Pages

Ads 468x60px

Monday, February 27, 2012

Macam UBAT GIGI


Jam menunjukkan angka 12.30 tengah malam.

"Baik adik-adikku sayang, kita tutup bulatan gembira kita ini dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr..", Maisarah menutur bicara, mengakhiri pertemuan pada kali ini.

Seusai membaca doa penutup majlis dia menatap kembali wajah-wajah dihadapnnya sambil bersalaman dan berpelukan. Gembira sungguh dihatinya tatkala menatap satu persatu wajah-wajah yang ingin bersama meninggikan kalimah Tauhid di muka bumi ini. Pernah suatu ketika, risau sungguh di hati Maisarah ketika wajah-wajah di hadapannya kini cuba mengelak dari halaqoh cinta ini. Tapi, dengan keyakinan dalam diri yang kuat, "aku hanyalah hamba Allah, aku hanya penyeru bukan penghukum, aku bukan pemegang hati mereka, tapi Allah yang memegang hati mereka". Oleh itu, berbagai cara diusahakan oleh Maisarah untuk menarik hati-hati insan di hadapannya kini untuk berhalaqoh bersama, bersama kebergantungan yang kuat kepada Allah dan keikhlasan hati yang padu ingin menyentuh hati-hati ini untuk mengenali tujuan diciptakan oleh Al-Khaliq.


"Akak, bleh Aina jumpa akak kejap lepas ni?". Soal Aina ketika tiba gilirannya bersalaman dan berpelukan denganku. Begitulah Aina, seorang mujahidah, inginku luangkan masa bersamanya jika dia berasa kerunsingan tanpa bertanya kelapangan masaku. Aku dapat rasakan persoalan yang membuatnya runsing sehingga tidak mengambil perhatian ketika sedang berhalaqoh tadi.

"Insyaallah, boleh." Jawabku ringkas. Seterusnya, aku ajak dia berbual di bilikku saja, kebiasaan hujung minggu roomateku pulang ke kampung. Lebih selesa untuk kami berbual.

" Macam ni kak, Aina rasa peningla kak, kenapa banyak gerakan islam, kenapa  kita tak boleh masuk semua je kak, kan semua gerakan ni nak bwak islam?" Dengan nada mengharap dia menunggu jawapanku.

Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah semoga apa yang bakal aku lontarkan kepada insan di hadapanku bersama ilham dan petunjuk dari-Mu. Tiba-tiba aku teringat soalan ini juga pernahku lontarkan kepada ukhti yang aku sayangi suatu ketika dahulu.


" Dikkku sayang, akak bagi analogi gerakan ini dengan ubat gigi. jJika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan memutih dan menyihatkan gigi kita. Tetapi jika kita bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah kilang ubat gigi, atau pegawai pemasaran, adalah mustahil untuk syarikat kilang itu membenarkan kita pada masa yang sama bekerja di syarikat ubat gigi yang lain. Sebab? Pertindan waktu kerja, pertindan strategi pemasaran, pertembungan formula, pertindanan komitmen, pertindan pelbagai kepentingan dan yang manakah akan anda berikan keutamaan?

Dalam erti kata yg lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dgn menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula. Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dgn bahasa yg lebih kemas, dgn merujuk kpd rukun-rukun komitmen yg disebut sebagai arkaan al-bai’ah yg sepuluh oleh Hasan al-Banna. Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan (takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie. Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.


Justeru adikku sayang, seseorang aktivis bagi gerakan islam perlu mengetahui, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan gerakan tersebut yang didasari AL-FAHMU, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Mengetahui perbezaan bukan untuk mencetuskan perbalahan, tetapi supaya boleh mendefinisikan diri. Wallahualam.."

"Maaf dik, faham tak apa yang akak cuba sampaikan?". Kulihat dia dengan khusyuk memerhatikan setiap kata yang keluar dariku.

" Alhamdulillah, syukran sangat-sangat kak, sangat faham." Ujar Aina sambil tersenyum ke arahku.

"Insyaallah, lepas ni kita beli ubat gigi yang sama ye"..^_*

"Insyaallah dik".

Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Rabbi, moga insan dihadapanku ini mengerti fikrah perjuangan ini walau bukan sekarang, tapi pada masa akan datang.

2 fikr:

  1. ni aina tang mana?? aina bintu sabri junior atau kakak dia?? he3

    ReplyDelete
  2. mcmla nama Aina sorang ja kat dunia ni..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...