Pages

Ads 468x60px

Monday, March 5, 2012

Tak kan dirasai, kalau tak merasai


Bismillahirrahmanirrahim..

Kumulakan post entry kali ini dengan nama Allah, moga mengalir keberkatan buat diri ini dan para pembaca teratak yang hampir runtuh ini.

"Nasib baik kita ada Allah". Terngiang-ngiang di cuping telinga kalimah itu tika diri ini hampir terduduk. Ya, kita punya Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah, jadi kita perlu kuat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tika keseorangan, tika bersedih, tika ditinggalkan, tika ditertawakan, tika dibenci, tika dibenci, dan apa jua keadaan apa sekalipun, Allah sentiasa bersama kita andai kita selalu bersamanya. Ingatlah janji Allah dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang berbunyi: "Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan tapak pendirianmu"

Jom hayati sejenak lirik lagu Sunnah berjuang:

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..


Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya



Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..



Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..



Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih



Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


Allahuallah, sayangkan Allah kat kita??.. Sentiasa bersama kita andai kita meletakkan Dia di hati kita. Memang berat andai kaki mula melangkah dalam jalan ini. Tak disediakan jalan yang mudah untuk menuju keredhaan-Nya, ditaburi dengan duri-duri ujian yang kadang-kadang membuat kita terduduk mencabut sebentar duri-duri ujian itu, ada yang tak mampu teruskan, tetapi yang benar-benar mujahadah akan teruskan perjalanan kerana yakin dengan perjalanan yang panjaang ini di akhirnya destinasi yang cukup manis tak dapat digambarkan dengan kata-kata, cuma dapat dirasai dengan jiwa yang bergetar mencari Redha Ilahi.

Sayangnya Allah kat kita, dia menyediakan "bekalan" buat kita sebelum kita pinta doa kepada-Nya untuk mengurniakan kepada kita "bekalan" tersebut. Kekasih Allah yang mulia juga menerima "bekalan" yang sama yang membuatkan diri Baginda hebat dan kuat dalam perjuangan ini. Baru-baru ini, sempat ana rakamkan butir nasihat dari Kak Ana mengenai kenapa Rasulullah itu hebat??.. Yang pertamanya ialah kerana diri Baginda sendiri, diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Yang keduanya ialah sahabat Baginda, dan yang terakhir sekali ialah para isteri Baginda.


Ya, sama juga dengan diri kita, akan kuat dengan 3 perkara. Diri kita yang kuat taqarrub billah, sentiasa bergantung dengan Allah dalam apa jua kedaan. Kedua, adalah sahabat yang soleh disekeliling kita. Ingin ana bawakan di sini, kata-kata dari seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang berbunyi:

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”


Maksudnya disini, jika kita telah mendapat sahabat yang soleh, peganglah ia erat-erat, jagalah ia kerna dia mampu membawa kita ke jalan Tuhan, mampu memimpin tangan kita andai duri yang terkena dalam perjalanan membuat kita tak mampu berdiri, yang mampu menguatkan kita dengan ayat-ayat cinta-Nya dan sirah kekasih-Nya dan banyak lagi. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata jika mendapat sahabat yang soleh. " Ukhwah itu akan dirasai jika merasai". Di satu sudut yang tersimpan dalan diri hanya dapat merasai betapa beruntungnya peroleh sahabat yang soleh dalam perjuangan ini. Rasulullah S.A.W, walaupun disamping Baginda berdiri teguh isteri tercinta bersama perjuangan ini, tetapi di satu sudut lain, berdiri barisan para sahabat-sahabat yang snetiasa mendokong perjuang Nabi, susah payah, pahit getirnya dalam menyebarkan dakwah islam ini. Kita hayati sebentar sirah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, pengorbanannya, ketaatannya terhadap Allah dan Rasul-Nya sehingga di gelar As-Siddiq:



Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa membenarkan kata Nabi s.a.w . Mengenai gelaran ini pernah ada ulama' yang mentafsirkannya dengan bermaksud " Mempercayai Allah dan Rasulnya dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian Rasulnya mengatasi akal fikiran semata-mata ". Pernah Nabi s.a.w bersabda " Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membela ku ". Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh sahabat yang membenarkan gelaran ini :-

1. Semasa peristiwa Isra' dan mi'raj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang menemui saidina Abu Bakr. Tetapi Saidina Abu Bakr telah berkata " sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai ".

2. Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr".

3. Saidina Umar r.a bertanya pada Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah " Wahai Abu Bakr bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab " Ya " . Umar r.a bertanya lagi " Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. " Ya " , jawab Abu Bakr. Lalu umar bertanya lagi " Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?. Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda " Aku ini hamba Allah dan rasulnya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan" . Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah . Lalu Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu'minin, Ummu salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat.

4. Aqalah bin Mu'it la'natullah pernah menjerut leher Rasulullah SAW tetapi telah dilihat oleh Saidina Abu Bakar yang segera menghalangnya lalu berkata, "Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?".

5. Saidina Abu Bakar juga telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad ini.

6.Saidina Umar pernah berkata " Sesungguhnya di dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai . Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5000 bidadari : tidak akan masuk kedalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh ke arah maqam Nabi s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil memandang ke arah maqam Saidina Abu Bakr, atau orang yang syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengaharapkan dia memperolehi syahid".

7.saidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakr layak mengantikan nabi s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu Rasulullah s.a.w uzur.

Saidina Abu Bakr telah diberi penghormatan untuk menemani Nabi s.a.w untuk berhijrah,beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melaikan pada hari itu. Dalam keadaan yang penuh gelisah di gua Thur , Allah telah menurunkan ayatnya menceritakan peristiwa ini didalam surah at-Taubah. saidina Abu Bakr telah berkata " Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata Tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang murni. yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah kezaliman" . Begitulah cintanya saidina Abu Bakr kepada Rasulellah s.a.w. saidina Abu Bakr begitu sedih mendegar munajat Nabi s.a.w semasa perang Badar yang begitu mengharapkan kemenagan keatas tentera Islam lalu Beliau berkata " cukuplah Ya Rasulullah".

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang disediakan oleh Allah ; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia melaikan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu saidina Abu Bakr kerana beliau faham akan maksud khutbah itu, yakni umur Rasulullah di dunia sudah hampir berakhir.

Saidina Ali penah mengatakan bahawa saidina abu Bakrlah sahabat Nabi s.a.w yang paling berani kerana sangup melindungi Nabi s.a.w untuk menghadapi perang Badar di saat para sahabat yang lain berdiam diri bila Nabi s.a.w mengacukan soalan itu. saidina Abu Bakr telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh nabi s.a.w. Beliau juga merupakan sahabat yang paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah "apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu "lalu beliau menjawab, "Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya ". saidina Umar pernah berkata " Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia saidina Abu Bakr pasti akan mendahuluiku"

Itulah dia, salah satu kisah seorang Sahabat Nabi yang Soleh. Sanggup tinggalkan dunia dan seisinya demi Allah dan Rasul-Nya.


kau sahabat sejati di sisi Rasulullah
Sentiasa bersama senang atau susah
Kau lelaki pertama tika Islam bermula
Semarakkan obor perjuangan baginda



Oh As-Siddiq, gelaran yang terpuji
Indah maknanya setulus orangnya
Biarpun mereka sering mendustakannya
Namun kau tetap membenarkan Rasulullah tercinta



Gua Thur saksikan pengorbananmu
Titisan air mata menahan keperitan
NAmun kau tetap teguh setia
Demi seorang insan kekasih Allah di ribaan



Abu Bakar As-Siddiq, khalifah dunia Islam
Kau yang pertama pengganti Rasulullah
Mulia pekertimu penghias peribadi
Agung jasamu sanjungan hingga kini
Pengorbananmu kasih sayangmu
Kecintaanmu jadi tauladan ummah



Kau insan terbilang Allah janjikan syurga
Walau kau tiada kini sejarahmu abadi
Abu Bakar As-Siddiq...

