skip to main |
skip to sidebar


"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"
Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati.
Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini.
Inilah cabaran orang yang mahu berubah.
Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.
Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?
Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah.
Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani.
Maka, izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah.
Anda seorang wira!
Anda seorang pejuang!
Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah berhenti.
Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji.
Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga.
Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi.
Kemudian, satu lagi, dan satu lagi.
Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya.
Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang.
Tuduhan yang tersangat salah!
Saya tertarik dengan satu hadis.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menangis'.
Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon?
Adakah kita mahu menipu Allah? Tidak. Sama sekali tidak.
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia.
Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik.
Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku. Allah tahu segalanya.
Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan.
Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak.
Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit.
Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis',
sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik!
Lama kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik.
Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison?
Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman,
jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka,jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
(pkongsian dr Blog Bayyinat: http://iqbalsyarie.blogspot.com/ )
Hati yang sakit wajib dirawati daripad dibiarkan lesu dan terus mati. Sakitnya hati mampu di kesan melalui tingkah laku. Bagaimana ? Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduannya menerusi kata-katanya “sebahagian tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih keran atertinggalnya suatu amalam kebajikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa”
Rasulullah s.a.w juga bersabda riwayat At-Tabrani maksudnya “ siapa yang merasa senang oleh amal kebajikannya dan merasa sedih atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin”
Ayuh renungi dan amalkan kata-kata berhikmah daripada doctor hati Imam Ghazali : “carilah hatimu di tiga tempat..carilah hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu sewaktu mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah pada Allah , pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”

Pertama, membaca Al-Quran.
Lazimilah diri dengan mencapai dan mmbaca Al-Quran. Menerusi ayat-ayat
cinta-Nya,hati yang lemah akan di jana semula dengan kekuatan sekaligus
mampu menghidupkan hati yang lesu. Firman Allah s.w.t dalam surah
Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud ‘diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai
petunjuk dan rahmat serta penawar’. Sudah terang lagikan bersuluh,
Al-Quran adalah penawar hati dan membacanya adalah sebaik-baik ibadah.
Jangan pula sakitnya hatimu hinggakan membaca Al-Quran dirasakan satu
beban. Lihatlah dirimu , tanyalah imanmu, berapakah ayat-Nya yang telah
dibaca hari ini?atau tersimpan kemakah kitab suci itu tanpa ditatap
walau seayat??
Kedua, mendirikan solat. Setiap kali, seandainya ada
masalh membelenggu kehidupan, pasti dicarinya seorang teman untuk
berbual meluahkan rasa yang terpendam. Pakar psikologi sering
menyarankan kita meluahkan masalah pada orang yang disayangi, kelak
pasti kurang bebanan dijiwa. Nmaun sedarkah kita? Solat ialah doa, solat
ialah meluahkan segala rintihan, permasalahan,kesusahan kepada Allah
yang bersifat As-Sami’( Yang Maha Mendengar). Andai hatimu dirasakan
sakit, bawalah hatimu berjumpa dengan Tuhan Yang Esa. Bawalah hatimu
dalam setiap pergerakan solat,.Bertahbirlah, bersujudlah..meluahkan
segalanya. Nescaya pasti ditemui kedamaian dan ketenangan sekaligus
merawat hatimu. Kata Ulam’ Al-Hakim “jika kamu ingin Allah “ bercakap”
dengan mu, bacalah Al-Quran keran ayat-ayat-Nya yang ditujukan
kepadamu,..tetapi jika kamu ingin pula “bercakap” dengan Allah, maka
dirikanlan solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian
dan rintihan seorang hamba kepada Penciptanya.”
Ketiga,
mengingati mati. Sebelum tidur ,pernah terfikirkah tidur ini mungkin
tidur yang selamnya? Solat yang dilakukan , mungkinkah kali yang
terakhir? Bersalamn dengan ibu bapa jua mungkin kali yang terakhir?
Hakikatnya, didalam kita tidak diajar takut kepada mati tetapi diajar
untuk mengingati mati. Mengingati mati bukanlah menjadikan seseorang itu
pasif dan berputus asa, tapi menjadikan seseorang itu aktif dan
produktif dalam setiap tindakannya. Mengingati mati mampu menjadikan
seseorang melakukan ibadahnya dengan sempurna ,meningkatkan pahala,
mengurangkan dosa dan menutup aurat sebaik-baiknya. Tanyalah pada diri,
bersediakan aku menghadap Allha dengan amalan sebegini? Solat yang
‘hancur’,aurat yang terdedah. Ketahuilah Izrail ‘memandang’ kita 70
kali sehari. Bayangkan,jika di saat dirimu membuat maksiat, saat itulah
Malaikat Izrail menjemputmu, bagaimana aganya ya?? Husnul khatimah kah
kita atau saiul khatimah!!
Ingatlah wahai saudara seislamku, setiba yang bernyawa pasti akan
merasai saat kematian..hisablah dirimu sebelum kamu dihisab..basuhlah
hatimu dengan mengingati mati,.. “melupakan mati bermaksud mematikan
hati"
Carilah
hatimu..basuhlah hatimu. Persembahkan hatimu kepada-Nya dalam keadaan
yang suci dari najis-najis dan karat-karat mazmumah..jagalah hatimu,
awasilah ia,rawatlah ia, bawalah hatimu kepada Allah dalam keadaan suci
dan bersih..dan jangna sampai kehilangannya.