Pages

Ads 468x60px

Monday, February 27, 2012

Macam UBAT GIGI


Jam menunjukkan angka 12.30 tengah malam.

"Baik adik-adikku sayang, kita tutup bulatan gembira kita ini dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr..", Maisarah menutur bicara, mengakhiri pertemuan pada kali ini.

Seusai membaca doa penutup majlis dia menatap kembali wajah-wajah dihadapnnya sambil bersalaman dan berpelukan. Gembira sungguh dihatinya tatkala menatap satu persatu wajah-wajah yang ingin bersama meninggikan kalimah Tauhid di muka bumi ini. Pernah suatu ketika, risau sungguh di hati Maisarah ketika wajah-wajah di hadapannya kini cuba mengelak dari halaqoh cinta ini. Tapi, dengan keyakinan dalam diri yang kuat, "aku hanyalah hamba Allah, aku hanya penyeru bukan penghukum, aku bukan pemegang hati mereka, tapi Allah yang memegang hati mereka". Oleh itu, berbagai cara diusahakan oleh Maisarah untuk menarik hati-hati insan di hadapannya kini untuk berhalaqoh bersama, bersama kebergantungan yang kuat kepada Allah dan keikhlasan hati yang padu ingin menyentuh hati-hati ini untuk mengenali tujuan diciptakan oleh Al-Khaliq.


"Akak, bleh Aina jumpa akak kejap lepas ni?". Soal Aina ketika tiba gilirannya bersalaman dan berpelukan denganku. Begitulah Aina, seorang mujahidah, inginku luangkan masa bersamanya jika dia berasa kerunsingan tanpa bertanya kelapangan masaku. Aku dapat rasakan persoalan yang membuatnya runsing sehingga tidak mengambil perhatian ketika sedang berhalaqoh tadi.

"Insyaallah, boleh." Jawabku ringkas. Seterusnya, aku ajak dia berbual di bilikku saja, kebiasaan hujung minggu roomateku pulang ke kampung. Lebih selesa untuk kami berbual.

" Macam ni kak, Aina rasa peningla kak, kenapa banyak gerakan islam, kenapa  kita tak boleh masuk semua je kak, kan semua gerakan ni nak bwak islam?" Dengan nada mengharap dia menunggu jawapanku.

Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah semoga apa yang bakal aku lontarkan kepada insan di hadapanku bersama ilham dan petunjuk dari-Mu. Tiba-tiba aku teringat soalan ini juga pernahku lontarkan kepada ukhti yang aku sayangi suatu ketika dahulu.


" Dikkku sayang, akak bagi analogi gerakan ini dengan ubat gigi. jJika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan memutih dan menyihatkan gigi kita. Tetapi jika kita bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah kilang ubat gigi, atau pegawai pemasaran, adalah mustahil untuk syarikat kilang itu membenarkan kita pada masa yang sama bekerja di syarikat ubat gigi yang lain. Sebab? Pertindan waktu kerja, pertindan strategi pemasaran, pertembungan formula, pertindanan komitmen, pertindan pelbagai kepentingan dan yang manakah akan anda berikan keutamaan?

Dalam erti kata yg lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dgn menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula. Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dgn bahasa yg lebih kemas, dgn merujuk kpd rukun-rukun komitmen yg disebut sebagai arkaan al-bai’ah yg sepuluh oleh Hasan al-Banna. Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan (takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie. Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.


Justeru adikku sayang, seseorang aktivis bagi gerakan islam perlu mengetahui, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan gerakan tersebut yang didasari AL-FAHMU, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Mengetahui perbezaan bukan untuk mencetuskan perbalahan, tetapi supaya boleh mendefinisikan diri. Wallahualam.."

"Maaf dik, faham tak apa yang akak cuba sampaikan?". Kulihat dia dengan khusyuk memerhatikan setiap kata yang keluar dariku.

" Alhamdulillah, syukran sangat-sangat kak, sangat faham." Ujar Aina sambil tersenyum ke arahku.

"Insyaallah, lepas ni kita beli ubat gigi yang sama ye"..^_*

"Insyaallah dik".

Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Rabbi, moga insan dihadapanku ini mengerti fikrah perjuangan ini walau bukan sekarang, tapi pada masa akan datang.

Thursday, February 23, 2012

PENGASIH & KASIH SAYANG






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Semalam, alhamdulillah sempat berada dalam "bulatan gembira" bersama pimpinan PGPI sesi 2011/2012. Pertemuan lebih berkisar mengenai adab ukhwah dalam gerakan dakwah. Beberapa perkongsian sempat dirakamkan buat peringatan diri dalam mengharungi samudera sebagai abdillah.

Yang pertamanya mengenai soal ukhwah dalam gerakan dakwah:
1) Saling bantu-membantu dalam gerak kerja, sesuai dengan firman Allah dalam surah as-soff ayat ke-4:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

2) Saling memperingati antara satu sama lain, sesuai dengan firman Allah yang terakam indah dalam kalam-NYA melaui surah Al-Asr:


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Naqib mengingatkan bahawa ukhwah bukan setakat dalam gerak kerja semata-mata kerana ukhwah islamiyah diikat dengan tali akidah. Oleh itu, ukhwah itu perlu dihayati, diteliti kerna di sini, ambo hanya kongsikan separuh sahaja dari pengisian yang sempat ambo nukilkan. Al-makulumlah~

Di sini terdapat sedikit perkongsian daripada blog ambo dhoif lagi hina mengenai ukhwah islamiyah.

