Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa 'ala
saidina Muhammad
Hayati kisah di bawah, semoga bermanfaat buat kita :")
Suatu masa dahulu, ada seorang raja berasal dari
salasilah raja-raja. Dia sangat kagum pada dirinya seolah-olah tiada makhluk
ciptaan Allah yang lebih baik daripada dirinya. Dia sering berbicara tentang
kebangsawanan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Di mana saja dia berada,
dia dikelilingan oleh para penyair yang memuji-muji kehebatannya. Mereka
mengarang syair, prosa serta puisi khusus untuk memuji dan memujanya.
Namanya terpahat di semua dinding-dinding
istana, gambarnya tertera di mata wang emas dan perak kerjaannya.
Pada suatu hari, ketika angkatannya sedang
berarak menuju ke satu destinasi, dia terpandang seorang lalaki sedang tekun
menggali lubang-lubang kubur. Di sekelilingnya bertimbun-timbun tulang dan
tengkorak manusia yang mana daging dan kulit yang membalutnya telah hancur di
mamah bumi.
Dia berhenti lalu bertanya lelaki itu, apa
yang sedang dilakukannya?
Lelaki itu berkata: “Patik berada di sini
adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada tuanku.”
Jawapan itu menimbulkan kehairanan yang tak
terkira di hati raja. Dia berkata: “Bagaimana?”
Lelaki itu menghampirinya dan menjelaskan:
“Tuanku, di tempat ini dulu telah berlaku satu pertempuran sengit yang
menyebabkan ayahanda Tuanku terbunuh. Patik ingin mencari dan mengecami
tulangnya untuk ditanam di tempat yang sesuai dengan kebesarannya. Namun,
anehnya patik menemui sesuatu yang menakjubkan!”
Lelaki itu mengambil tulang-tulang dan
membawanya ke hadapan raja sambil berkata:
“Tuanku, ini semua tulang-tulang yang patik
temui. Perhatikan betul-betul. Adakah tuanku dapat membezakan antara tulang
raja dengan tulang rakyat jelata? Antara tulang orang kaya dengan tulang orang
papa? Antara tulang panglima dengan tulang tentera biasa?
Sesungguhnya tulang-tulang semuanya sama di
sisi tanah, wahai tuanku!”
Memang benar..
"Bumi sentiasa menanti.. Perutnya
sentiasa bersedia untuk menelan orang besar, yang sombong dan tertipu, yang
berasa megah dengan apa yang dimilikinya di atas muka bumi. Namun tidak ada
satu pun daripada semua itu dapat dibawa bersama ke dalam perut bumi!..
Kerana TANAH tidak kenal SIAPA PEMILIK
TULANG... Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya.."
Fikir-fikirkanlah..."Dari Allah Kita
Datang, Kepada Allah kita Kembali.."-)
sumber:LayarMinda