Pages

Ads 468x60px

Wednesday, November 10, 2010

Rabiatul Adawiyah bermadah..




Dikisahkan seorang serikandi islam yang juga wali Allah seorang wanita yang bernama Rabiah al-Adawiyah, sedang berjalan di tengah jalan. Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yang sangat suka dengan lisannya menyebut-nyebut mengenai syurga dan kenikmatannya serta apa yang dijanjikan Allah kepada penghuni-penghuni syurga kelak di akhirat sana. Rabiah al-Adawiyah sekadar melihat dan mendengan saja apa yang diucapkan lelaki itu.
Lelaki itu mungkin menyangka bahawa Rabiah al-Adawiyah rasa terharu mendengar ucapannya. “wahai manusia!,” Lelaki itu dikejutkan oleh Rabiah al-Adawiyah dengan spontan. “sampai bila engkau akan terpengaruh dengan hal-hal yang bila-bila masa boleh berubah, dan engkau lalai kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Besar?” kemudian wali Allah itu menyambung lagi, “buatlah sesuatu selagi engkau berada di dalam dunia ini sebelum engkau berkata lebih banyak mengenai syurga yang dijanjikan kemudian hari itu.

Mendengar sangahan Rabiah al-Adawiyah lelaki itu menjadi marah, lalu dia membentak. “pergilah engkau dari sini wahai wanita gila!”.. “aku bukan orang gila kerana orang gila itu ialah orang yang tidak mempunyai akal untuk memahami apa yang aku katakan itu,” jawab Rabiah al- Adawiyah.
Lalu dia meninggalkan tempat lelaki itu sambil berkata, “oh sungguh kasihan kepada orang yang tergila-gilakan syurga itu! Ia sekadar cakap kosong semata-mata. Seandainya dia tidak menjadikan Allah tempat bermesra dan berlindung.
Mengapa dia tidak melihat kepada Nabi Adam a.s ketika berada di syurga bersenang-lenang, tetapi apabia baginda ditipu iblis la’natullah dengan pujukannya supaya memakan buah dari pohon terlarang, baginda turut memakannya walaupun Allah telah melarangnya dari memakan buah itu. Lalu apa akibatnya? Baginda terhalau dari syurga dan menduduki dunia ini yang menjadi tempat tahanan baginya.

Mengapa dia tidak melihat Nabi Ibrahim a.s. Apabila baginda memelihara rahsia Tuhannya, baginda lalu di dekatkan Allah swt kepada zat-Nya dan dipilih-Nya sebagai ‘al-khalil’ kepada Allah swt. Apabila Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api oleh Namrud, Allah memerintahkan api itu menjadi dingin dan sejuk bagi Nabi Ibrahim a.s.”

Rabiah al-Adawiyah lalu bermadah,
Apa aku merasakan Engkau tiada, maka dunia ini seolah-olahnya tempat tahanan bagiku..
Jika aku tidak terpikat kepadaMu dan hatiku tidak mencintaiMu. .
maka kepada siapa selain Mu yang patut aku pikat dan mencintainya?...

0 fikr:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...