Seterusnya, naqib menceritakan serba sedikit sirah para sahabat untuk diambil ibrahnya mengenai ukhwah yang terjalin antara sahabat. Hayati kisah di bawah ini:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…



Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.

Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”


Sesungguhnya Kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
" Tidak beriman seseorang sehingga ia mengasihi saudaranya melebihi daripada dirinya sendiri"

Dari Hasan dari Rasulullah S.A.W, baginda bersabda:
"umatku masuk syurga bukanlah keran banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim"

Baginda bersabda:
"Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula"

Indahnya kasih sayang, tidak cukup untuk kunukilkan mengenai kasih sayang. Kasih sayang bukan hanya sesama manusia, tetapi kepada semua makhluk ciptaan Allah.

Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, 'Anjing ini kehausan seperti diriku.' Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?" Beliau menjawab, "Pada setiap hati yang basah terhadap pahala."

Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Seorang wanita pezina melihat seekor anjing yang berputar-putar di atas sumur pada hari yang panas. Anjing itu menjulurkan lidahnya karena kehausan. Lalu wanita itu menimba air dari sumur dengan sepatunya, maka dia diampuni."

Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, Seorang wanita pezina diampuni. Dia melewati seekor anjing di bibir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Ia hampir mati karena haus. Lalu wanita itu melepas sepatunya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni karenanya."


Pada akhir bicara naqib, beliau menegaskan bahawa kepentingan kasih-sayang.
Kasih sayang menyebabkan islam berkembang,
kasih sayang menyebabkan Ansor dan Muhajirin bersatu,
Kasih sayang menyebabkan ramai orang bukan islam memeluk islam
Kasih sayang menyebabkan yang pahit jadi manis
Kasih sayang menyebabkan yang susah jadi mudah...

Wallahualam..

Tuesday, February 21, 2012

Minggu Manifestasi Cinta Rasul


[Minggu Manifestasi Cinta Rasul]

Sepanjang bulan Rabiul Awal ini ayuh kita semua bersama hidupkannya dengan menzahirkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah bermula pada 21 Feb (selasa) ini hingga 1 Mac 2012 PGPI dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perlis JPP dan Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam Impi Perlis akan mengadakan :

MINGGU MANIFESTASI CINTA RASUL

Bermula pada selasa, 21 Feb ini di Surau Nurul Iman selepas maghrib kita akan mengadakan Pelancaran Minggu Manifestasi Cinta Rasul ini dengan Tausyiah dan Ceramah daripada Abi Azman Asfan dan alunan beberapa qasidah Muhammadiyyah. Pada malam itu juga kita akan menayangkan TRAILER filem pendek pertama PGPI yang berjudul "Naskhah Cinta Rasulullah".

Pada khamis, 23 Feb satu Ceramah Perdana Ibrah Sirah Rasulullah beserta tayangan video menarik mengenai Rasulullah dan kisah agung Baginda.

Program diteruskan dengan kuliah dhuha pada jumaat, 24 Feb yang akan menyentuh tajuk "Seandainya Rasulullah di sisi Kita". InsyaAllah kuliah kali ini akan dihidupkan penceramah yang mampu menambahkan kecintaan anda pada Baginda.

Program penutupan bagi Minggu Manifestasi Cinta Rasul ini akan kita jalankan pada 1 Mac dengan Ceramah Mega Maulidur Rasul. Tuan penceramah akan mengkisahkan kecintaan pada Rasulullah mampu mengubah jiwa dan ruh kita pada Super Muslim seperti yang digariskan melalui sunnah Rasulullah.

Jadi, inilah peluang untuk kita menambahkan kecintaan pada Baginda dengan menghadiri program di mana nama junjungan agung, kekasih kita ini disebut-sebut. Jom hadir, jom sebarkan!

Friday, February 17, 2012

AWASI GOLONGAN CAMOUFLAGE DALAM JEMAAH ISLAM

-sekadar gambar hiasan-
Golongan munafiqin adalah musuh Islam dan musuh kepada orang-orang yang beriman. Malah ia juga musuh kepada Gerakan Islam dan ia dikenali sebagai musuh dalam selimut. Ia menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji dua mata, lidah dua bercabang, seperti sesumpah atau dalam bahasa Arabnya ia mudah dikenali sebagai munafiq. Perkataan - 'NAFAQ' - di dalam bahasa Arab memberikan maksud terowong (tunnel).

Menurut pandangan beberapa ulama yang menumpukan seluruh tenaganya terhadap Ilmu Sirah dan perjalanan Para Anbiya', golongan munafiq tidak wujud kecuali setelah zaman Kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Orang munafiq disifatkan di dalam Islam sebagai manusia yang memiliki sikap penuh dengan kepura-puraan. Ia juga tergolong dari golongan opurtunis yang licik mengambil kesempatan untuk menikam dari arah belakang, mencetus propaganda dari dalam .

