Pages

Ads 468x60px

Monday, May 14, 2012

ANTARA DUA CINTA~

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa 'ala aali saidina Muhammad..

Tahniah, anda baru sahaja memulakan pembacaan dengan nama Allah dan berselawat ke atas Rasul-Nya, semoga tergolong dalam umat di rahmati Allah, di sayangi Nabi S.A.W..

Time-time waktu exam ni la, baru terasa nak update blog walapun padat otakku disumbat dengan perencah subjek pelbagai rasa.  Alhamdulillah, baru selesai satu paper exam.  Tajuk ini "antara dua cinta" terilham semasa otakku senak memutarkan "makanan-makanan" supaya di hadam dengan baik.  Tiba-tiba Allah ilhamkan ayat motivasi untuk diri sendiri yang di kongsi kat fb,:

mood exam:
~ serahkan semua yg kita baca, kita hafal, kita tulis kpd Allah, moga Allah mmbantu kita utk mngingt dn mndptknnya kmbali pd waktu yg kta perlukn dan Dia izinkn~

p/s: bkn bnyknya baca mnjadi asbab utm kecrmlngn dan kjayaan, tp taqarrub billah yg kuat adlh pkra pokok pnymbg kjyaan di dunia dan akhrt~
Sambil tu, layan kejap nasyid yang best  ni =)

Jom hayati sejenak bait demi bait nasyid ini, menyentuh hati di kala malam semakin gelap, di kala semut hitam di atas batu yang hitam tidak dapat di lihat, di kala insan-insan sudah leka diulit mimpi~



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan 
Nikmat yang dikecap 
baru kan terasa bila hilang 
Apa yang diburu timbul rasa jemu 
Bila sudah di dalam genggaman 

Dunia ibarat air laut 
Diminum hanya menambah haus 
Nafsu bagaikan fatamorgana 

Di padang pasir 
 Panas yang membahang disangka air 
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang 
Dilihat ada ditangkap hilang 

Tuhan.. 
leraikanlah dunia 
Yang mendiam di dalam hatiku 
Kerana di situ tidak ku mampu 
Mengumpul dua cinta 
Hanya cintaMu 
ku harap tumbuh 
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


~Letakkan dunia di tanganmu, bukan di hatimu~


Wallahu'alam....

0 fikr:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...