Pages

Ads 468x60px

Showing posts with label CATATAN HIDUPKU. Show all posts
Showing posts with label CATATAN HIDUPKU. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Ahlan Wasahlan 2014 ;)

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli'ala Saidina Muhammad..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh diucapkan buat pengunjung teratak ini..
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru  2014 buat semua.
Di mana dan bagaimana sambutan tahun baru anda?
Tidak kira di mana dan bagaimana, nak GULING ke, nak PESTA MAKSIAT ke, semoga pastikan Allah redha dan syaitan marah saat itu ;)

 Alhamdulillah, sambutan Tahun baru saya di hadapan rumah Allah ini ;)


Alhamdulillah, syukur tidak terkira kerana pada saat ini Allah masih meminjamkan nyawa untuk bernafas di bumi-Nya, Allah berikan kita kesempatan utnuk bertaubat..
Cuti hujung tauhun 2013 kali ni, tak banyak yang ku isi di luar, lebih banyak bersama keluarga tercinta.
Di sebabkan kemalangan kereta yang alami sebahagian ahli keluarag menyebabkan pada awal cuti di habiskan saja di rumah. Khidmat lebih diperlukan.
Alhamdulillah, di minggu-minggu terahir 2013, Allah pilih untuk menghadiri Dauroh Kitab di Kampung Tong Pelu, Kuala Nerang, Kedah.  Kenangan manis tercipta di sini dengan pengisian ruhiyyah dan jasadiyah bersama warga kampung yang sangat-sangat baik hati dan mesra.

 Bergambar bersama masterchef Kg Tong Pelu..^_^
p/s: mak cik2 ni sebak waktu bersalaman dengan depa :')

Sebelum cuti berakhir, sempat juga kuluangkan masa bersama adik-adik dan sahabat-sahabat lama di Pulau Dayang Bunting.  Pengisiannya ringkas tapi terkesan di hati.  Alhamdulillah :)


"Perlu berjalan sejauh mata memandang kerana kereta tidak dibenarkan masuk..
Tarbiyah Jasadiyah ^_^"


"Laut yang terbentang luas dan dalam di Pulau Bunting, tapi sebenarnya hati dan perasaan yang Allah cipta ini lagi dalam sebenarnya.."


 Akhir sekali, yang pastinya tahun ini adalah tahun akhir di IPG Kampus Perlis.  Pejam celik, dah empat tahun setengan aku berada di sini.  Banyak perkara samada suka mahupun duka telah tercoret di sini.  Doakan aku menjadi guru yang diredhai Allah dan dicintai nABI..aMEEENNN.....^_^

- Sahabat-sahabat kelas aka bakal-bakal guru BM ^_^-

Wallahu'alam...

Wednesday, July 25, 2012

Sepi..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saidina muhammad..

Allah, bersyukur kpd Tuhan Pencipta diri ini kerna memberi kesempatan untuk mencoretkan sebentar warna warni kamar ini setelah lama ditinggalkan,,

Entry kali ini, hanya pengubat rindu sebentar di teratak tercinta kerana t wifi di institut yang ditunggu dan diharapkan semakin baik bagai pungguk rindukan bulan (gaya Karam Sing Walia ^_^ ).  Mungkin tunggu tukar pemimpin barangkali supaya pengurusan pentadbiran dijalankan penuh sistematik, amanah dan bebas korupsi.  Alhamdulillah, kemudian Allah hadiahkan nikmat mnggunakan adik beradik "BROOKE" =)


Alhamdulillah, kebetulan berada dalam bulan Ramdhan, bulan yang mulia, bulan yang diberkati, bulan ibadah dan lain-lain, mungkin masih sempat lagi untuk mengucapkan " Selamat Menyambut Bulan Ramadhan", moga Ramdhan kali ini lebih beerti dan lebih baik dari sebelumnya.  Semoga madrasah Ramdhan yang kita lalui, dapat  melahirkan graduan yang cemerlang akhlaknya, kuat tarbiyah dirinya, sempurna ibadahnya dan sebagainya.


Wallahu'alam..salam ukhwah kepada semua sahabat-sahabat =)


Monday, May 14, 2012

"RINDU"- untuk di rasai~

Bismillahirrahmanirrahim...
"Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad"..

Rindu itu satu anugerah,
Rindu itu bukan untuk dilafazkan,
Tapi, rindu itu untuk dirasai,
Dalam lubuk sanubari,
Disimpan kemas rapi,
Untuk Pencipta Hakiki,
Jua pada Rasululah kekasih Ilahi,
Dan
Untuk insan-insan yang daku sayangi.. <3 <3 <3


Rindu itu tak perlu dipaksa,
Kerna ianya akan datang dan pergi dengan sendiri,
Syukur kepada Ilahi,
Kerna meminjamkan rasa ini,
Kepada daku yang hina ini.. (T_T)

Syukur kepada Allah, Tuhan Pencipta Sekalian Alam yang sudi menganugerahkan rasa "rindu" itu pada hati ini. "Dimana terciptanya cinta, di situ Rindu bermula"
Hari ini, saat ini, banyak insan-insan yang sedang dirindui, terdetik untuk mengabadikan tajuk ini dalam tertatak yang kadang nampak baru, kadang nak roboh dan runtuh.