Golongan ini menjadi ancaman kepada Gerakan Islam di sepanjang zaman. Nabi S.A.W pernah memberikan peringatan kepada umatnya yang berjuang tentang kewujudan makhluk ini sebagaimana maksudnya,
"Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya".

Orang munafiq petah menatah bicara dan mengemukakan alasan guna mewajarkan apa jua tindakan mereka. Sesekali mereka menampilkan diri melalui perwatakan yang meyakinkan bahawa mereka adalah pejuang yang tulen dan berhak dihormati serta disanjungi. Sedang segalanya adalah palsu dan hipokrit.

Memang sukar untuk mengenali identiti golongan munafiq terutama mereka yang telah duduk sebaris dalam satu saff. Hanya Allah Taala yang mengetahui siapakah mereka di tengah-tengah kelompok para pejuang di sebalik kibaran panji perjuangan. Secara zahir , tidak siapa yang dapat membezakannya. Bahasa harakinya sama seperti kita, mereka turut memakai uniform seorang pejuang. Bahkan mereka juga mampu membaca kitab perjuangan kita. Tiada perbezaan antara kita dengan mereka tetapi juga tiada persamaan. Hanya Allah jua Tuhan Yang Maha Mengetahui di manakah posisi mereka antara pejuang Ansoorullah dengan petualang Munafiqin di tengah-tengah umat.

Secara asasnya, Al Quran dan Sunnah telah manggariskan ciri-ciri atau kriteria untuk mengenali golongan munafiq ini. Antaranya :

A ] Berpaling dari melaksanakan hukum Allah [ An Nisa':60-61 ]
"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu".
B ] Jahat adabnya terhadap Allah dan Rasul SAW [ Al Munafiqun:5 ]

"Dan apabila dikatakan kepada mereka,Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu. Mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh".

[At Taubah : 61 ]

"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah, dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang Mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya".


C ] Wala' (kesetiaan) mereka kepada musuh Allah Taala [ Al Hasyar:11 ]

"Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab,“Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!” Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta".

D ] Negatif terhadap jihad [ Aali Imran:167 ]

"Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka,“Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)”. Mereka menjawab,“Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)”. Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan".

E ] Melakukan Mungkar dan menghalang perkara makruf [ At Taubah:67 ]

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik".

F ] Matlamat mereka ialah kepentingan mereka bukan redha Allah, dan hati mereka sering berbolak-balik. [ Al Hajj:11 ]

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata".

G ] Buruk akhlaknya terhadap anggota Gerakan Islam. [ Al Ahzab:57-58 ]


"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata".


Kepura-puraan mereka telah dijelaskan oleh Al Quran dan ia sangat mengelirukan. Nyatalah mereka bijak bersandiwara, petah berkata-kata, tajam berhujjah dan pintar membuat helah. Antara ciri-ciri lain yang disebut di dalam Al Quran, mereka juga memiliki kriteria yang sama seperti orang-orang Islam yang lain :-

A ] Mereka melafazkan 2 kalimah syahadah [ al Munafiqun:1 ]

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata,“Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta".

B ] Isytihar keiltizaman mereka terhadap Quran dan Sunnah [ An Nisa':81 ]

 "Dan mereka (golongan munafik) berkata,“(Kami) taat”, kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka)".

C ] Mereka juga mengerjakan solat [ An Nisa':142 ]

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".

D ] Mereka membaca Al Quran seperti yang diriwayatkan Abu Musa Al-Asy`ari RA, melalui sabda Baginda SAW yang bermaksud :

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al Quran adalah seperti buah utrujah, baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah kurma, tidak ada baunya namun rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran adalah seperti buah raihanah, baunya harum namun rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah peria, tidak ada bau sama sekali dan rasanya pahit".

E ] Bersedekah dan memberi derma [ At Taubah:54 ]

"Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan Rasul-Nya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci".

F ] Turut menghadiri majlis Ilmu [ Muhammad:16 ]

"Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia),“Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?” Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya".


G ] Membina masjid [ At Taubah:107 ]

"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata, Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta".

Menyedari situasi ini, kita tidak boleh memandang enteng kehadiran golongan munafiq. Mereka pada bila-bila masa akan memberi ancaman besar kepada perjuangan yang kita dokongi ini lantaran mereka berkeupayaan menyerang dari dalam secara halus tanpa disedari oleh sesiapa. Langkah berwaspada mesti diambil dan bertindak secara berpasukan adalah kewajipan. Pelihara segala adab berjamaah dan sentiasa bermunajat serta melazimi doa rabitah insya Allah, kita dan jamaah kita akan selamat.

Menghalang kewujudan golongan munafiqin ini terlalu sukar sebab terkadang ia lahir dari kalangan kita sendiri yang mewarisi sifat dan sikap mereka. Langkah yang perlu ialah mempertingkatkan proses pembinaan aqidah, fikrah dan syakhsiah di samping mengawal jamaah dari anasir munafiqin ini melalui pemerkasaan AMAL TARBAWI.

Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah, namun perlu ada kesungguhan dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela melaksanakan agenda mereka .

Sudah cukup kejayaan mereka tatkala mereka berjaya meneutralkan, melakukan penyusupan, camouflage dalam semangat perjuangan Islam di kalangan anggotanya. Apa yang mereka mahu ialah melunturkan semangat jihad, mencetus kekeliruan di kalangan pimpinan jamaah, beriman dengan demokrasi dan membunuh konsep syura. Meleraikan roh kepimpinan ulama' dan mengadu domba agar wujud pertelingkahan dan persengketaan yang panjang dari kalangan anggota dan pimpinan jamaah.

Oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi

Wednesday, February 15, 2012

SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID


Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah wanita pertama yang telah mendapat gelaran Umul Mukminin. Dialah wanita pertama yang bertakhta di hati Rasulullah s.a.w. dan berjaya menakluk hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Namanya sentiasa menjadi sebutan Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada satu ketika Saiditina Aisyah r.a. menempelak dengan katanya, “Tidakkah ada wanita lain yang engkau sebut-sebut selain dari wanita tua yang sudah tiada lagi! Bukankah Allah telah menggantikannya dengan orang yang lebih baik?”

Rasulullah s.a.w. merasa sangat tersinggung dengan kata-kata itu lalu dengan tegas Rasullulah s.a.w. menjelaskan:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikannya, jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Ketika semua orang mengharamkan hartanya kepadaku, dialah antara orang yang mengorbankan segala hartannya untuk perjuanganku. Ketika aku dipersenda, dilanda oleh nestapa, dia meletakkan aku ditempat yang sangat mulia, dia dapat memberikan segala kegembiraan dan kasih sayang kepadaku. Dialah juga yang dapat melahirkan ramai anak-anak untukku.” Dan… ketika aku pertama kali didatangi Jibrail a.s. aku kebingungan, ketakutan… apakah yang akan berlaku kepada diriku, dia telah dapat mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa… akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”

Mendengar ucapan itu sedarlah Saiditina Aisyah bahawa kata-katanya tadi adalah didorong oleh cemburu yang melulu dan mulai saat itu ia turut menyanjung tinggi keagungan Saidatina Khadijah r.a.

sekadar gambar hiasan..^_^


RUMAHTANGGANYA

Saiditina Khadijah sangat terkenal di kalangan kaumnya, kerana segala keistimewaan terkumpul pada dirinya, kecantikan, kebangsawanan, kebijaksanaan dan keluhuran budi pekerti.
Suaminya yang pertama bernama 'Atik Almahfuzi, setelah mendapat seorang puteri, perkahwinan itu tidak kekal, tidak lama kemudian ia berkahwin pula dengan Abi Halaalah Altimi setelah dikurnikan seorang putera, perkahwinan ini juga tidak kekal. Selepas itu kira-kira 10 tahun lamanya Saidatina Khadijah tidak terfikir untuk berumahtangga lagi, walaupun ramai dikalangan pembesar-pembesar Quraisy, orang-orang kenamaan dan orang-orang kaya menghulur tangan mahu menjadikannya ratu dalam hidup mereka tetapi semuanya ditolak. Penolakan itu adalah disebabkan oleh sesuatu yang lebih besar dan sering memenuhi pemikirannya iaitu apa yang pernah didengarnya pada suatu hari sedang ia bersama-sama temannya seorang rahib datang mengatakan kepada mereka:

“Dengarlah wahai wanita, akan diutus seorang Nabi tidak lama lagi, barangsiapa diantara kamu yang ingin menjadi isterinya, buatlah.” Sambil ia tertawa, seolah-olah mempersendakan mereka. Wanita-wanita yang berada disitu menjadi marah hingga ada yang melontarkan batu kearah rahib itu, kecuali Saidatina Khadijah, kata-kata itu menusuk kalbunya, menggentarkan hatinya, benarkah itu, kalau benar mungkinkah aku menjadi isterinya, ya, akulah yang akan berdiri di sampingnya untuk memberi hidayah kepada kawannya yang telah jauh dari nilai insaniah yang sebenar, patung berhala, arak dan kezaliman bermaharajalela, bilakah akan lahir seorang Nabi untuk mengembalikan manusia ke jalan kebenaran… demikianlah bisikan hatinya selalu.

DETIK-DETIK PERTEMUAN DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dalam kesibukan menguruskan perniagaannya, mencari pengurus-pengurus yang benar-benar bijak dan amanah, Saidatina Khadijah terfikir kepada pemuda Al-Amin di kalangan kaumnya, ia tidak ada sebarang cacat celanya, rupa paras atau tingkah lakunya.

Melalui orang-orangnya ia menawar kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menguruskan perniagaannya ke negeri Syam dengan bayaran berlipat ganda dari biasa dan Maisara akan menjadi pembantunya.

