Pages

Ads 468x60px

Monday, June 30, 2014

GADIS HARAKI~ SATU KEMULIAAN


Salam perjuangan buat gadis-gadis haraki,
yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah,
yang hatinya terpasak a'qidah perjuangan yang kukuh,
yang teguh tanpa ragu-ragu,
berintima’ dengan Harakah
Islam yang semata- mata jelas
perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah
hingga mencapai kemenangan atau syahid dipertengahan jalan,
moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat
dan berkobar-kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.


Mengenal perjuangan dengan penuh rasa takjub,
kepada Allah yang menciptakan
gadis-gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi,
semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan Islam,
mulanya tertanya- tanya atas dasar apa tidak tidur,
berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya,
tapi akademiknya tidak lumpuh
malah terus menerus dengan kecemerlangan.
untuk keletihan itu dicurahkan.

Gadis haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan,
bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran,
dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta Islamik,
juga bukan yang sentiasa menjinjing novel-novel cinta Islamik,
jika anda mencari muslimat seperti itu,
maka jauhi gadis-gadis haraki,
yang tega dan bersuara lantang,
bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat,
tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi ummah.
Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah Islam
yang sanggup turun meredah banjir lumpur malah berasak- asak di tengah kota
di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah Islam,
ke pelosok kampung,
malah ke luar negara yang dilanda bencana sekalipun.


Dan tentu sahaja si gadis-gadis haraki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medan perjuangan,
justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran
yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu,
tidak pandai menjaga diri dan sebagainya
kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham,
mengapa mereka perlu turun
dan betapa besarnya peranan mereka
bukan sekadar tinggal diam di rumah,
mahupun belajar semata- mata.Kerana ummah
yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah,
sentiasa melambai- lambai
menuntut gadis-gadis haraki turun, atau
lainnya menjawab nanti di hadapan Allah,
itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.

Bukan sedikit tukaran yang terpaksa di bayar gadis-gadis haraki ini, 
tentangan keluarga yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,
malah kadang kala
gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari,
maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya,
kerana mereka sedar rantaian perjuangan Islam ini
sentiasa silih berganti,
maka mereka- mereka inilah
yang bakal menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti,
jadi terus-menerus si gadis haraki berdoa
agar tidak futur di pertengahan jalan
dan semangatnya mati.

Usah pernah jemu nasihat-menasihati
kerana sahabat-sahabatmu
bukanlah manusia sempurna,
yang kadangkala tewas
dalam siri-siri ujian yang Allah timpakan
demi menguji keimanan mereka,
ribat tangan mereka sehingga ke hujung jalan,
kekuatan ukhwah kerana Allah itu
luar biasa genggaman hatinya,
maka jagalah mereka
seperti engkau menjaga dirimu sendiri.

Sememangnya tidak dapat kita nafikan
betapa halusnya perasaan seorang muslimat,
malah ramai dalam kalangan muslimat yang tewas
hanya kerana ditegur dalam mesyuarat secara tidak berhikmah,
ingin melarikan diri dari perjuangan semata-mata kerana
merasa diri dipinggirkan berbanding teman-teman,



Justeru,
gadis-gadis haraki yang benar- benar ikhlas dalam perjuangan ini,
ayuh, kita ketepikan soal hati dan perasaan dan
sentiasa melatih diri
menjadi gadis-gadis haraki yang
teguh hati dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan,
bukan kerana individu kita berjuang,
bukan jua kerana pangkat dan sanjungan tertentu,
tapi benar- benar kerana Allah!


“Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.
Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kehinaanlah”
~Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab~



sumber:via Whatsapp

0 fikr:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...