Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 23, 2014

Aku Lebih Sayangkan Cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad, wa 'ala aali Saidina Muhammad..

Dengan rahmat dan kasih-sayangnya, aku punya jari-jemari yang punya rentak tari di atas keyboard.  Entah, rentak apa jenis tarinya, semuanya bergantung pada emosi para pembaca yang dihormati.

Baik, back to tajuk post kali ni, perkongsian yang saya dapat dari seorang pensyarah ketika kelas Kajian Penyelidikan Pendidikan.  Pensyarah yang diibaratkan seperti seorang ibu, tidak pernah lokek bercerita dan memberi nasihat ketika mengajar di samping peribadinya yang mudah di dekati. Pensyarah ini berkongsi cerita mengenai kisah seorang guru yang di postingkan di kawasan pedalaman.


sumber gambar : internet

Cikgu Asyraf (bukan nama sebenar) adalah salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah pedalaman. Dia mempunyai seorang anak murid bernam Azam yang sering datang lewat ke sekolah sehingga adakalanya  terlepas untuk mengikuti pelajaran pada hari itu.  Tambahan lagi, Azam datang ke sekolah dalam keadaan compang-camping dan lusuh pakaiannya.

Pada suatu hari, dek kerana mengikut darah mudanya, Cikgu Asyraf telah menampar Azam dengan kuat kerana Azam datang lewat lagi sekolah. Apabila ditanya oleh cikgu Asyraf mengapa lewat, jawapan Azam masih sama seperti sebelumnya bahawa dia mempunyai hal yang perlu diuruskan.

Pada hari berikutnya, Azam tidak datang ke sekolah.  Cikgu Asyraf mula tertanya-tanya ketiadaan Azam. Dia mula risau dan memikirkan perbuatannya tempoh hari yang telah menampar Azam dengan kuat.  Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Azam sendiri.

Setibanya di sebuah perkampungan, Cikgu Asyraf bertanya kepada orang kampung rumahnya Azam dan rumahnya. Alangkah terkejutnya Cikgu Azam apabila mendapati jawapan yang diberikan oleh orang kampung sebab Azam tidak datang ke sekolah. Mereka mengatakan bahawa telinga Azam bengkak dan menanah.  Cikgu Asyraf meneruskan perjalanan ke ruamh Azam dengan panduan yang diberikan orang kampung. Dia terpaksa meninggalkan keretanya dan berjalan beberapa kilometer untuk ke rumah Azam yang terletak di belakang bukit.  

Setelah jauh berjalan, Cikgu Asyraf tiba di sebuah pondok usang di belakang bukit. Dia memberi salam, dari dalam rumah sayup  terdengar suara orang tua menjawab salam. Dia menyatakan tujuan dia datang ke situ untuk berjumpa Azam, orang tua itu menjemput Cikgu Asyraf masuk kerana pintu tidak berkunci.  Alangkah terkejutnya Cikgu Azam apabila dia mendapati orang tua yang bercakap dengannya sebentar tadi adalah insan yang buta kedua matanya dan badannya yang uzur. Sayu di hati mula menjalar dalam dirinya.  Orang tua itu adalah datuknya.  Azam adalah anak yatim piatu yang kematian kedua orang tuanya. Dia tinggal bersama datuknya yang sudah uzur.  Setiap hari Azam akan keluar mengambil upah melakukan pekerjaan bersama seekor monyetnya untuk mencari sesuap rezeki.





Azam pulang ke rumah bersama monyetnya.  Apabila Cikgu Asyraf mendapati Azam sudah pulang, lalu dia menerpa ke arah Azam lalu memeluk anak kecil itu.  Perasaan bersalah yang menebal dalam dirinya kerana berlaku tidak adil terhadap anak kecil itu.  Melihatkan keadaan itu, monyet peliharaan Azam terus menerpa ke arah cikgu Azam lalu menggigit tangannya kerana menyangka Cikgu Asyraf akan mengapa-apakan tuannya.  Gigitan monyet itu terus kuat tanpa melepaskan walaupun Azam cuba menarik dan meminta untuk melepaskan. Azam mula cemas bila melihat tangan cikgunya tidak mahu dilepaskan oleh monyet peliharaannya itu.  Dia kemudiannya mengambil pisau yang ada di sisinya lalu menikam monyetnya itu sehingga mati.  Walaupun monyet itu merupakan temannya mencari rezeki, sumber dia dan datuknya mencari sesuap nasi, tetapi demi nyawa cikgunya dia lebih rela membuat tindakan yang drastik itu.  Dalam hatinya berkata, "aku lebih sayangkan cikgu".



Begitulah kesudahannya kisah ini. Apa yang dapat disimpulkan, seorang guru sepatutnya menyelidiki latar belakang muridnya, menyiasat sesuatu perkara jika muridnya melakukan kesalahan bukannya bertindak membuta tuli sehingga mencederakan anak didiknya.  Guru itu ibarat penunjuk kepada cahaya iaitu ilmu, oleh itu jadilah guru sejati dalam menjadikan Rasulullah sebagai pedoman.  Rasulullah mendidik anak kecil dengan penuh kelembutan dan kesabaran.  Indahnya akhlak Rasulullah andai kita menghayatinya.

Wallahu'alam....

0 fikr:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...