Dengan izin dan restu Abu Talib berlayarlah Nabi Muhammad s.a.w. mengepalai satu kafilah perniagaan yang sangat besar dengan dibantu oleh Maisara. Inilah pertama kalinya Nabi Muhammad s.a.w. mengendalikan perniagaan besar sendirinya tanpa Abu Talib yang sering menemaninya ke mana-mana.

Di Syam, Maisara memerhatikan dengan penuh takjub penggendalian Rasulullah s.a.w. yang luar biasa dan mendatangkan hasil yang luar biasa, semuanya: kejujuran, keikhlasan, kesederhanaan, tanpa sebarang penipuan, kepalsuan, propaganda, pemerasan dan sebagainya yang selama ini merupakan salah satu cara melipat gandakan keuntungan. Maisara berazam untuk menceritakan segala-galanya kepada Saidatina Khadijah, demi ingin supaya Muhammad s.a.w. menjadi pengurus harta itu buat selama-lamanya.

Di Mekah… Saidatina Khadijah dan Abu Talib menunggu-nunggu kepulangan kafilah Muhammad s.a.w. dengan debaran, takut dan bimbang jikalau sesuatu yang buruk menimpa Muhammad s.a.w. Abu Talib teringat pesanan rahib-rahib dan paderi kepadanya sewaktu pertama kali ke Syam dahulu “supaya menjaga Muhammad s.a.w. baik-baik, sesuatu yang amat besar akan berlaku kepada dirinya dan umatnya, ada yang tidak senang akan cuba membunuhnya.” Inilah yang menyebabkan Abu Talib menyesal membenarkan Muhammad s.a.w. pergi ke Syam.

Dan… sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Dari pinggir kota Mekah terdengarlah berita bahawa kafilah Muhammad s.a.w. sedang menuju ke kota Mekah, membawa keuntungan dan barang yang belum pernah ada sebelumnya, gemparlah kota Mekah, terdengarlah sorak sorai menunggu barang-barang indah dari Negara Syam. Saidatina Khadijah pula ditengah-tengah pujian-pujian temannya, menunggu, kedatangan Muhammad s.a.w. menemuinya dengan penuh kesabaran. Sesampainya di Mekah, Muhammad s.a.w. terus meminta izin untuk menemui Saidatina Khadijah dengan penuh adab sopan, keikhlasan dan kerendahan hati, Muhammad s.a.w. menyerahkan segala keuntungan dan barang-barang perniagaannya serta menceritakan pengalamannya di negeri Syam, kenangan-kenangannya sewaktu di sana bersama Abu Talib dahulu, perbualannya dengan rahib-rahib dan paderi, di persinggahan mereka, setelah itu keluarlah Muhammad s.a.w. membawa wang yang berlipat ganda hasil dari titik peluhnya.

Semua yang ada di majlis itu sepakat mengatakan:-
“Sebenarnya Muhammad itu bukan manusia biasa.”

Pada malamnya Maisara menceritakan segala keistimewaan yang dilihatnya mengenai Muhammad s.a.w. antara lain betapa para rahib dan paderi yang mereka temui memuliakannya, menjemput dan menjamu Muhammad s.a.w. di tempat-tempat ibadat mereka dan memberitahu Maisara bahawa pada Muhammad s.a.w. ini terdapat segala tanda-tanda dan sifat-sifatnya yang tersebut di dalam Taurat dan Injil bahawa “Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu, dialah akhir segala Rasul-rasul.”

Mendengar itu debarannya begitu kencang, ia mengarahkan supaya semua fakir miskin di kota Mekah diberi makan dan sedekah daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi. Namun, debaran hatinya tidak dapat ditanggung seorang diri, ia mesti menemui Warqah bin Naufal anak bapa saudaranya, seorang rahib yang sangat warak dan arif tentang isi-isi Taurat dan Injil.

Setelah mendengar Khadijah, Warkah mengatakan: “Tidakkah engkau ingat wahai Khadijah, ketika engkau meminta aku meramalkan mimpimu, bahawa engkau bermimpi melihat matahari bersinar terang benderang, kemudian matahari itu masuk ke rumahmu, cahayanya menyinari kota Mekah dan kemudian menyinari seluruh alam ini! Bukankah telah ku katakan; Bahawa engkau akan berkahwin nanti, dan suamimu itu akan menjadi seperti matahari yang kau lihat itu, ya, manalah tahu, Muhammad itulah yang akan menjadi Nabi umat ini, kalau itulah pilihanmu memanglah tepat sekali. Wahai Khadijah, segala keistimewaan yang ada padanya, semuanya telah kubaca dalam Taurat dan Injil.”

MENJADI ISTERI AL-AMIN
Pulanglah Saidatina Khadijah dengan suatu azam bahawa ia akan menjadi isteri Muhammad s.a.w. dan memang tidak menyalahi hukum dan adat, andainya wanita menyatakan cita-cita yang demikian kepada seorang lelaki yang tidak ada tolak bandingnya. Namun demikian Saidatina Khadijah ingin mengetahui sama ada Muhammad s.a.w. menerimanya atau tidak, untuk itu ia berbincang dengan adiknya Ha’alah dan beberapa orang sahabat-sahabatnya, akhirnya mereka memilih Nafisah binti Mambah untuk menemui Rasulullah s.a.w. menyatakan hasrat suci Saidatina Khadijah.