Persoalannya di sini, wujudkan sahabat sejati seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq??.. Wujudkah sahabat soleh seperti itu??. Jawapannay terletak pada diri kita, tepuk dada, tanya iman. Adakah aku telah menjadi sahabat yang soleh terhadap sahabtaku?. "Sahabat yang soleh adalah cerminan kepada sahabatnya". So, stat dengan diri sendiri untuk menjadi yang soleh first. Tanya diri kita, adakah elemen ukhuwwah yang paling rendah iaitu "husnu dzon" yakni berlapang dada terhadap sahabat telah kita capai??. Allahu robbi, kalau jawapannya belum, bagaimana nak capai elemen ukhuwwah yang paling tinggi iaitu "itsar" yakni melebihkan sahabat melebih diri sendiri seperti yang dicontohi Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Ayuh, hayati sejenak, kisah seorang 'alim bernama Thalhah bin 'Abdillah bin 'Auf. Tercatat di dalam kitabRaudhatul 'Uqala karya Imam Abu Hatim.


Suatu hari, si isteri, 'Aisyah binti Abdillah bin Muthi' Al-Aswad mengajaknya bicara,

"Demi Allah, wahai suamiku. Aku tidak pernah menemukan orang yang lebih buruk sifatnya daripada sahabat-sahabatmu."

Thalhah agak terkejut dengan kata-kata isterinya.
"Demi Allah, jangan sampai mereka mendengar kata-kata kamu itu. Sifat buruk apakah yang kau maksudkan itu, sayang?"
"Demi Allah, sifat buruk itu nampak dengan sangat jelas."
"Apa dia agaknya?"
Kata si isteri,
"Jika engkau dalam keadaan senang, mereka datang dan menemanimu. Namun jika kau susah, mereka menjauhkanmu."
Balas Thalhah sambil tersenyum,
"Sebenarnya tidak seperti itu.. Aku justeru melihatnya sebagai satu nilai murni yang mulia."
"Apa maksudmu?"

Thalhah menegaskan,
"Memang demikian, mereka hanya berkunjung di sat kita sedang mampu menjamu. Di saat kita tidak sanggup menjamu, mereka memahaminya. Lalu mereka tidak datang ke mari.
************************************************************************

Allahuakbar, hebatnya Thalhah dalam berlapang dada dengan sahabatnya. Kita pula bagaimana??. Walaupun kita tak mampu 100 % mencontohi para sahabat, tetapi sekurang-kurangnya berusahalah ke arah itu. Kita tak mampu menjadi Saidina Abu Bakar As-Siddiq, tapi kita mampu untuk mencontohi keperibadian beliau. Allah nilai pada usaha kita sahabat-sahabat sekelian. Berusahalah menjadi sahabat sejati terhadap sahabatmu, ceriakn hidupmu dengan sahabt yang soleh kerna sahabat yang soleh itu ibarat mentari yang mengyinar, sahabat yang soleh itu ibarat pewangi yang mengharumkan.


Akhir sekali, doaku ku pohon kepada Yang Maha Satu:

"Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan-Mu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling memikul amanah dakwah-Mu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redha-Mu, teguhnya atas cinta pada-MU, dilindungi dari maksiat-maksiat yang melalaikan kami dari menginagti-MU,,bahagiakanlah hatiku dan hati sahabat- seperjuanganku ini dengan cinta kepada-Mu,.Ya Allah, yang Maha Mengetahui segala apa yang ada di hati-hati kami, sucikanlah hati-hati kami dari terfikir perkara maksiat dan lagha daripada mengingati-Mu, jauhkanlah hati kami dari berprasangka, ampunkanlah dosa-dosa kami selama ini Ya Allah,. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami Ya Allah, agar kami terus istiqomah dan thabat dalam perjuangan ini Ya Allah.

Ameen, ya Robbal 'Alamin..

Wallahu'alam..

4 fikr:

  1. Allahu Rabbi, pengisian y ckup bermakna buat diri ini:)

    ReplyDelete
  2. syukran kpd basheerah shbtku sudi terima diriku seadanya , pnwr dukaku, blogger baru..^_^...inni uhibbuki fillah

    ReplyDelete
  3. :) ukhwah fillah lillahi taala, insyaallah^^

    ReplyDelete
  4. welcome to da club blogger cik basheerah.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...