Pages

Ads 468x60px

Friday, August 10, 2012

Allah sayangkan aku !!

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..

"Maafkan saye awak, bukan saye tak rindu awak, tapi kekangan masa saya nak update awak.  Bukan namanya saye tak rindu awak bila saya tak update awak.."


Alhamdulillah, Allah berikan aku ruang untuk mencoret sedikit di sini setelah aku biarkan 'dia' kesepian.
 Satu kisah yang ingin dikongsikan berlau pada suatu petang mengajar aku erti 'saling melengkapi'

Zinnirah : Salam Khaulah, Kak Sumayyah suruh amik dia sat g.
Khaulah : Ok, tapi sapa yang nak drive?
Zinnirah : Hang la, aku tak boleh drive sebab spek mata aku hilang, Kak Sumayyah kata hang ada lesen.
Khaulah : !!~~#$~..Adeh, macam mana ni, aku tak cekap lagi la, lama dah tak pegang stereng tu, ketaq, habih sejuk satu badan.
Zinnirah : Mungkin ni modul untuk kita, Kak Sumayyah tak la risau sangat bila dia bakal tinggalkan U ni nanti.
Khaulah: Ok, aku cuba T_T

Lalu, berlakulah satu episod "saling-melengkapi' ini.
Dalam kereta..

Zinnirah : Aku boleh je bawak, tapi mata aku ni ha, kabur la sebab spek aku hilang.
Khaulah : Huhuu..ok, aku try bawak tapi dengan syarat hang masuk gear, aku drive keta..
Zinnirah: Hahaaa..ok2, hang kena bawak keta auto la lau cam ni.
Khaulah : ;)

Alhamdulillah, perjalanan yang dipenuhi gelak ketawa kerana saling-melengkapi. Rumusannya,
Zinnirah - Tak boleh bawa keta sebab mata rabun tapi pandai bawak.
Khaulah : Boleh bawa keta asalkan gear penumpang di sebelah yang tolong masukkan ^^


Mudah je kan nak aplikasikan konsep ini dalam kehidupan kita kerana manusia itu saling-melengkapi antara satu sama lain.  Jangan berharap orang lain berkelakuan sempurna terhadap kita kerana diri kita juga stal empurna pada pandangan orang lain.  Belajarlah untuk terima kekurangan seseorang, kerana kekurangan dirinya sebenarnya melengkapkan kita.  Sebab kita kena selalu ingat, langit dan bumi perbezaan cukup besar, tapi bukankah langit dan bumi itu saling-melengkapi?

 



untukmu sahabat...

jika kau menerima kekurangan sebelum kelebihan seseorang, engkau akan lebih menghargai dirinya, engkau akan termotivasi untuk membimbingnya, engkau tidak akan mengeluh terhadapnya, dan engkau akan bersyukur atas kelebihan yang terdapat pada dirinya..


tapi,

seandainya, engkau menerima seseorang kelebihan dirinya sebelum kekurangan, kau begitu mengharapkan kesempurnaan dan keleb

ihan dirinya, pasti yang akan temui adalah kekecewaan kerna tiada manusia yang sempurna, kembalilah pada Allah dan Rasul-Nya..

oleh itu,

sukailah sesuatu itu sekadarnya sahaja dan simpanlah sedikit perasaan benci, dan bencilah sesuatu sekadarnya sahaja dan simpanlah perasaan suka~

Wallahu'alam

~hasil tulisan saya sekadar pandangan peribadi, pengalaman, dan pendapat saya sahaja~ ^^

2 fikr:

  1. Allah..penulisan yang sangat menyentuh qalbu..

    ReplyDelete
  2. Allahuallah..mnyentuh qalbu apabila pmbacanya membaca dgn mata hati ^^..luv u lillahi ta'ala..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...