Dengan rasa rendah hati Rasulullah s.a.w. menyatakan : “Siapakah aku ini jika dibandingkan dengan Khadijah, aku berasal dari anak yatim Quraisy sedangkan ia penghulu Quraisy ini.” Dengan kebijaksanaan Nafisah akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. meminta tangguh untuk berunding dengan Abu Talib, dan terkejutlah Abu Talib dengan perbicaraan anak saudaranya itu, akhirnya ia bersuara: “Wahai anakku, walaupun engkau tidak mempunyai harta tetapi engkau kaya dengan kemuliaan dan ketinggian budi.”

Jawab Muhammad s.a.w.: “Wahai ayahanda anakanda tidak pernah mengangankan harta kekayaan.” Tidak lama kemudian rombongan peminangan dan akad perkahwinan Nabi diketuai oleh Abu Talib telah disambut baik oleh keluarga Saidatina Khadijah yang diketuai oleh bapa saudaranya Amru bin Asad dan abangnya ‘Amru bin Khuailid’ dengan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta.

Perkahwinan ini dirayakan oleh seluruh penduduk kota Mekah Al-Mukaramah dengan gembiranya.
“Berbahagialah Saidatu Quraisy di samping Amin Quraisy”

PENGORBANAN-PENGORBANAN DAN KETOKOHANNYA

Kebahagiaan rumahtangga Rasulullah s.a.w. bertambah dari hari kehari dengan bertambah 3 orang putera dan 4 orang puteri Rasulullah s.a.w. Tetapi tidak lama kemudian berlakulah ujian-ujian Allah keatas keluarga ini, dengan pemergian dua orang puteranya – Al Qasim Abdullah buat selama-lamanya. Menitislah air mata Nabi s.a.w. perlahan-lahan dengan kesedihan yang tiada tertahan, sebagai seorang ibu yang melahirkan, Saidatina Khadijah juga merasa pilu tiada terkira. Tetapi melihat kesedihan suaminya yang tercinta ia memendamkan saja kepiluannya, dikumpulkan segala daya hatinya untuk melahirkan ketenangan dan kesabaran. Pengorbanan perasaannya ini telah dapat menghiburkan hati Rasulullah, hingga kembalilah suasana keluarga seperti biasa, ketika Rasulullah s.a.w. sering pergi beruzlah, mendaki puncak-puncak bukit, meredah sahara yang luas, menerawang angkasa lepas, meneliti kejadian alam dengan segala keindahan dan keganjilannya, kemudian berkhalwat di Gua Hira’, beribadat dengan khusyuk dan tawaduk mengikuti ajaran agama Ibrahim a.s., dengan dorongan dan pengorbanan Saidatina Khadijah yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang lain.

Sebagai seorang isteri Saidatina Khadijah sangat mengerti dan memahami kegemaran suaminya itu, setiap kali pemergiannya Khadijah akan membekalkan Rasul dengan makanan-makanan kegemarannya, iaitu serbuk ataupun pecahan-pecahan gandum, sedikit garam, minyak zaitun, tamar dan air zam-zam, seringkali pula Saidatina Khadijah menghantar khadam-khadamnya mencari untuk mengetahui khabar beritanya atau memberi bekalannya.

Setiap kali kepulangannya pula disambut oleh Khadijah dengan penuh kasih sayang. Bualan-bualan mesra dan cerita-cerita yang menyenangkan, kerana ia yakin suaminya sedang melalui satu proses yang amat sukar dalam meningkatkan kerohaniannya dan maqamnya di sisi tuhan Rabbul Jalil, malah seringkali apabila Nabi s.a.w. menceritakan kebimbangan dan keresahan hatinya dengan apa yang ia alami di Gua Hira, Khadijah meyakinkan bahawa apa yang ia lakukannya itu adalah suatu yang sangat besar ertinya buat masa hadapan, ia sangat berbangga dengan keteguhan hatinya berkhalwat dalam kegelapan Gua Hira dan beruzlah di tengah-tengah kerdipan ribuan bintang-bintang memikirkan kejadian alam dan hakikat ketuhanan.

Satu ketika Rasul menceritakan kepadanya: “Ya Khadijah aku kini sering melihat berbagai-bagai jenis cahaya, berbagai-bagai jenis suara, aku takut, kalau-kalau aku akan menjadi seorang tukang tenung.” Dengan tegas Saidatina Khadijah menjawab: Tidak wahai Muhammad, iblis dan syaitan tidak akan dapat menembusi hati-hati yang suci seperti hatimu itu.”

Walau bagaimanapun untuk lebih meyakinkan ia pergi menemui Warkah bin Naufal bertanyakan soal itu, Warqah menyatakan: “Ya Khadijah aku percaya, Muhammadlah yang akan menjadi Nabi kepada umat ini seperti yang disebut oleh Isa dan Musa didalam kitab-kitabnya.”

