-melengkapi. Rumusannya,
Zinnirah - Tak boleh bawa keta sebab mata rabun tapi pandai bawak.
Khaulah : Boleh bawa keta asalkan gear penumpang di sebelah yang tolong masukkan ^^


Mudah je kan nak aplikasikan konsep ini dalam kehidupan kita kerana manusia itu saling-melengkapi antara satu sama lain.  Jangan berharap orang lain berkelakuan sempurna terhadap kita kerana diri kita juga stal empurna pada pandangan orang lain.  Belajarlah untuk terima kekurangan seseorang, kerana kekurangan dirinya sebenarnya melengkapkan kita.  Sebab kita kena selalu ingat, langit dan bumi perbezaan cukup besar, tapi bukankah langit dan bumi itu saling-melengkapi?

 



untukmu sahabat...

jika kau menerima kekurangan sebelum kelebihan seseorang, engkau akan lebih menghargai dirinya, engkau akan termotivasi untuk membimbingnya, engkau tidak akan mengeluh terhadapnya, dan engkau akan bersyukur atas kelebihan yang terdapat pada dirinya..


tapi,

seandainya, engkau menerima seseorang kelebihan dirinya sebelum kekurangan, kau begitu mengharapkan kesempurnaan dan keleb

ihan dirinya, pasti yang akan temui adalah kekecewaan kerna tiada manusia yang sempurna, kembalilah pada Allah dan Rasul-Nya..

oleh itu,

sukailah sesuatu itu sekadarnya sahaja dan simpanlah sedikit perasaan benci, dan bencilah sesuatu sekadarnya sahaja dan simpanlah perasaan suka~

Wallahu'alam

~hasil tulisan saya sekadar pandangan peribadi, pengalaman, dan pendapat saya sahaja~ ^^

Friday, August 3, 2012

Ibu itu adalah pembohong~

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saidina muhammad..

Salam Ramdhan Kareem..

Allahuallah..Allah masih berikan kesempatan dalam diri untuk menggerakkan jari-jemari di atas keyboardku ini..


Tatkala sedang menaiki kenderaan melalui suatu tempat bernama "facebook", mataku lantas menangkap ayat-ayat yang tertulis pada tempat itu.  


"Ibu itu adalah pembohong"






Tersentak aku pada deretan ayat yang tertulis di situ.  Perkataan "pembohong" itu membuatkan aku terpana.  Lalu aku meneruskan perjalanan untuk memasuki tempat itu dengan lebih jauh lagi.



Seorang ibu adalah ‘pembohong’ dalam hidupnya...

1. Saat makan, jika makanan kurang, dia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tak lapar."

2. Waktu makan, dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata,
 "ibu tak suka daging, makanlah nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yang sakit, dia berkata,
"Istirehatlah nak, ibu belum mengantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata,
"Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih punya duit."

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, dia lantas berkata,
"Rumah tua kita sudah selesa, ibu tidak biasa tinggal di sana."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih boleh  tersenyum sambil berkata,
"Jangan menangis, ibu tak apa-apa." Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat ibu.

Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, dia akan bimbangkan diri kita daripada kita membimbimbnagkan dirinya..

Semoga semua anak di dunia ini menghargai setiap kebohongan seorang ibu....

karena beliaulah malaikat nyata yg di kirim ALLAH untuk menjaga kita.


Berbahagialah orang2 yang memiliki Ibu, dan bahagiakanlah Ibumu selagi sempat.

-end-

Dan ibuku, adalah salah seorang 'pembohong' itu.  


" seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya, tapi adakah 10 orang anak itu mampu menjaga ibunya"



wallahu'alam...



:')





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...