RINDU, RINDU, dan RINDU.

Rindu pada saat bertemunya Ilahi, tatkala diri dihisab di padang Mahsyar nanti, hanya Allah sajalah Penolong Abadi.

Rindu pada saat hati disentuh Ilahi, dengan sentuhan tarbiyah tepat pada hati ini.  Saat itu air jernih mula membasahi pipi, saat itu hanya kepada Ilahi tempat pergantungan abadi., saat itu Allah mula mengingatkan diri supaya kembali kepada-Nya, saat itu Allah mula mendakap diri agar tidak terjatuh dalam lemasnya duniawi..

Rindu pada Rasullullah, Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad.
"alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu, kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu"

Kedua-dua rindu ini, rindu yang abadi, tak kan lapuk dek hujan, tak kan lekang dek panas~

*********************************************************************************

Kali ini, patik nak bercerita rindu yang Allah hadirkan pada diri patik kepada insan sekeliling patik pada hari ini.
Pertamanya, sudah semesti ibu dan ayah tercinta. (mujur sempat balik migu ni walau sebentar, menatap wajah ibu, merenung dalam wajah ayah, mencium tangan dan pipinya  ^_^)

Keduanya, saya rindukan maahad yang saya cintai. Suasana sekolah tarbiyah islami suatu ketika dahulu, saat aku jatuh bangun kembali, saat aku mengenali perjuangan ini, saat sahabt-sahabt solehah sentiasa menitipkan pesanan, saat para asatizah umpama ibu menggantikan ibu bapa di rumah iaitu Ustazah Suhana, Ustazah Hayani, Ustazah Raihanah dan lain-lain, tak pernah mengeluh dengan anak-anaknya, sering saja bibirnya itu tak pernah lekang dengan nasihat menguatkan diri.  Sekarang, semuanya tinggal memori yang disimpan rapi dalam album kehidupanku.

Ketiga, rindu pada semua rindu pada sahabt-sahabat seperjuangan.  Yang jauh doaku titipkan, moga kalian thabat dalam jalan dakwah. Yang dekat, ringan saja tangan menekan mesej  untuk menyatakan rindu kepada kalian.  Sungguh, kalian amat bernilai padaku. Kutitipkan kata-kata buat kalian, moga kalian terus kuat walau apa jua dugaan yang menduga kalian:

"Muhasabah bersama, hidup ini ibaratkan macam langit, kadang kala cerah, kadang kala gelap..
Ada jugak  yg ibaratkan macam kopi, ada masa manis, ada ketika pahit..
Terlalu banyak rintangan, cubaan, dugaan yang pernah kita lalui dlm kehidupan, tika kita berputus asa, hanya air mata membasai pipi, tiada satu ungkapan pun dpt dilafazkan..kita sering bertanya dlm diri,.knp aku diuji? kenapa dugaan aku berat? kenapa?kenapa?..tp pernahkah kita terfikir mengapa kita diuji? mengapa kita di duga?mengapa?anda sendiri ada jawapannya..hanya ingatan, Allah x kan uji manusia di luar kemmpuan..sebaik2 prncgn manusia, prncgn  Allah tetap terbaik.." bila kita jaga Allah di hati kita, nscaya Allah akan mnjaga kita"

-14 message sent-

Alhamdulillah, sesungguhnya hati ini merindui kalian kerana Allah, kerna kita bersatu kerana Allah, kita berbaiah kerana Allah, maka Allahlah yang memegang hati-hati kita ntuk sentiasa bersama..

Akhir sekali,

" Ya Allah, jika aku rindu, rindukanlah aku pada "seseorang" yang merindui syahidnya di jalan-Mu,"



Wallahu'alam...




Friday, April 13, 2012

MENCARI SINERGI

Bismillahirrahmanirrahim...

"Mencari sinergi" yang telah hilang untuk menulis supaya mendakap diri kembali supaya yang hilang itu dapat ditemui, yang lemah itu dapat dikuatkan, yang sepi itu akan menjadi "happy", yang sengsara itu dapat menjadi bahagia..





Sekian............

Wednesday, October 20, 2010

syukran..



Syukur ya Allah,.pd hari ini aku mendapat SMS dr salah seorang adikku..
hatiku tersentuh dengan kandungan mesej tersebut..
ku cuba hayati, ku cuba amati..penuh dalam makna yang tersirat..
indahnya ukhwah islam apabila saling memperingati antara satu sama lain..

" kita sering mahukan hari yang CERAH, ttp Allah lbh mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan..kita seringinginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN..ttp Allah lbh mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN..kite sering menginginkan KETENANGAN..hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN..ttp manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN..semua itu bknlh suatu HUKUMAN..ttp sbg tanda KASIH & SAYANG ALLAH agar kita lbh BERIMAN..SUBHANALLAH.."


* bersangka baiklah dengan Allah selalu dalam apa jua keadaan..

- syukran bebanyak kpd adikku ( adik seakidah)..nmenye pun sm gan nama aku..=)..uhibbuki fillah habibi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...