Kenyataan ini sangat menggembirakan Saidatina Khadijah, hatinya terus berkata-kata, “Benarkah… benarkah suamiku akan menjadi Nabi?” Ia mahu supaya Nabi Muhammad s.a.w. mendengar sendiri dari mulut Warqah. Ia merasakan tidak seorang pun yang lebih sesuai menjadi teman Muhammad s.a.w. menemui Warqah melainkan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq. Dengan dorongan Khadijah pada suatu hari pergilah Nabi Muhammad s.a.w. dengan ditemani oleh Abu Bakar As Siddiq r.a. ke rumah Warqah mendengar sendiri bukti-bukti kenabian daripadanya. Demikianlah kehangatan semangat, keteguhan peribadi yang merupakan cahaya-cahaya murni dalam hidup Rasulullah s.a.w.

Ketika umur Nabi Muhammad s.a.w. mulai menjangkau 40 tahun, Nabi mula menceritakan kepadanya bahawa segala perkara yang dilihat dalam tidurnya akan benar-benar berlaku dan dilihatnya pada masa jaganya atau apa yang disebut sebagai ‘rukya-As-Sadaqah’.

Kemudian Nabi mula merasakan bahawa cahaya iman begitu kuat menembusi hatinya, bahawa kalimah ‘Lailahaillallah’ begitu bergema disanubarinya, bahawa Allah melihat segala kelakuan manusia walau sebesar zarah sekalipun, bahawa kaumnya telah begitu jauh sesat.

Siapakah akan menunjukkan jalan-jalan kebenaran kepada kaumnya? Siapakah yang akan menunjukkan jalan-jalan hidayah kepada kaumnya? Persoalan-persoalan ini begitu berat dirasakannya dan hanya Khadijah orang yang dapat memahaminya, Khadijah dapat merasakan bahawa saat-saat kenabian dan kerasulan sudah hampir tiba.

Benarlah sangkaan-sangkaannya, satu hari di pertengahan bulan ramadhan, pulanglah Nabi s.a.w. dari gua Hira’ dalam keadaan yang sungguh mendebarkan, dengan ketakutan, peluh-peluh sejuk membasahi jasadnya, Nabi meminta Khadijah menyelimutinya, berada disampingnya mententeramkan perasaannya, meredakan ketakutannya, setelah tenang sedikit barulah Nabi menceritakan segala peristiwa kedatangan Jibril a.s. mengajarkannya wahyu yang pertama.

Sebagai seorang isteri yang bijak bistari Khadijah mendengar dengan penuh minat dan khusyu’ segala curahan hati suaminya yang sedang dilanda seribu satu macam perasaan dan persoalan, akhirnya dengan segala ketenangan dan keyakinan yang ada padanya terukirlah sebuah senyuman diiringi dengan kata yang masyhur: “Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad demi Tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturrahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang benar percakapannya.”

Kata-kata Khadijah begitu dingin dan damai mengalir menyirami hati Muhammad s.a.w. yang sedang dilanda kebingungan, kebijaksanaannya memilih kata-kata untuk mengembalikan ketenangan kepadanya, sangat-sangat disanjung tinggi oleh Nabi Muhammad s.a.w. namun demikian Saidatina Khadijah terus berada disampingnya sehinggalah Nabi terlena oleh keletihannya.

Sebenarnya Saidatina Khadijah pun merasa takut, apakah yang telah berlaku kepada suaminya, ia benar-benar takut dan dengan diam-diam ia keluar mencari Warqah, menceritakan segala-galanya, dan dengan gembira Warqah menyatakan: Bukankah telah ku katakan dulu wahai Khadijah, dialah Nabi umat ini, itulah Malaikat yang mendatangi Musa a.s. dahulu, tenangkanlah hatinya…” Mendengar itu Khadijah bagaikan melayang-layang ingin segera sampai kepada Muhammad s.a.w. tetapi sebaik-baik sampai sahaja dilihatnya sesuatu yang mendebarkan hatinya berlaku pula. Muhammad s.a.w. menggigil, menggeletar, peluh dingin mercik didahinya sedang bibirnya menyebut-nyebut ayat ‘Yaaiyuhalmuddatsir’ perlahan-lahan dengan penuh penghargaan Khadijah datang membelai Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
“Apakah yang telah berlaku wahai Abal Qasim?”
“Jibril mendatangi aku lagi dan menghafalkan kepada aku ayat-ayat yang sedang kubaca ini.”
“Ya Abal Qasim, sekiranya sahabatmu itu datang lagi, beritahulah kepadaku.”
“Baiklah.” Jawab Nabi.
Tidak lama kemudian datanglah lagi Jibril, Rasul pun segera memanggil Saidatina Khadijah, lalu Saidatina Khadijah memanggil pula Nabi datang menghampirinya sambil bertanya:
“Sekarang adakah kau masih melihatnya?”
“Ya, aku melihatnya.” Sedangkan Saidatina Khadijah tidak melihat Jibril a.s.. Kemudian Saidatina Khadijah meminta Nabi Muhammad s.a.w. memasukkan kepalanya kedalam baju Saidatina Khadijah sambil bertanya lagi.
“Sekarang adakah kau masih melihatnya?”
“Tidak!” jawab Rasulullah s.a.w.
“Bagus, kalau begitu memang benarlah ia seorang Malaikat, kerana sekiranya ia syaitan, ia tidak mempunyai sifat malu.”

