Pages

Ads 468x60px

Sunday, December 19, 2010

BAHAGIAKAN HATIMU..

Hati yang sakit wajib dirawati daripad dibiarkan lesu dan terus mati. Sakitnya hati mampu di kesan melalui tingkah laku. Bagaimana ? Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduannya menerusi kata-katanya “sebahagian tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih keran atertinggalnya suatu amalam kebajikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa”



Rasulullah s.a.w juga bersabda riwayat At-Tabrani maksudnya “ siapa yang merasa senang oleh amal kebajikannya dan merasa sedih atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin”

Ayuh renungi dan amalkan kata-kata berhikmah daripada doctor hati Imam Ghazali : “carilah hatimu di tiga tempat..carilah hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu sewaktu mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah pada Allah , pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”




Pertama, membaca Al-Quran. Lazimilah diri dengan mencapai dan mmbaca Al-Quran. Menerusi ayat-ayat cinta-Nya,hati yang lemah akan di jana semula dengan kekuatan sekaligus mampu menghidupkan hati yang lesu. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud ‘diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar’. Sudah terang lagikan bersuluh, Al-Quran adalah penawar hati dan membacanya adalah sebaik-baik ibadah. Jangan pula sakitnya hatimu hinggakan membaca Al-Quran dirasakan satu beban. Lihatlah dirimu , tanyalah imanmu, berapakah ayat-Nya yang telah dibaca hari ini?atau tersimpan kemakah kitab suci itu tanpa ditatap walau seayat??



Kedua, mendirikan solat. Setiap kali, seandainya ada masalh membelenggu kehidupan, pasti dicarinya seorang teman untuk berbual meluahkan rasa yang terpendam. Pakar psikologi sering menyarankan kita meluahkan masalah pada orang yang disayangi, kelak pasti kurang bebanan dijiwa. Nmaun sedarkah kita? Solat ialah doa, solat ialah meluahkan segala rintihan, permasalahan,kesusahan kepada Allah yang bersifat As-Sami’( Yang Maha Mendengar). Andai hatimu dirasakan sakit, bawalah hatimu berjumpa dengan Tuhan Yang Esa. Bawalah hatimu dalam setiap pergerakan solat,.Bertahbirlah, bersujudlah..meluahkan segalanya. Nescaya pasti ditemui kedamaian dan ketenangan sekaligus merawat hatimu. Kata Ulam’ Al-Hakim “jika kamu ingin Allah “ bercakap” dengan mu, bacalah Al-Quran keran ayat-ayat-Nya yang ditujukan kepadamu,..tetapi jika kamu ingin pula “bercakap” dengan Allah, maka dirikanlan solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Penciptanya.”

Ketiga, mengingati mati. Sebelum tidur ,pernah terfikirkah tidur ini mungkin tidur yang selamnya? Solat yang dilakukan , mungkinkah kali yang terakhir? Bersalamn dengan ibu bapa jua mungkin kali yang terakhir? Hakikatnya, didalam kita tidak diajar takut kepada mati tetapi diajar untuk mengingati mati. Mengingati mati bukanlah menjadikan seseorang itu pasif dan berputus asa, tapi menjadikan seseorang itu aktif dan produktif dalam setiap tindakannya. Mengingati mati mampu menjadikan seseorang melakukan ibadahnya dengan sempurna ,meningkatkan pahala, mengurangkan dosa dan menutup aurat sebaik-baiknya. Tanyalah pada diri, bersediakan aku menghadap Allha dengan amalan sebegini? Solat yang ‘hancur’,aurat yang terdedah. Ketahuilah Izrail ‘memandang’ kita 70 kali sehari. Bayangkan,jika di saat dirimu membuat maksiat, saat itulah Malaikat Izrail menjemputmu, bagaimana aganya ya?? Husnul khatimah kah kita atau saiul khatimah!!

Ingatlah wahai saudara seislamku, setiba yang bernyawa pasti akan merasai saat kematian..hisablah dirimu sebelum kamu dihisab..basuhlah hatimu dengan mengingati mati,.. “melupakan mati bermaksud mematikan hati"


Carilah hatimu..basuhlah hatimu. Persembahkan hatimu kepada-Nya dalam keadaan yang suci dari najis-najis dan karat-karat mazmumah..jagalah hatimu, awasilah ia,rawatlah ia, bawalah hatimu kepada Allah dalam keadaan suci dan bersih..dan jangna sampai kehilangannya.






0 fikr:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...