skip to main |
skip to sidebar
wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“ sudah, Alhamdulillah.”
“ Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memu;akan solatmu?”
“ Ya.”
“Apakah kau telah memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“ Tidak…”
“ Adakah ketika lidahmu menyebut ‘ Allahuakbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
“ Tidak…”
“ Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”
“ Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah hatimu mengiyakan bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah Yang Esa?”
“ Tidak..”
“ Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredhai-Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-Nya?”
“ Tidak…”
“Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“….”
“ Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?”
“ Ya.”
“ Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang kamu kerjakan?”
“ Tidak.”
“ Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”
“ Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebaikan yang paling utama?”
“ Tidak.”
“ Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harap agar Dia menilai sotmu sebagai pengabadian darimu?”
“ Tidak..”
“ Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat, tidak mengingati Allah dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalu solatmu. Hubaya-hubayalah keran Allah telah berfirman:
‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ ( Al-Ma’un: 4-5)
“Astaghfirullahal’azim…ya Allah, berilah kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
0 fikr:
Post a Comment