Kemudian Saidatina Khadijah menceritakan apa yang dikatakan oleh Warqah tadi dan tanpa diminta oleh Nabi s.a.w. Saidatina Khadijah menyatakan keimanan yang mutlak terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia benar-benar meyakini bahawa suaminya itulah Nabi yang ditunggu-tunggu selama ini, dengan itu Saidatina Khadijah merupakan orang yang pertama beriman kepada Rasulullah s.a.w. dimuka bumi ini.

Dengan peristiwa bersejarah ini keluarlah Nabi Muhammad s.a.w. dari uzlah membawa wahyu, memberi khabar suluh dan daulah, gambaran derita, didunia ini dan diakhirat nanti, dakwah dan risalah ini disambut baik oleh golongan bawahan, tetapi ditentang hebat oleh golongan atasan. Penentangan ini membawa kepada penderitaan dan penyiksaan terhadap Rasulullah s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, seribu satu macama tekanan dan siksaan itu ditanggungnya bersama-sama Saidatina Khadijah r.a. Ia telah menggunakan segala pengaruh dan harta yang ada olehnya untuk mempertahan dan memperkuatkan perjuangan Rasulullah s.a.w. di saat-saat penuh dengan ketegangan dan api hasad dendam ini, hanya diruang rumahlah Rasulullah s.a.w. mendapat kedamaian, senyuman dan kemanisan wajah Saidatina Khadijahlah nabi mendapat penawar segala derita yang menimpa dalam perjuangannya.

Hinggalah disaat-saat genting perjuangan ini apabila suku-suku Quraisy sepakat untuk memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi yang amat dahsyat terhadap keluarga Nabi dan pengikutnya, dengan menggunakan kekerasan mereka telah menghimpunkan keluarga Nabi dan pengikutnya di satu wadi/lembah di tengah-tengah kota Mekah yang dipanggil ‘Sya’ba Hasyim’. Kemasyhuran permulaan ini mereka tulis dan digantung didalam Ka’abah. Peristiwa pahit ini berlaku dan bermula pada malam pertama, bulan pertama, tahun ketujuh selepas ba’sah (kebangkitannya) sebagai Rasul s.a.w., sehingga tiga tahun lamanya. Dalam peristiwa ini, sebenarnya tidak ada sesiapa yang dapat memaksa Saidatina Khadijah untuk keluar rumahnya kerana kedudukannya dan hartanya, tetapi Saidatina Khadijah dengan kerelaan hatinya sendiri, demi kasihnya kepada suaminya, demi keimanannya kepada kerasulannya, ia keluar bersama-sama puternya, mengikut Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup, hinggalah apabila mereka dibebaskan oleh sebab ‘kertas pemasyhuran’ itu dimakan anai-anai kecuali perkataan Allah. Saidatina Khadijah telah dibawa keluar dalam usungan dari Sha’ba Hasyim itu kerumahnya, ia telah jatuh sakit kerana penderitaan-penderitaan yang dialami selama tiga tahun itu. Sejak didalam usungan sampailah di rumah mereka, Nabi Muhammad s.a.w. dan puterinya tidak pernah berenggang darinya, walaupun sakitnya semakin hari semakin tenat, namun demikian tiada keluhan, tiada rintihan, tiada penyesalan darinya malah api semangatnya terus membara memberi sumber kekuatan yang tidak ada taranya kepadanya dan para sahabat-sahabatnya berjuang mendaulatkan Allah Rabbul A’lamin.

Tiga hari kemudian Saidatina Khadijah dengan damai dan sejahtera menghembuskan nafasnya yang akhir menyahut seruan PenciptaNya, meninggalkan Rasulullah s.a.w. dan puterinya dalam kesedihan yang tiada taranya.


Demikianlah Saidatina Khadijah telah lama meninggalkan kita, tetapi api semangat, kegigihan, pengorbanan tetap kekal membara untuk selama-lamanya. Menjadi inspirasi perjuangan para Mujahidin dan Mujahidat dalam usaha mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.

Oleh Ustazah Fauziah Thani
Kolej Islam Kelang

Thursday, February 9, 2012

Maafkanku teman..

2.59 a.m

1 minit lagi jam bakal mnunjukkan angka 3.00 a.m..

"Maafkan aku teman"
sambilku biarkan lagu " sebuah pertemuan " bermain-main di gegendang telingaku..


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Maafkanku teman,.aku bukanlah sahabat terbaik buat dirimu teman, tapi aku sedang berusaha menjadi yang terbaik...
Maafkan aku teman, aku tersilap langkah dalam memahami dirimu..
Maafkan aku teman, aku tahu Allah sedang menguji persahabatan yang kita jalinkan, ya!! Allah sedang menguji diriku dan dirimu jua, Allah sayang kita..



Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



"Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjada teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat."


"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)"

"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah".

"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)"

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab~

~Tamat~..3.39 a.m...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...